Tuesday 9 November 2010

Cermin mata hitam pelengkap imej

abang chik
10 Nov 2010


T
rend memakai cermin mata hitam bukan sesuatu yang asing jika anda peminat fesyen. Ia bukan sekadar melindungi mata daripada pancaran sinar matahari.

Selain nampak bergaya, ia dapat meningkatkan kualiti penglihatan mata. Percaya atau tidak, dengan menggunakan cermin mata hitam pada siang hari dapat meningkatkan kadar penglihatan pada waktu malam.



Fahrin tampil dengan accessory Ray ban sebagai pelengkap imej


Lebih menarik, bentuk cermin mata itu sendiri menyerlahkan gaya menjadi lebih trendy, sesuai dengan imej yang ditonjolkan. Malah, oleh kerana aksesori untuk kaum lelaki ini tidak semeriah wanita, cermin mata hitam sering menjadi pernyataan fesyen sang jejaka.

Pada waktu kini, tidak dapat dinafikan cermin mata hitam merupakan pelengkap imej lelaki yang mementingkan gaya disamping menjaga kesihatan mata mereka. Tampil dengan cermin mata membuatkan mereka lebih berasa yakin dan tampan.

Satu bonus buat lelaki, mereka tidak terikat kepada satu bentuk cermin mata sahaja iaitu trend ala 1980-an seperti kebanyakan cermin mata hitam untuk wanita yang agak terhad bentuknya.

Tidak kiralah bentuk segi empat tepat, bujur, bulat, kecil atau besar, golongan lelaki masih lagi boleh menggayakan cermin mata hitam tersebut, kerana ia tidak mati dengan kehadiran trend-trend baru.

Perlu diingat, memilih cermin mata hitam amat penting kerana ia membantu untuk menaikkan imej dan gaya penampilan terutama pada pertemuan kali pertama.


Namun, jangan pula memilih cermin mata hitam yang tidak secocok dengan penampilan dan tidak berkualiti yang mungkin menjejaskan penglihatan. Pilihlah cermin mata mengikut panduan yang betul. Klik sini untuk tips memilih cermin mata.

Jika diperhatikan, trend cermin mata hitam kini berbentuk lebih besar dan tidak terikat dengan bentuk bulat. Fesyen ala tahun sekitar 1950-an hingga 1980-an antara gaya yang `dikembalikan’ semula.

No comments:

Post a Comment