Showing posts with label uncategorized. Show all posts
Showing posts with label uncategorized. Show all posts

Monday, 18 March 2013

Apa itu rokok elektronik atau Vapor

APA ITU ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPOR DAN KESANYA?

Assalamualaikum semua,

Hari ni Abang Chik nak menulis tentang benda yang 'panas' yang ada dipasaran Malaysia kini. Jika kita ke uptown/downtown benda ini dapat kita lihat bersepah penjual yang menjual benda ini. Benda yang Abang Chik maksudkan adalah Rokok Elektronik


Jenis rokok Elektronik yang ada di pasaran.
Dunia memang semakin canggih. Apa taknya sampai rokok pun dah jadi elektronik. Jadi apa itu rokok elektronik atau e-ciggaret, dan ada yang menyebutnya Vapor ini? Yang pasti rokok elektronik adalah satu percubaan untuk mewujudkan sejenis rokok yang dikatakan mampu mengurangkan penggunaan rokok asal yang berasaskan tembakau yang pasti diketahui umum sebagai penyumbang kepada masalah berkaitan dengan kanser jantung.

Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.

Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga tahun 2010, sudah ramai yang telah mula menjual rokok elektronik ini secara online.



Apa itu Rokok Elektronik



Definasi Rokok Elektronik  ( Elecronic Sistem Penghantaran Nikotin atau e-rokok ) adalah sebuah Inovasi dari Bentuk Rokok Pengkreditan Terus menjadi Rokok moden. Rokok elektronik pertama kali dikembangkan pada tahun 2003 oleh SBT Co Ltd, sebuah syarikat yang berasaskan Beijing , RRC , yang sekarang dikuasai oleh Golden Dragon Group Ltd Pada tahun 2004, Ruyan mengambil Alih projek untuk mengembangkan Teknologi yang Appear. 

Diserap secara rasmi Ruyan SBT Co Ltd dan nama mereka diubah menjadi SBT RUYAN Teknologi & Development Co, Ltd Rokok elektronik dikatakan sebagai rokok yang lebih sihat dan 'hijau' kepada persekitaran jika dibandingkan dengan rokok biasa kerana tidak mengeluarkan bau dan asap dalam bentuk gas beracun. Selain itu, Rokok elektronik lebih jimat jika dibandingkan daripada rokok biasa karana boleh diisi semula. Bentuknya seperti batang rokok biasa. Rokok Elektronik ini membakar cecair dengan menggunakan bateri. Produk ini dipasarkan dengan berbagai jenis nama, antaranya Rokok elektronik, ecigarro, elektro-asap, hijau-cig , dan smartsmoker . Rokok elektronik dianggap sebagai alat membantu bagi mereka yang ketagihan merokok supaya dapat berhenti merokok. Alat ini dipasarkan sebagai alternatif yang lebih selamat dari produk tembakau biasa.


Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi 

Rokok elektronik atau Vapor terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan. Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.



Bukan hanya lelaki, perempuan juga ada yang menjadikan E-rokok ini sebagai alat membantu mengurangkan rokok tembakau.

Rokok Elektronik Berbahaya?

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Rokok Elektronik atau Vapor ini kini menjadi trend di Malaysia

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan.

Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli. Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.

Adakah rokok Elektonik selamat atau lebih berbahaya kepada kesihatan? Jom kita tengok kajian pakar..

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau..Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.” 5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.

Jadi apa pula pendapat anda? Jom konsgikan diruangan komen dibawah...=)

Tuesday, 5 March 2013

Produk kesihatan dan kecantikan Ekin Mawi Unequein

UNEQUEIN PRODUK KECANTIKAN EKIN DAN MAWI




Salam, artikel kali ini Abang Chik nak berkongsi tentan produk kecantikan terbaru di pasaran Malaysia. Sebelum ini banyak produk kecantikan seperti SNE, Felina dan banyak lagi yang meletup jualanya di facebook. Produk kecantikan terbaru keluaran artis yang satu masa dahulu pernah menjadi fenomena iaitu Mawi telah pun selamat dilancarkan. Produk kecantikan ini dibrandingkan dengan nama Unequein. Produk kecantikan uniquein ini adalahlah usaha sama Mawi dan Ekin. 

Adakah produk kecantikan Unequein keluaran Ekin dan Mawi ini dapat mengatasi populariti SNE Beutskin atau dengan nama lain Produk kecantikan Adira =) Adakah unequien ini dapat menjdi fenomena sepertimana fenomena Mawi World suatu ketika dahulu? 


Klik untuk besarkan.



Ok Abang Chik nak review sedikit sebanyak tentang Unequein Ekin Mawi ini...Unequien ini adalah berasakan multijuice dan collage. Produk ini dapat membantu penggunanya dalam mengatasi masalah ketidakanjalan kulit dan dapat membantu menjadikan ada lebih awek muda serta lebih sihat dengan bantuan multijuice dimana terdapat banyak khasiat dalam makanan sunnah ini.

Memetik kata-kata Ekin dalam majalah Seri Dewi dan Keluarga " Produk ini hasil kerjasama Ekin dan Mawi dan dijalankan secara online melalui carian facebook ekinmawi. Buat masa ini hanya beroperasi dari rumah kerana ia dijalankan secara dalam talian". Bermakna buat masa ini Unequein ini lebih ditumpukan marketingnya melalui secara dalam talian.

