Thursday, 25 August 2011

Cermin mata Oakley tahan lasak

Cermin Mata Oakley tahan lasak



Model Oakley Jawbone yang dibina dengan komponen boleh tanggal seperti alat mainan.





Bagi yang terlibat dalam aktiviti sukan dan lasak, sebuah cermin mata hitam tidak memadai sekadar melindungi mata daripada silau matahari tanpa ketahanan rangka dan lensanya. Jenama Oakley sebagai pengeluar cermin mata antarabangsa bukan lagi nama asing dalam menawarkan lensa berketepatan tinggi, tahan lasak dan penampilan.


Pengiktirafan kepada jenama itu terbukti melalui atlet-atlet terbaik dunia seperti jaguh lumba basikal, Lance Armstrong yang kini memakai cermin mata terbaru Oakley Jawbone.

Apakah yang membezakan Oakley dengan jenama cermin mata lain? Apakah yang menjadikan lensanya kalis pecah walaupun diuji dengan tembakan bebola besi. Jika ada mahu info Bagaimana membezakan Original Oakley dan replika Oakley boleh baca di link yang saya berikan.


Rangka

Rangka kaca mata Oakley dihasilkan daripada kombinasi lima logam yang digelar X-Metal. Sejenis logam titanium dengan berat paling minimum. Keselesaan dan daya sokongan teknologi optik XYZ mengaplikasikan tiga titik berpaksi yang mengurangkan gegaran semasa bersukan.


Getah Unobtanium

Buat pengetahuan kaki Oakley Malaysia, lengan/arm kaca mata Oakley disaluti getah unobtanium yang mampu menghasilkan lebih cengkaman ketika kehadiran peluh sekali gus mencegah gelincir. Teknologi getah unobtanium ditemui pada 1975 melalui pengeluaran produk pertama Oakley iaitu sarung pemulas minyak motocross (The Oakley Grip).



Lens

Dihasilkan daripada Plutonite dengan 100 peratus perlindungan sinar cahaya ultraungu (UV) dengan ketahanan impak yang menakjubkan. Lensa-lensa juga digabungkan dengan optik berdefinisi tinggi (HDO) yang menjamin penglihatan jelas tanpa gangguan.


Model Jawbone yang menjadi pilihan Lance Armstrong.

Teknologi Polarized

Bukan semua lensa polarized adalah sama. Oakley menghasilkan lensa polarized terbaik di dunia tanpa gangguan pada permukaan lensa yang terbukti melalui setiap kejuaraan ahli sukan.

Teknologi Photochromic

Perlindungan daripada pancaran panas matahari oleh Oakley bukan sekadar lensa polarized. Teknologi Photochromic (seperti teknologi Transition) menapis 100 sinar UV yang boleh menjejaskan prestasi semasa bersukan.


Teknologi Hidrophobic

Lapisan kekal di permukaan lensa yang menghalang air melekat pada waktu hujan.

Elektronik


Dalam segmen elektroniknya, Oakley menampilkan Split THUMP dan ROKR™ PRO, cermin mata yang dilengkapi pemain MP3 berteknologi bluetooth untuk mereka tidak dapat berpisah dengan muzik kegemaran mereka. Teknologi terkini digabungkan dengan kaca mata Oakley pastinya memberikan satu berita menarik buat kaki-kaki Oakley Malaysia.



Oakley merupakan kaca mata hitam yang tampil bersama teknologi MP3



Cermin mata keluaran Oakley dibahagikan kepada beberapa kategori seperti sukan, lelaki, wanita, cermin mata preskripsi, golf dan goggle.











Tags: Oakley Sunglasses, Cermin mata Oakley, Oakley Jawbone, Oakley Lance Armstrong, Oakley Mp3, Oakley Malaysia, Kaca mata Oakley, Oakley Malaysia, Oakley in Malaysia, Oakley Jawbone in Malaysia, Cheap Oakley sunglasses in Malaysia

No comments:

Post a Comment