Showing posts with label Artikel Cermin Mata. Show all posts
Showing posts with label Artikel Cermin Mata. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Resit untuk cermin mata

RESIT CLAIM BELI CERMIN MATA TAPI BELI KACA MATA, BOLEH KE?


Date : 05/01/2013




Salam semua,
Ini merupakan soalan lazim yang selalu Abang Chik terima dari pelanggan. Contoh seperti soalan diatas secara ringkasnya "boleh x buat resit optical tapi beli sunglasses."

Apa yang cuba pelanggan saya nakkan adalah dia mahu beli kaca mata hitam dengan saya, tetapi dia mahukan resit dari kedai saya claim membeli cermin mata power.

Maaf saya tidak boleh buat seperti ini. Saya tidak membuat resit pembelian sebagai pembelian cermin mata. Mungkin bagi anda yang bekerja, anda boleh claim kepada syarikat atau company anda. Memang bagi sesetengah seller kaca mata, mereka akan membuat resit pembelian optical kepada pelanggan mereka, tetapi jika anda membeli kaca mata hitam disini, saya tidak akan menulis resit sebagai cermin mata. Maaf ye=)

Tetapi jangan risau, di sini saya juga menjual cermin mata optical. Jika anda membeli cermin mata optical dengan saya, maka saya akan tulis sebagai "cermin mata optical' diresit anda=) Jadi anda boleh claim balik nanti dengan company anda...

Ok jumpa lagi lain kali selamat bershopping disini=)



Saturday, 3 September 2011

Tanda-tanda perlu memakai cermin mata



Apakah tanda-tanda seseorang perlu memakai cermin mata?


  • Gemar duduk pada jarak yang dekat ketika melihat televisyen atau membaca.

  • Menggunakan jari sebagai panduan ketika membaca.

  • Mula juling.

  • Memicit-micit kepala atau mata untuk melihat sesuatu untuk lebih jelas.

  • Kerap menggosok mata.

  • Sensitive kepada cahaya.

  • Kerap keletihan mata.

  • Menutup sebelah mata ketika melihat TV atau membaca.

  • Kerap sakit-sakit kepala.

  • Sakit mata akibat mebaca terlalu lama.

  • Mata kelihat letih dah lesu dari biasa.

  • Merah-merah (urat) yang banyak pada mata.

Sunday, 1 May 2011

Alatan membuat cermin mata

alatan cermin mataAlat ini digunakan untuk menentukan kedudukan lens atau cermin sebelum dimasukan ke dalam frame.


alatan cermin mataMerupakan alatan yang penting. Mesin ini digunakan untuk memotong lens atau kanta seperti mana yang kita kehendaki. Setiap pelanggan mempunyai kehendak dan citarasa yang berlain. Ada yang mahukan lens bujur (seperti lens jenis Ray ban Aviator) dan ada juga mahukan lens petak (seperti Ray ban Wayfarer). Jadi dengan mengguanakan mesin ini, kanta dapat di potong dan dapat menghasilkan model cermin mata yang mana kita kehendaki.



alat cermin mataKegunaan mesin ini adalah bertujuaan untuk mengilatkan cermin mata anda. Suntuhan jari menyebabkan cap jari, minyak atau kotaran menyebabakan anda tidak selesa memakai cermin mata anda kerana dapat menjejaskan pandangan anda. Oleh itu, penyelesaian yang terbaik, bawa cermin mata anda ke kedai optikal dan kilatkan cermin mata anda. Pastinya lebih selesa dan lebih jelas pandangan anda.


alat cermin mataAlat ini dinamakan focimeter atau lensmeter. Pasti anda pernah melihat dan menyentuh alat ini. Biasa kita dapat jumpa di kedai optikal atau kedai cermin mata. Kegunaan alat ini bagi memeriksa tahap kerosakan mata anda. Berapa "power" mata anda perlukan.







Tags : Ray ban, Ray ban Aviator, Ray ban Wayfarer, Alat pembetulan mata, ambliopia, autoref, Bingkai cermin mata, cara memakai kanta sentuh, contact lens, juling, kanta lekap, kanta sentuh, lazy eyes, myopia, optometrist, Rabun, Rabun Dekat, Rabun Jauh, Rayban Silau, Sunglasses Tips dan Panduan Mata.

Saturday, 5 March 2011

Cermin mata

Date : 23 February 2011
By : Abang Chik



Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata, ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.