Sebanarnya Unequein ini merupakan produk pemakanan kesihatan dan penjagaan kulit. Ianya dihasilkan dari ramuan buah-buahan botani dan sunnah. Juga terdapat, produk penjagaan wajah yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Produk keluaran Malaysia dan dijamin halal dan selamat. Antara ramuan yang terkandung dalam produk Unequein ini adalah MultiJuice Liquid Health Supplements, Collagen with Vitamin B,C,L-Glutathione & Acai Berry + Beauty Technology and uneQuein Skin Care

Menurut Mawi dan Ekin dalam laman web Unequein Official :-

" UneQuein membantu anda dengan makanan tambahan yang mengandungi kolagen yang membantu menambah baik keadaan kulit, tulang, gigi, kuku dan rambut, meningkatkan ketegangan dan kekenyalan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus, memberi kesan anti penuaan, mencantik dan mencerahkan kulit serta membuatkan anda kelihatan awet muda. Vitamin B membantu mengurangkan simptom anemia dan depresi. Vitamin C adalah anti oksidan yang melambatkan kadar kerosakan radikal dan melindungi tubuh daripada jangkitan, mengekalkan kesihatan tulang dan gigi dan mempercepatkan penyembuhan luka. L-Glutathione mengurangkan kesan merah dibahagian tubuh kerana peningkatan usia. Ia juga membantu mencerah dan memutihkan kulit. Acai Berry baik untuk tubuh serta khususnya kerana tindakbalas anti oksidannya. Ia mampu mengelakkan gangguan toksid dalam badan dalam masa yang singkat. Dengan rasanya yang sedap dan bau menyegarkan seperti buah oren, amalkan 2 kali sehari dan anda akan rasai kesannya"

Jom lihat info produk Unequein ini. Ianya dapat dibahagikan kepada 2 part bahagian iaitu Makanan dan Minuman dan Skin Care.



  • SKIN CARE

Eye Gel
Membantu mengurangkan hidrasi ke atas epidermis kulit sekeliling kawasan mata, menegang dan mengurangkan kedutan dan garis halus serta bintik-bintik hitam.

_____________________________________________________________________________

Acne Serum White
 
Bertindak sebagai anti septik, anti mikrobik dan anti fungus. Membantu menghilangkan ruam-ruam dan jerawat halus pada kulit.
 
_____________________________________________________________________________

Pimple Lotion
 
Bertindak sebagai anti septik, anti mikrobik dan anti fungus. Formulanya yang sempurna bertindak secara lembut, berangin dan bertindak ke atas jerawat.


_____________________________________________________________________________

Serum

Membantu memberi tenaga, menjana semuala dan meremajakan kulit. Memutih serta bertindak sebagai agen anti penuaan.

_____________________________________________________________________________


  • FOOD AND DRINK  



Vitamin B, C, L-Glutathione & Acai Berry + Beauty Technology

Fakta : Ketika usia menjangkau 25 tahun ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia 45 tahun, badan kita kehilangnan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi dalam badan.

UneQuein membantu anda dengan makanan tambahan yang mengandungi kolagen yang membantu menambah baik keadaan kulit, tulang, gigi, kuku dan rambut, meningkatkan ketegangan dan kekenyalan kulit, mengurangkan kedutan dan garis halus, memberi kesan anti penuaan, mencantik dan mencerahkan kulit serta membuatkan anda kelihatan awet muda. Vitamin B membantu mengurangkan simptom anemia dan depresi. Vitamin C adalah anti oksidan yang melambatkan kadar kerosakan radikal dan melindungi tubuh daripada jangkitan, mengekalkan kesihatan tulang dan gigi dan mempercepatkan penyembuhan luka. L-Glutathione mengurangkan kesan merah dibahagian tubuh kerana peningkatan usia. Ia juga membantu mencerah dan memutihkan kulit. Acai Berry baik untuk tubuh serta khususnya kerana tindakbalas anti oksidannya. Ia mampu mengelakkan gangguan toksid dalam badan dalam masa yang singkat.
Dengan rasanya yang sedap dan bau menyegarkan seperti buah oren, amalkan 2 kali sehari dan anda akan rasai kesannya.




Liquid Health Supplements

Rumusan jus dari gabungan buah-buahan botani dan sunnah seperti delima, minyak zaitun, minyak habbatus sauda’, cecair kurma, buah tin, kismism goji, air zam-zam dan madu yang mengandungi pelbagai khasiat mineral dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh. Minuman berkhasiat ini membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatan luar dan dalam tubuh bila diamalkan secara berterusan.
  • Delima – digelarkan ‘ superfruit’ yang mengandungi anti oksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payudara, organ paru-paru dan jantung.
  • Kurma – terdiri daripada fenol, sterol, pigmendasquelen yang memainkan peranan penting, dalam kesihatan manusia. Dapat mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan seharian, membantu menyeimbangkan metabolism badan banyak lagi.
  • Buah Tin – Menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Membantu membersihkan hati dan jantung serta membersihkan lendir dalam usus.
  • Kismis – Menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati dan mencerahkan mata.
  • Madu – Mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.
  • Minyak Zaitun – Mengandungi perlindungan kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai proses penuaan.


Ok jika anda berminat menjadi dealer Abang Chik menjual produk kecantikan Ekin & Mawi ini, Unequien ini boleha menghubungi saya 016-7701302. Agen dan dealer dialu-alukan =)




Tags : Unequein, Unequien Malaysia, Produk kecantikan Unequein, Produk kecantikan Ekin dan Mawi, Produk kesihatan Unequein, Agen Uniquein KL.

    Friday, 1 February 2013

    Keputusan penuh pilihanraya umum PRU 13

    KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA UMUM KE-13

    Keputusan terkini pilihan raya umum (PRU 13). Update terkini kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding adalah seperti dibawah. Keputusan ini pilihanraya umum ke-13 ini adalah berdasarkan keputusan dan maklumat semasa yang diperolehi dari sumber yang tepat.