Wednesday 23 February 2011

Kaca mata tiruan

Sumber : HMetro


KUALA LUMPUR: Pengguna kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen.

Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.

Pakar Mata Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mimiwati Zahari, berkata kanta kaca mata tiruan berkenaan tidak mempunyai tahap saringan atau penapisan cahaya yang ditetapkan.





“Keadaan itu sekali gus menyebabkan ia gagal menahan cahaya UV masuk ke dalam mata terutama ketika panas terik,” katanya.

Menurutnya, kajian di Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan mereka yang memakai kaca mata hitam di bawah sinaran matahari dalam tempoh panjang, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata berbanding mereka yang memakai kanta dilengkapi pelindung.

Beliau berkata, pengguna terdedah kepada risiko kanser kulit di sekitar kelopak mata akibat penerimaan cahaya berlebihan tanpa pelindung.

“Pemakaian kaca mata atau cermin mata terutama berwarna hitam tidak hanya melindungi mata daripada cahaya matahari, malah menghalang sinaran ultra ungu atau ultra violet (UV) dan infra merah.

“Pendedahan secara langsung kepada sinaran UV dan infra merah yang tidak kelihatan secara kasar itu turut memberi kesan kepada pelbagai masalah mata antaranya pterygium iaitu pengumpulan lemak di sekitar mata yang boleh masuk ke dalam bahagian kornea.

“Keadaan itu menyebabkan mata berasa tidak selesa, mudah menjadi merah dan sukar menghilangkan habuk yang melekat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh menyebabkan kornea tertutup dan menghalang penglihatan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin..

Menurutnya, kesan radiasi sinaran UV itu turut merosakkan retina dan berlakunya masalah katarak, iaitu penglihatan menjadi kabur.

Sementara itu Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Hatijah Hashim ketika dihubungi semalam, berkata kaca mata murah dipercayai dari luar negara itu hanya diwarnakan gelap atau dicelup dalam warna gelap, sebenarnya tidak berupaya menyerap sinaran berbahaya.

Hatijah berkata, dalam jangka masa panjang, pengguna akan berasa tidak selesa dan memberi tekanan pada penglihatan kerana kesan silau tidak hilang disebabkan cahaya yang menembusi kanta itu berserak dan pecah.

Katanya, pengguna perlu membezakan antara kaca mata murah dengan yang tulen kerana ia penting mengelak risiko terhadap kesihatan dalam jangka panjang.




p/s : Belilah cermin mata atau kaca mata yang mempunyai UV protection 400 atau 100% UV protection untuk melindungi mata anda daripada sinaran UV. Kami di Ray ban Malaysia menawarkan kaca mata hitam yang mempunyai ciri-ciri UVA/UVB protection, pelbagai model ditawakankan, lens dan frame yang berkualitu tinggi serta yang paling penting keselesaan kepada pemakainya.Dijamin puas hati dengan harga menarik yang ditawarkan







Tags : Kaca mata, cermin mata, kaca mata hitam, sinaran UV, kaca mata hitam murah, kaca mata uptown, kaca mata pasar malam, kaca mata murah.

1 comment:

  1. Eleh,dah yg ori mahal terpaksalah kami beli yang murah. Apa yang penting dpt dilindungi dari sinar

    ReplyDelete