Wednesday 10 November 2010

Masalah tentang cermin mata


Soalan
- Lebih kurang setahun yang lalu, saya pergi buat cermin mata di sebuah kedai. Saya namakan sebagai kedai "A". Enam bulan selepas itu cermin mata tersebut pecah. Oleh kerana saya perlukan pengganti dengan cepat, saya pergi ke kedai "B" yang berdekatan dengan ofis. Kemudian minggu lepas saya ke kedai "A" semula nak buat cermin dan bingkai yang baru.

Kedai A (setahun lalu)

"Cermin (bukan bingkai) awak ni tak bagus. Ia dari cermin yang murah. Saya cadangkan awak tukar kepada cermin jenis xxx yang bagus. Multi-coated, multi focal dan macam-macam lagi. Harga cuma RM700 saja (lensa sahaja). Jika mahu cermin (atau plastik) yang tak pecah, tambah RM200 saja. Akhirnya saya buatlah cermin yang berharga RM700 tu"



cermin mata
cermin mata jenis kristal semakin mendapat tempat di hati pengguna


Sebelum saya menjawab permasalahan tersebut izinkan saya terangkan serba sedikit tentang material kaca/plastik yang digunakan untuk membuat cermin mata di Malaysia. Mungkin ada segelintir kita yang dah tahu tentang perkara ini tapi rasanya kebanyakan kita tidak mengetahuinya.

Material cermin mata di Malaysia kebanyakan adalah dari jenis plastik, kaca dan policarbonate. Tentu kita tertanya2 apa beza antara ketiga-tiganya.



1) Plastik:
Sejenis plastik khas digunakan untuk membuat cermin mata. Istilah optiknya CR39. Material jenis plastik ini berkemungkinan pecah (broke) atau retak (crack) sekiranya kita menggunakan bingkai jenis frameless (tiada bingkai) dan mudah chip (serpih) sekiranya menggunakan half-frame/rimlon (bingkai separuh).

Tetapi kebarangkalian perkara di atas terjadi adalah rendah dengan penjagaan yang teliti. Selalunya jika insiden plastik pecah atau retak terjadi, kebanyakan kedai cermin mata tidak melayan sebarang claim dari pelanggan (customer). Adalah baik sekiranya customer meneliti cermin mata yang baru dibeli/ditempah sebelum keluar dari kedai cermin mata.

Sekiranya claim tempoh kurang dari seminggu, ada segelintir kedai cermin mata masih membantu dengan penggantian cermin secara percuma tetapi tidak semua kedai yang prihatin.


2) Kaca:
Sejenis kaca khas digunakan untuk membuat cermin mata. Selalunya tidak digunakan untuk half-frame dan frameless kerana material sangat rapuh dan tidak boleh dipasang. Claim untuk cermin kaca juga adalah seperti cermin plastik yang saya terangkan diatas.


3) Policarbonate:
Policarbonate ialah plastik tahan pecah yang selalunya digunakan untuk cermin pada kapal terbang etc. Plastik jenis ini adalah teknologi paling baru diperkenalkan dalam bidang optik. Bagi pelangan yang membeli cermin jenis ini sebenarnya anda tidak perlu bimbang tentang insiden pecah kerana kualitinya dijamin tidak akan pecah.


Tetapi jika anda terlalu lasak sehingga cermin tak pecah pun boleh pecah (hmmm... macammana tu?), anda tak perlu bimbang... pergi saja ke kedai cermin mata yang anda telah kunjungi itu dan minta claim. Jika tempoh masih dalam warranty period (selalunya setahun), mesti tuntutan akan dilayan.

Sebagai seorang pengguna cermin mata yang setia, tentu dirasakan tidak adil sekiranya pengusaha kedai cermin mata tidak menerangkan serba sedikit tentang produk yang dijualnya, paling tidak sekurang2nya terangkan jenis cermin mata yang diberikan pada kita.

Kenapa kita perlu tahu? Kita sebagai pengguna ada hak bukan? Maksud saya bukanlah secara keseluruhan dan terlalu terperinci tetapi mengetahui apa yang kita perlu ketahui sahaja. Dengan kata lain, hanya bahagian kita sebagai pengguna.



************************

Dalam kes di atas, selain dari kes pecah, terdapat 2 perkara yang perlu ketahui iaitu multicoated dan multifocal.

Apa beza antara kedua2nya?!! (Pening?... Jangan bimbang, saya cuba terangkan serba sedikit).


  • Multicoated (MC)

MC ialah lapisan yang berada di bahagian atas atau bawah cermin. MC ialah lapisan yang memberi perlindungan kepada mata daripada silau dan memberikan mutu visual (penglihatan) yang maksima dengan memberikan kepuasan dari segi visual.

