APA ITU ROKOK ELEKTRONIK ATAU VAPOR DAN KESANYA?
Assalamualaikum semua,
Hari ni Abang Chik nak menulis tentang benda yang 'panas' yang ada dipasaran Malaysia kini. Jika kita ke uptown/downtown benda ini dapat kita lihat bersepah penjual yang menjual benda ini. Benda yang Abang Chik maksudkan adalah Rokok Elektronik.
Jenis rokok Elektronik yang ada di pasaran. |
Dilabelkan sebagai rokok yang selamat diguna, rokok elektronik ini dikatakan mempunyai nilai rasa yang sama seperti anda merokok rokok asli kecuali ianya tidak berasap, tidak menghasilkan karbon monoksida dan juga tidak meninggalkan abu.
Penularan rokok elektronik ini sudah bermula di Malaysia seawal tahun 2009 dan sehingga tahun 2010, sudah ramai yang telah mula menjual rokok elektronik ini secara online.
Apa itu Rokok Elektronik
Definasi Rokok Elektronik ( Elecronic Sistem Penghantaran Nikotin atau e-rokok ) adalah sebuah Inovasi dari Bentuk Rokok Pengkreditan Terus menjadi Rokok moden. Rokok elektronik pertama kali dikembangkan pada tahun 2003 oleh SBT Co Ltd, sebuah syarikat yang berasaskan Beijing , RRC , yang sekarang dikuasai oleh Golden Dragon Group Ltd Pada tahun 2004, Ruyan mengambil Alih projek untuk mengembangkan Teknologi yang Appear.
Diserap secara rasmi Ruyan SBT Co Ltd dan nama mereka diubah menjadi SBT RUYAN Teknologi & Development Co, Ltd Rokok elektronik dikatakan sebagai rokok yang lebih sihat dan 'hijau' kepada persekitaran jika dibandingkan dengan rokok biasa kerana tidak mengeluarkan bau dan asap dalam bentuk gas beracun. Selain itu, Rokok elektronik lebih jimat jika dibandingkan daripada rokok biasa karana boleh diisi semula. Bentuknya seperti batang rokok biasa. Rokok Elektronik ini membakar cecair dengan menggunakan bateri. Produk ini dipasarkan dengan berbagai jenis nama, antaranya Rokok elektronik, ecigarro, elektro-asap, hijau-cig , dan smartsmoker . Rokok elektronik dianggap sebagai alat membantu bagi mereka yang ketagihan merokok supaya dapat berhenti merokok. Alat ini dipasarkan sebagai alternatif yang lebih selamat dari produk tembakau biasa.
Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi
Rokok elektronik atau Vapor terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan. Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Oleh kerana ia adalah wap dan bukannya asap, maka ia tidak mengandungi Karbon Monoksida, tidak berbau dan secara langsung, tidak merbahaya. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.
Bukan hanya lelaki, perempuan juga ada yang menjadikan E-rokok ini sebagai alat membantu mengurangkan rokok tembakau. |
Rokok Elektronik Berbahaya?
Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.
“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”
Rokok Elektronik atau Vapor ini kini menjadi trend di Malaysia |
Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan.
Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli. Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.
Adakah rokok Elektonik selamat atau lebih berbahaya kepada kesihatan? Jom kita tengok kajian pakar..
1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.
2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).
3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.
4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau..Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.” 5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
Jadi apa pula pendapat anda? Jom konsgikan diruangan komen dibawah...=)
No comments:
Post a Comment