Sunday 8 September 2013

Ray ban Clubmaster Folding

RAY-BAN CLUBMASTER FOLDING




Ya clubmaster folding !! Sebelum ini Ray-ban mengeluarkan Ray-ban Folding Aviator, setelah 1 tahun Ray ban Aviator Folding ini berada di pasaran Malaysia, kini syarikat gergasi kaca mata dari Italy ini mengeluarkan satu lagi kaca mata Ray-ban konsep 'boleh lipat' iaitu Clubmaster Folding. 

Sepertimana kita tahu, Clubmaster Ray-ban merupakan Ray-ban old skool yang sudah lama berada di pasaran. Banyak perubahan dari jenis patern, design, lens sudah dapat kita lihat Clubmaster Folding ini tetapi ianya masih dikekalkan patern asalnya. Tetapi yang mengejutkan bagi kaki Ray ban Malaysia, tahun 2013 Clubmaster Folding direalisasikan !!! 

Jika sebelum ini sekiranya spek mata akan diletakan diatas kepala sekiranya tidak dipakai, tetapi dengan Folding Clubmaster, anda boleh lipat dan masukkan kedalam poket seluar anda =)

Terdapat 4 pilihan warna Ray-ban Clubmaster Folding ini atau dengan kodnya juga disebut RB2176 dengan 2 daripadanya adalah lens polarized. Dari construction-nya pula, Ray-ban ini dikuatkan dengan 6 hinge layer. Kami sudah survey kedai Ray-ban sekitar KL masih tiada optikal shop menjual Ray ban Clubmaster ini. Kami jangkan dalam bulan 10, Ray-ban Clubmaster Folding ini akan berada dipasaran Malaysia.

Jadi sekiranya anda terfikir untuk membeli sepasang Ray ban Original, tetapi masih belum pasti model apa yang ingin dibeli, kami cadangkan Ray ban Clubmaster Folding. Ianya amat sesuai digayakan baik untuk lelaki dan perempuan. Harga Rayban Clubmaster Folding ini di Malaysia sekitar RM750-RM900.



Tags: Ray ban, Clubmaster Folding, Ray ban Original, Harga Clubmaster Folding, Ray ban Malaysia, Ray ban Aviator Folding.

No comments:

Post a Comment