Monday, 31 December 2012

Selamat menyambut tahun 2013

SELAMAT MENYAMBUT 2013 DARI TEAM ABANG CHIK 




Happy New Year 2013!!! Sedar xsedar tahun 2012 sudah meninggalkan kita. Bagaimana impian dan target anda tahun 2012? Sudah tercapai? Apa azam tahun baru anda 2013 pula? Ok, Abang Chik just nak sharing apa yang Abang Chik lalui sepanjang 2012 dan azam tahun 2013 pula secara ringkasnya =)

Tahun 2012 adalah tahun yang paling bersejarah bagi saya. Alhamdulillah pada tahun 2012, iaitu November saya telah menamatkan zaman bujang saya. Alhamdullilah semua majlis berjalan lancar kecuali majlis di Titiwangsa yang agak kelam kabut kerana ada berlaku masalah sedikit. Lagi 2 majlis dikampung halaman selamat dijalankan seperti biasa.

Tahun 2012 juga menyaksikan, saya memperkembangkan bisnes dalam bidang borong perfume. Alhamdulillah pertengahan tahu 2012 saya telah membuka kedai perfume. Saya hanya menjadi pemborong perfume, kami supplier perfume, body mist, vials dan miniature kepada penjual-penjual perfume online dan pasar malam. Kalau anda merupakan pemborong perfume dari Dubai bolehla contact Abang Chik kita boleh bincang harga borong, insyallah dijamin harga termurah di Malaysia.

Bagi azam 2013 pula? Bagi azam 2013 pastinya saya ingin mengembangkan lagi empire kacamatahitam.com ini. Pada tahun 2012, web online store Ray ban dan Oakley Malaysia ini agak suram kerana saya lebih menumpukan kepada kedai fizikal. Insyallah, setelah semua kerja-kerja di kedai dapat dikurangkan, lebih banyak model-model Ray ban dan Oakley akan masuk di dalam web kacamatahitam dot com ini. Nantikan ye =)

Ok itu sahaja dapat dikongsikan dengan pembaca sekalian. Anda juga boleh kongsikan azam tahun baru anda kepada email saya. Teringin juga saya nak baca....ok Assalamulaikum semua dan selamat menyambut tahun baru 2013 buat kaki Ray ban dan Oakley Malaysia semua...=)

No comments:

Post a Comment