Bagaimana ingin melihat lapisan MC di cermin mata anda?

Perhatikan pada bahagian atas/depan cermin mata anda, jika kelihatan warna hijau atau biru itulah yang dinamakan lapisan MC. Jika apa yang anda lihat adalah sebaliknya, bermakna cermin mata yang anda miliki adalah dari jenis biasa sahaja (ie. bukan MC).

Lapisan MC ini boleh dibuat pada semua jenis cermin termasuk plastik, kaca atau policarbonate.

Harus diingat lapisan ini adalah berbeza dari lapisan polaroid, UV400, EMI (komputer) atau lain-lain (akan diterangkan kemudian).



  • Multifocal (MF):

MF ialah jenis cermin yang digunakan untuk membantu mata anda melihat jarak jauh, dekat dan pertengahan. Sesuai bagi mereka yang banyak menggunakan komputer.

Selalunya penggunaan MF bermula apabila anda sudah memiliki masalah rabun dekat (presbiopia). Presbiopia terjadi disebabkan elastisiti otot siliari menurun disebabkan peningkatan umur (selalunya 40+).

Kenapa MF mahal?

MF adalah berbeza dari cermin mata Single Vision (yang digunakan untuk melihat pada satu jarak penglihatan sahaja) kerana MF adalah untuk melihat dari pelbagai jarak. Ia seperti seolah-olah kita menggunakan 3 cermin mata dalam satu masa. Terdapatnya perbezaan harga MF di pasaran kerana terdapat perbezaan dari segi kualiti cermin MF (akan diterangkan kemudian).



Kedai B (enam bulan selepas itu)

"Haiya ini lens aa... murah punya. Kita orang tadak juai lagi, ini sangat murah. Kita ingat dalam RM100 saja satu. Tapi sorry kita tak ada stok lagi, mau order juga manyak lama ooo. Yang pecah hanya sebelah, tapi kena ganti dua-dua dengan jenis dan jenama yang lagi bagus. OK saya kasi lu RM500 tukar kira tukar satu pasang sekali. Esok boleh siap."

Hmmm... pelik tapi benar? Bagaimana cermin yang kita rasa mahal di kedai A bertukar menjadi murah di kedai B?! Adakah kedai A menipu kita? Atau kedai B yang menipu? Sudah tentu dua persoalan itu yang menghantui kita...

Bagi kes ini, eloklah sekiranya saya menjawab dari perspektif bidang saya sahaja tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak.

Kebiasaannya, sekiranya cermin MF pecah hanya sebelah, ianya boleh diganti bahagian yang pecah sahaja tanpa mengganti kedua-dua bahagian dengan membuat semakan power mata pada bahagian yang pecah (jika masih boleh dilakukan) atau cek semula mata oleh optometrist melainkan kedua-dua power mata telah naik.

Jika power mata naik, penggantian kedua-dua bahagian cermin mata perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah imbangan mata dan otak sekiranya penggantian cermin mata hanya pada sebelah bahagian mata.

Terdapat perbezaan harga pada kes ini. Kenapa? Sila rujuk kepada kepelbagaian jenis MF yang saya terangkan diatas dalam permasalahan pertama tadi. Itulah sebahagian jawapan pada soalan kedua ini.



Kedai A (minggu lepas)

+Berapa abang bayar untuk cermin ini?.
-RM300 saja ( sengaja tipu...).
+Oh... mahalnya. Ini bukan multicoated. patutnya dalam RM200 saja.
-Oklah macam tu, saya nak buat frame & lens baru, saya mau yg lens RM200 tuu
+Oh... kita tak carry produk ni, ia dah outdated.
-Kalau gitu, you orderlah, lambat tak apa, saya tunggu. RM200 tu jer saya mampu
+No.... dah tak ada stok ni.

Kadang-kadang kita rasa ditipu? Apakah betul kita ditipu?

Untuk mengetahui jawapan pada masalah ketiga ini, cuba lihat jawapan pada permasalahan pertama & kedua tadi. Saya harap dengan jawapan itu, saudara yang bermasalah dapat membuat rumusan sendiri.

Saya tidak dapat memberikan jawapan secara terperinci kerana saya tidak melihat apakah jenis cermin mata yang dipakai oleh anda ketika itu. Untuk pengetahuan anda, setiap kedai optical mempunyai supplier cermin mata yang berlainan. Setiap supplier memberi kualiti yang berbeza, produk juga dari berlainan negara (Japan, German, China, France etc... dan ada juga dari local).

Sebenarnya, apa yang penting adalah bergantung kepada kepakaran optometris yang 'diagnose' permasalahan mata setiap pelanggan.

No comments:

Post a Comment