date : 01/08/2012
OAKLEY OVER THE TOP | SKU# 04-060
Lama Abang Chik xupdate blog ni, agak bz untuk setelkan order-order spek hitam sempena promosi hari raya kali ni. Alhamdulillah, pagi ni ada masa terluang sket, jadi Abang Chik nak update perkembangan Abang Chik, Supplier, Retailer, Wholesale, Dropship Kaca Mata Hitam.
Kali ni nak bercerita tentang Oakley Over The Top. Oakley model ini design dia mungkin agak lucu dan kelakar, ada yang menganggapkan model ni macam makluk asing pakai..hehehe, TETAPI tahukan anda model ini tersangat2 rare, dan sukar untuk dicari. Tahukah anda di Malaysia, Oakley Over The Top ini hanya Abang Chik seorang sahaja memiliki model ini =) itu pun saya dapat secara tidak sengaja (kerana seller ni nak jual kerana terlalu terdesak untuk pakai duit). Hampir 2 tahun juga saya cari model ini sebagai koleksi peribadi.
Koleksi Over The Top FM+ Fire Iridium Abang Chik
Model Over the Top ini sudah tidak lagi dikeluarkan oleh Oakley sejak 2004 lagi (hampir 8 tahun model ini sudah stop production). Semasa pengeluaranya terdapat 3 warna pilihan, iaitu Over the Top black with Ruby Iridium, Over The Top FMJ+ Fire Iridium dan FMJ 5.56 Ice Iridium. Antara ketiga2 ini yang menjadi buruan peminat dan kaki Oakley sebagai koleksi adalah OTT FMJ+ Fire Iridium (yang mana Abang Chik miliki). Dari perbandingan harga pula semasa mula2 pengeluaran Over The Top, harga pasaran (boleh rujuk di website Oakley) FMJ+ paling mahal bernilai USD195, tetapi kini nilainya mencecah hampir RM2000!!Gaya pemain Golf memakai Over The Top FMJ+
Walaupun model Over The Top masih dijual di eBay tetapi kebanyakan seller tidak shipping ke Malaysia, dan semestinya harga shipping sangat mahal. Semestinya model ini tidak pernah dipakai orang2 di Malaysia, hanya disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja, kerana nilainya kian meningkat dari hari kehari =)Tags: Oakley, Oakley Over The Top, Over The Top Malaysia, OTT FMJ+ Fire Iridium, Oakley Rare, Sunglasses Rare.
No comments:
Post a Comment