Cermin mata moden lazimnya mempunyai pelapik pada hidung dan dan tangkal diletakkan pada telinga. Jenis terdahulu pula termasuk cermin mata letak, cermin mata sebelah, lornyet, dan cermin mata gunting.




cermin mata zaman pertengahan



Bingkai cermin mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik. Kanta pada asalnya dibuat daripada kaca, tetapi kini ia dijadikan daripada jenis-jenis pelbagai plastik logam, termasuk CR-39 dan polikarbonat. Bahan-bahan ini mengurangkan bahaya retakan berbanding kanta kaca.


Cermin mata moden kini lebih banyak pilihan di pasaran


Sesetengah plastik juga mempunyai lebih banyak ciri-ciri optik lebih menguntungkan daripada kaca, seperti penghantaran cahaya nampak lebih baik dan penyerapan lebih besar cahaya ultraungu.

Sesetengah plastik mempunyai satu indeks biasan lebih besar daripada kebanyakan jenis kaca, ia berguna dalam pembuatan kanta pembetulan dibentuk untuk pelbagai ketaknormalan seperti rabun jauh.

Kanta plastik lebih baru, dipanggil izon, boleh juga memperbetulkan peringkat lebih tinggi yang sepatutnya terdapat dalam permukaan mata manusia. Kanta ini mewujudkan penglihatan lebih tajam untuk orang ramai yang mempunyai masalah penglihatan dengan membantu melihat dengan jelas. Muka gelombang berpandukan pembedahan LASIK juga membetulkan untuk penyimpangan peringkat lebih tinggi.





Tags: Cermin mata, Kaca, Mata, Cermin, Kanta, Lekap, Contact Lens, Rabun dekat, Rabun Jauh, Optikal.

Thursday, 24 February 2011

Tips penjagaan mata

Date : 24 February 2011
By : Abang Chik


Berapa jam anda berada di depan skrin komputer setiap hari, siang dan malam?

Kini, penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop.

Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa strain dan letih. Di sini dipaparkan 10 tips penjagaan mata yang berguna kepada pengguna komputer mungkin ada yg terlupa :-


1. Lakukan Pemeriksaan Mata

Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata.

Pemeriksaan ini adalah penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’. Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi pekerja industri yg menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.


2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.

Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.


3. Kurangkan Silau

Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya. Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.

Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.





4. ‘Upgrade’ Monitor

Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.

Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa



5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer

Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata. Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dgn latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.



6. Kelipkan Mata Dengan Kerap

Cuba senaman ini: Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan2 (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali.

Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip. Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’.

Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.



7. Rehatkan Pandangan

Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.

Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna2 komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.


Jarak yang sesuai untuk pengguna komputer.


8. Luangkan Masa Untuk Berehat

Menurut kajian NIOSH, pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari. Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yg lama.

Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.


Posisi yang sesuai untuk pengguna komputer.


9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda

Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda

Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.

cermin mata

10. Memakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer

Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) boleh menimbangkan untuk memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat.

Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.

Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.






Tags: cermin mata, kaca mata, rabun, rabun dekat, rabun jauh, mata, penjagaan mata.

Wednesday, 23 February 2011

Kaca mata termahal di dunia

Date: 24 February 2011
Dy : Abang Chik







dolce gabbana
Dolce dan Gabbana

Dolce dan Gabbana adalah kaca mata hitam unik yang paling mahal di dunia, produk DG2027B bingkainya dilapisi emas dengan harga sekitar $ 383.609. Model Dolce dan Gabbana ini adalah kategori kaca mata highclass.


Moss Lipow Sunglasses
Moss Lipow
Moss Lipow adalah kaca mata kedua paling mahal di dunia, harganya sekitar $ 3800, artis Moss Lipow adalah pencipta dari kaca mata ini, dia memiliki sekitar 3 design bingkai yang berbeza



Louis Vuitton

Louis Vuitton
Louis Vuitton adalah sebuah syarikat perusahaan Perancis seperti, kasut, jam tangan, perhiasan, aksesoris, cermin mata dan lain-lain. Kaca mata hitam yang dikeluarkan oleh syarikat ini seperti model di bawah adalah sekitar $1000.


BVL-Gari


Gari Bvl

Gari Bvl adalah kaca mata unik merupakan idea dari dari sebuah syarikat Italy yang mengeluarkan dan menjual barang-barang mewah serta produk perhiasan sejak 1884, kaca mata termahal yang dikeluarkan adalah Bvl Gari Sunglasses 8016B yang dianggarkan dengan harga sekitar $ 599.





Tags: Kaca mata, Kaca mata hitam, cermin mata, DG sunglass, Gari BVL,sunglasses,Louis Vuitton sunglasses.

Kaca mata tiruan

Sumber : HMetro


KUALA LUMPUR: Pengguna kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen.

Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.

