Saturday 2 April 2011

Penipuan Ray ban di Mudah kes 2

Author : Abang Chik Rayban
Date : 20 Ogos 2011

Salam sejahtera,
Bersambung lagi kali ini, kami dedahkan siri ke-2 penipuan atau scammer penjualan Kaca Mata Ray ban di Mudah.my.

Sebelum itu jika anda masih belum mengikuti pendedahan siri 1 anda boleh membacanya di link berikut, Penipuan Ray ban di Mudah siri-1.

Mudah.my merupakan laman dagang jual beli popular dan dikenali di Malaysia. Disebabkan menjuanya visitor yang ramai, jadi secara logiknya scammer2 ini akan memilih laman web yang popular untuk mencari mangsanya.

Di bawah ini, kami kongsikan salah seorang scammer menipu product jualanya. Niat kami bukan untuk menutup pintu rezeki mereka untuk berniaga, tetapi bukan dengan cara menipu orang lain bagi mendapatkan keuntungan mudah!!!

Sila perhatikan screenshoot dibawah. Kami akan terangkan bagimanakah penjual Ray ban ini menipu. Jika anda menjul barangan replica, declare replica, jangan pula menjual replica tetapi deckare sebagai original atau authentic.



Penipuan di Mudah Wayfarer folding

1- Di dalam bulatan 1 tersebut adalah soft cloth sunglasses by Bausch & Lomb. Tahukan anda Baush & Lomb merupakan perintis bagi jenama Ray ban, syarikat dari USA. Pada tahun 1997, Luxottica telah mengambil alih jenama Ray ban dari Bausch & Lomb setelah syarikat ini bankrupt, bermakna Ray ban Sunglasses baru keluaran Baunsch & Lomb MUSTAHIL berada di pasaran!!

2- Di dalam bulatan 2, printed pada manual care tersebut adalah LUXOTTICA. Cuba pikirkan bagaimana 2 syarikat mengeluarkan menguluarkan satu jenama (Ray ban). Kelakarkan?? Pada kain lap Baunsch Lomb dan pada manual care Luxottica pula. Dah sah2 Ray ban ini bukan original.


Penipuan di Mudah Wayfarer foldingb 2


3- Cuba perhatikan pada harga Ray ban yang diiklankan terebut, RM300. Cukup mustahil jika anda ada sepasang Ray ban Original yang dibeli hampir mencecah ribuan ringgit tetapi menjual dengan harga yang cukup rendah. Berbaloikah? Buat pengetahuan anda, jika anda mempunyai BL Ray ban sebelum tahun 1997, nilainya pasti melebihi RM500 sepasang kerana keluaran Ray ban USA tidak boleh didapati lagi di kedai2 malahan permintaanya tinggi berbanding Ray ban Italy.

4- Pada perkataan Made in Italy menunjukan ianya adalah keluaran Luxottica, tetapi kain lapnya pula keluaran BL. Macam mana ni?

5- Gauranteed 100% Original and Authentic item. Perlu diingatkan ini merupakan ayat manis scammer untuk memerangkap dan meyakinkan mangsa. Sila buat kajian dahulu sebelum membeli. Kami yakin 200% Ray ban Folding matte ini merupakan Replica high grade sahaja, bukan Original Ray ban. Harganya cuma dalam lingkungan RM100-RM150 sahaja.

Ok nanti pendedahan kami lagi tentang penipuan penjualan Ray ban.
Jika anda ingin beli Ray ban Original kami syorkan directly beli dari website rasmi Ray ban iaitu www.ray-ban.com. Kualiti di jamin tulen dan 100% adalah original Ray ban keluaran Luxottica group, Italy.





Tags : Ray ban murah, Ray ban, Ray ban Replica, Ray ban Mudah, Ray ban Malaysia, Kaca Mata Hitam, BL Ray ban, Ray ban USA, RB, Ray ban Italy, Sunglasses, High Grade Ray ban, Cermin Mata, Wayfarer, Wayfarer Folding, Folding. Original Folding.

1 comment:

  1. adakah RayBan yang dijual di Focus Point itu adalah tulen / original ,,kerana kain lapnya ada tanda Baunsch & Lomb....

    ReplyDelete