Disini akan akan dedahkan penipuan yang berlaku dalam penjualan sunglasses atau kaca mata hitam yang kian popular menjadi trend masa kini. Tidak salah untuk menjalankan perniagaan tetapi sekiranya menipu memang menjadi satu kesalahan.
Jika sunglasses yang dijual adalah original atau authentic kita declare sebagai authentic, jika high grade kualiti, kita declare sebagai sunglasses high grade kualiti, kita replica kita declare replica sunglasses atau replica rayban, dan jika grade pasar malam atau uptown/downtown punya grade, declare sebagai sunglasses grade pasar malam atau uptown/downtown. Tetapi ada segelintir pihak sunglasses high grade mereka declare sebagai original atau authentic!!!!
Ok buat kaki Ray ban Malaysia, anda bolehla membaca artikel yang telah Abang Chik sediakan. Lepas baca kongsi2lah maklumat dengan member-member lain supaya kita xmudah ditipu.
*kami pohon maaf tiada niat untuk memamlukan mana-mana pihak dan semua pendedahan ini dilakukan untuk kepentingan dan kebaikan bersama, maklumat pengiklan yang melakukan penipuan atau scammer dalam mudah.my tidak dapat kami siarkan disebabkan atas faktor-faktor tertentu.
KES 1
Model jualan : Ray ban Aviator Gold Brown Size M
( Price- RM220 ) Pengiklan tidak menyatakan sama ada Ray-ban ini merupakan "used" atau "New". Tetapi untuk makluman semua Bausch Lomb sudah tidak mengeluarkan lagi Ray ban jadi secara logiknya cermin mata hitam ini merupakan "used" item. Ray ban BL merupakan legend dalam sejarah Ray ban. Lebih dari 10 tahun telah menghentikan pengeluaran kaca mata hitam berjenama Ray-ban. Saya percaya jika untuk menjual kaca mata hitam BL pastinya nilainya paling kurang adalah rm600 bagi model aviator. Kenapa sangat murah BL hanya dijual dengan harga rm220?
( Original dan Authentic ) Pengiklan declare Ray ban jualanya adalah original dan authentic. Jika ya kenapa perlu mencedok gambarnya dari website lain dan iklan di mudah dengan harga yang tinggi? (gambar tersebut bukan dari pengiklan berkenaan)
( Size 58mm M ) BL Ray ban Aviator model size 58? Sekali lagi saya jelaskan gambar di atas bukan keluaran BL tetapi RB Italy. Kalau masih tidak percaya boleh directly jumpa seller tersebut dan tengok pada sebelah kiri lens dia sama ada trasparent RB atau BL model yang sama diiklankan (kami akan berikan phone no sellers tersebut). Untuk BL aviator sangat limited untuk saiz 58mm dan kebanyakanya adalah size 62mm.
( Made in USA ) Jika made Ray ban made in U.S.A pastinya ada warranty card dari pihak BL. Tengok contoh warranty card seperti model Aviator BL USA. Soft clothnya adalah lain ada cop "sunglasses by bausch & lomb" (boleh refer pada link tadi). Jika hard casing produce dari Bausch Lomb sememangnya jelas-jelas lain. Jadi anda dapat menilai sendiri samaada Ray ban di atas adalah keluaran USA atau Italy.
( Guaranteed Item ) Ini perlu di circlekan. "Guaranteed Item" ini luas maksudnya. Guranteed dari mana? Seller, produce, distributor atau pihak mudah? Ayat macam ni boleh mengelirukan buyer, tambahan pula guranteed apa sedangkan ayat-ayat lain dalam ruangan iklan seller jelas menunjukan seller ini merupakan scammer. RB declare sebagai BL, new atau used, gambar dicedok dari website lain dan diiklankan dalam mudah.my adakan ini guranteed item?
( B-15 lens ) Perlu hati-hati dan teliti pasal lens. Jantung atau nadi utama Ray ban sunglasses adalah lens yang digunakan. Seller ini menjelaskan Aviator ini menggunakan lens jenis B-15. Ya memang betul B-15 adalah keluaran BL, sekrang RB banyak menggunakan lens jenis G-15 (UV 400). Dan kami yakin lens tersebut adalah dari jenis G-15 kerana sekali lagi ingin ditekankan Ray ban tersebut keluaran Luxottica atau anda boleh jumpa sendiri seller tersebut dan lihat pada sticker ada tak tertulis B-15. Buat pengetahuan anda B-15 lens sahaja mampu mencecah ribuan ringgit jika kualitinya masih dalam keadaan baik.
( 1 Year Warranty ) Satu lagi ayat iklan yang memerangkap diri. Seller mengiklankan Ray ban tersebut keluaran BL tetapi masih ada 1 tahun warranty. Buat pengetahuan semua warranty dari BL sudah lagi tidak valid. Jika warranty dari seller itu sendiri dan jika benar-benar sunglasses tuan punya iklan ini adalah dari keluaran Bausch Lomb, kami yakin beliau tidak akan berani mengambil risiko untuk memberikan warranty sebabnya harga Ray ban BL (betul-betul Authentic dan Original) mampu mencecah ribuan ringgit!!!
Akan bersambung dalam KES 2
No comments:
Post a Comment