Tuesday 28 September 2010

Lagenda Budak Setan- ray ban

date : 28 sept 2010
author : Abang Chik Ray ban

source : kacamatahitam.com


Filem box office melayu tahun ini yang menjadi salah satu antara filem Melayu faveret Abang Chik, ialahLagenda Budak Setan. Filem yang mengisarkan tentang kehidupan campus life dan tentang cinta sejati seorang lelaki yang setia menunggu kekasihnya, dipaparkan selama 1 jam 40 minit.

lagenda budak setan
Poster Movie Lagenda Budak Setan

Genre jenis Romantis ini adalah di adaptasikan dari novel karya Ahadiat Akashah
yang femes pada tahun 90'an membariskan pelakon Farid Kamil, Lisa Surihani,Que Haidar,Fazura serta pelakon baru Shiqin Kamal.

Ok berbalik kepada motif utama saya, bukan nak ceritakan tentang filem ini tetapi fokus utama terhadapat pelakon utama iaitu Farid Kamil memakai Ray ban aviator mirror dalam filem ini. Saya menulis artikel ini kerana mendapat banyak kiriman e-mail dan phone bertanyakan tentang jenis ray ban yang Farid Kamil pakai dalam Lagenda Budak Setan tersebut.

Ini antara perbualan yang saya dengan customer-customer saya yang bertanyakan tentang Ray ban Farid Kamil pakai...



Ray ban aviator mirror yang di pakai oleh Farid Kamil dalam lagenda budak setan


"Abang Chik saya minat betul la dengan Ray ban yang Farid Kamil pakai dalam Lagenda Budak Setan tu, model apa ya?"

"Bro sunglasses yang Farid Kamil pakai dalam Lagenda Budak Setan tu Aviator kan? Abang Chik ada jual x? Saya minat gila"

"Aviator yang Farid Kamil tu lense dia awat lain ja Abang Chik, smart gila Abang Chik ada stok x Ray ban macam tu?" Nampak cun arr" Nak angkat satu kalau ada.



Ok di sini Abang Chik akan guidekan pada anda dan terangkan apa yang Abang Chik tahu dari segi pemerhatian mata kasar Abang Chik. Cermin mata Ray ban yang di pakai oleh Hero Lagenda Budak Setan adalah jenis Aviator 3025 Lens Mercury mirror dan Frame silver.

Frame mirror merupakan satu lapisan layer pada Ray ban tersebut di mana ia akan memantulkan semula (tapi bukan 100%) cahaya nampak atau visible light. Lapisan bercoating mirror atau mirror shade glass ini adalah merupakan lapisan coating terakhir selepas polaraid coating (jika ada yang jenis polarize).

Kelebihan Ray ban aviator yang di pakai oleh Hero Lagenda Budak Setan ini ianya tidak akan nampak pada bahagian mata anda dan sesuai di gayakan pada mana2 sahaja. Tetapi kekuranganya lapisan yang mempunyai coating mirror akan lebih mudah calar pada bahagian lens berbanding dengan lapisan yang tidak mempunyai mirror coating.

Ok harap penjelasan saya untuk Ray ban yang dipakai oleh Farid Kamil dalam Lagenda Budak Setan terjawab oleh kaki Ray ban Malaysia sekalian=) Harap Abang Chik membantu.


p/s : lagu "bila cinta" lagu tema Lagenda Budak Setan memang best





Tags; Ray ban Farid Kamil, Ray ban mirror, Ray ban Aviator, Ray ban Malaysia, Abang Chik Ray ban Malaysia, Ray ban lagenda budak setan, Aviator Farid Kamil, Ray ban 3025, Aviator 3025.

No comments:

Post a Comment