Pakar Mata Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mimiwati Zahari, berkata kanta kaca mata tiruan berkenaan tidak mempunyai tahap saringan atau penapisan cahaya yang ditetapkan.





“Keadaan itu sekali gus menyebabkan ia gagal menahan cahaya UV masuk ke dalam mata terutama ketika panas terik,” katanya.

Menurutnya, kajian di Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan mereka yang memakai kaca mata hitam di bawah sinaran matahari dalam tempoh panjang, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata berbanding mereka yang memakai kanta dilengkapi pelindung.

Beliau berkata, pengguna terdedah kepada risiko kanser kulit di sekitar kelopak mata akibat penerimaan cahaya berlebihan tanpa pelindung.

“Pemakaian kaca mata atau cermin mata terutama berwarna hitam tidak hanya melindungi mata daripada cahaya matahari, malah menghalang sinaran ultra ungu atau ultra violet (UV) dan infra merah.

“Pendedahan secara langsung kepada sinaran UV dan infra merah yang tidak kelihatan secara kasar itu turut memberi kesan kepada pelbagai masalah mata antaranya pterygium iaitu pengumpulan lemak di sekitar mata yang boleh masuk ke dalam bahagian kornea.

“Keadaan itu menyebabkan mata berasa tidak selesa, mudah menjadi merah dan sukar menghilangkan habuk yang melekat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh menyebabkan kornea tertutup dan menghalang penglihatan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin..

Menurutnya, kesan radiasi sinaran UV itu turut merosakkan retina dan berlakunya masalah katarak, iaitu penglihatan menjadi kabur.

Sementara itu Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Hatijah Hashim ketika dihubungi semalam, berkata kaca mata murah dipercayai dari luar negara itu hanya diwarnakan gelap atau dicelup dalam warna gelap, sebenarnya tidak berupaya menyerap sinaran berbahaya.

Hatijah berkata, dalam jangka masa panjang, pengguna akan berasa tidak selesa dan memberi tekanan pada penglihatan kerana kesan silau tidak hilang disebabkan cahaya yang menembusi kanta itu berserak dan pecah.

Katanya, pengguna perlu membezakan antara kaca mata murah dengan yang tulen kerana ia penting mengelak risiko terhadap kesihatan dalam jangka panjang.




p/s : Belilah cermin mata atau kaca mata yang mempunyai UV protection 400 atau 100% UV protection untuk melindungi mata anda daripada sinaran UV. Kami di Ray ban Malaysia menawarkan kaca mata hitam yang mempunyai ciri-ciri UVA/UVB protection, pelbagai model ditawakankan, lens dan frame yang berkualitu tinggi serta yang paling penting keselesaan kepada pemakainya.Dijamin puas hati dengan harga menarik yang ditawarkan







Tags : Kaca mata, cermin mata, kaca mata hitam, sinaran UV, kaca mata hitam murah, kaca mata uptown, kaca mata pasar malam, kaca mata murah.

Tuesday, 22 February 2011

Rabun dekat

Date : 23 February 2011


Sumber : Wikipedia


Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat. Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh.

Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.


Rabun dekat diatasi dengan memakai cermin mata jenis cembung


Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.


Sunday, 10 October 2010

Coach team with Luxottica on eyewear

ROME—Italian eyewear maker Luxottica Group SpA and U.S. leather accessories brand Coach Inc. Tuesday announced an eyewear partnership expected to add more than $100 million a year in sales.

The move gives Luxottica, the world's largest eyewear maker, further traction in North America and Asia, where Coach is expanding. It also adds a large middle-market label to a portfolio full of high-end brands such as Bulgari SpA and Prada SpA.

"We think there's a lot of opportunity for somewhat accessible luxury today in the global market," said Antonio Miyakawa, executive vice president marketing, creative direction and product at Luxottica.

The multiyear deal, which begins in 2012, signals the end of Coach's existing contract with U.S. producer Marchon. Luxottica offers its own vast retail channel.

It's a good fit as Coach gains access to a global platform to accompany the rollout of its brand, while Luxottica gets a "great add-on to its otherwise very European luxury oriented portfolio," allowing it to avoid the risk of cannibalization, said Erwan Rambourg, an analyst for HSBC in London. He expects Coach to quickly establish itself as one of Luxottica's top five brands, alongside Prada, Chanel and D&G.

Mr. Miyakawa said Luxottica admires Coach's growth in the U.S. and expansion plans in Asia and expected Luxottica to be able to help it grow in Europe, too.

"We're very excited about this partnership, which will combine Coach's distinct design aesthetic with Luxottica's excellent product quality and craftsmanship," Coach Chairman and Chief Executive Lew Frankfort said in a statement.