Monday, 9 April 2012

Bagaimana membezakan Oakley Frogskins original dengan replika (fake)

Mari kita tengok perbezaan antara Oakley Frogskins original dan yang replika. Sepertimana yang kita tahu Oakley replika yang berkualiti tinggi hampir 90-99% sama seperti Oakley Original. Tetapi yang pasti kualiti pada lens original sememangnya adalah original dan hanya si pemakai Oakley tersebut pasti mengetahui perbezaan apabila memamkai Oakley Original dan Oakley replika.

Kita cuba pegi pada satu-satu cirinya ok :

(Review hanya New Oakley Frogskins yang release start 2007 sampai sekarang sahaja GEN 1, GEN 2 xterlibat).



HINGE




ORIGINAL FROGSKINS : Clip tanpa skru.
REPLICA FROGSKINS : Ada skru. Tapi kebanyak replica sekarang pun tanpa skru juga.

ARM
(Kanan dan Kiri) - Sila perhatikan tulisan yang ada didalam gambar.


ORIGINAL FROGSKINS- :
  • Sebelah kanan >Logo : Frogskins (TM kecik), bagi model limited crossover akan diikuti dengan logo Brand Exclusive, contohnya : Supreme, Revert 95, GRENADE, FICE, C'MON, STPL
  • Sebelah kiri > SKU No. contohnya : 03-200, 03-148, 24-250, 24-215 dan diikuti dengan size 55 O 17, CE, MADE IN U.S.A

REPLICA FROGSKINS : Kesemua ciri di atas pun sama kecuali bagi replica punya hinge SKU ade tulisan Frogskins Collector Edition


SKU NO

 

ORIGINAL FROGSKINS- SKU No memang seperti yang modelnya.
REPLICA FROGSKINS- SKU No di cop sesuka hati.




MICROBAG


ORIGINAL FROGSKINS : Microbag rasmi bagi Collector Edition adalah berwarna PINK dan sebahagian Special Release atau Crossover seperti X Sunday, Grenade, Revert 95, SE Bike dan lain2 mempunyai beg khas.

REPLICA FROGKINS: **Berwarna hitam** atau color ada juga sama seperti original (high grade replica punya) dengan tali penutup dari kiri dan kanan. Paling mudah untuk mengesan microbagnya adalah EJAAN, menikut pengalaman saya microbag replica replica menggunakan ejaan pada tag seperti ini :

" PLUTONITE LENSES SHOULD ONLY BECLEANED WITH THE PROYIDED SUNGLASS BAG"

Sila refer pada gambar.


BRIDGE, LENSE & ICON OAKLEY

ORIGINAL OAKLEY : Bridge - Tiada tulisan : OAKLEY | LENSE : Tiada Logo "O" | ICON OAKLEY (KIRI/KANAN) : Kemas dan rata.

Untuk ingatan setiap release Frogskins berbeza-beza warna Icon dan Lenses. Sebagai Contoh paling mudah kerana saya lihat banyak Frogskins  Replica color hitam. Frogskins Black/Ruby sebagai contoh : Icon Merah Lense Ruby (Original). Tp ada yang sy lihat Black/Ruby : Icon Putih (untuk Black Polarised) tp lense Ruby---> bukan original release melainkan ianya CUSTOM.


REPLICA FROGSKINS : Icon OAKLEY dengan finishing tidak kemas dan menggunakan cat, pada puncah icon berbentuk curve separuh bulat dan tidak rata.



LABEL

REPLICA FROGSKINS : Transparent case mereka nampak ori, tapi tiada label.


PAPERWORK

REPLICA FROGSKINS : Business Card Reply meggunakan kualiti kertas yg sgt rendah, nipis dan tak rasa macam poskad pon. Printing quality pada One Year Warranty agak teruk kerana memakai ink murah.




No comments:

Post a Comment