Friday, 16 November 2012

Borang pendaftaran agent


BORANG PENDAFTARAN AGENT

Untuk mendaftar menjadi agent kami, sila ikuti langkah mudah di bawah. Pembayaran bagi Pakej Agent Silver RM50/seumur hidup dan pembayaran bagi Pakej Agent Gold RM170/seumur hidup (ditutup kerana kehabisan katalog).



LANGKAH 1 : SILA BUAT PEMBAYARAN RM50 KEDALAM MANA-MANA SATU AKAUN BERIKUT


MAYBANK
Pemilik Akaun : Abang Chik Trading
No Akaun : 564294305394
E-mail : Abangchiktrading[at]gmail.com

CIMB
Pemilik Akaun : Abang Chik Trading
No Akaun : 14050001071103
E-mail : Abangchiktrading[at]gmail.com

 

LANGKAH 2 : SILA ISI BORANG PENGESAHAN INI



LANGKAH 3 : SELESAI. TUNGGU DALAM TEMPOH 48-72 JAM UNTUK KAMI REVIEW DAN AKTIFKAN AKAUN ANDA.



________________________________________________


NOTA TAMBAHAN

1) Selari dengan prinsip kami, SERVICE TERBAIK dan HARGA TERMURAH menjadikan kami peneraju utama dan utuh sehingga hari ini bagi pembekal dan pengedar kaca mata hitam High Grade(AAA & AAAAA) Quality utama di Malaysia.

2) Kami sekadar memberi peluang dan ruang untuk anda bersama-sama dengan kami menjana pendapatan sampingan. Jaminan anda mampu mendapat pendapatan SEKURANG-KURANGNYA 3-4 ANGKA SEBULAN bergantung atas usaha anda serta skill dan terknik pemasaran yang anda lakukan kerana apa yang saya katakan adalah fakta dimana ahli-ahli banyak yang berdaftar dengan saya mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan  seterusnya mampu mengubah hidup mereka kearah lebih baik. 

3) Jika anda mahu melihat harga terkini untuk Ahli (borong dan Dropship), anda boleh mendownload Quotation Harga Ahli versi 8.0 secara PERCUMA  disini. 






TRUSTED SUNGLASSES SUPPLIER,

ABANG CHIK

www.kacamatahitam.com 
(formerly known as rayban-malaysia.com)
016-7701302 (HP)
03-26309735 (Office)


Thursday, 15 November 2012

Harga agent berdaftar dan harga borong kaca mata


QUOTATION HARGA AGENT BERDAFTAR & BORONG


Rujukan untuk harga borong dan harga dropship bagi ahli berdaftar dengan dengan kacamatahitam dot com. Anda boleh terus membuat rujukan harga disini sahaja bagi order anda.

  • Harga borong MOQ - 6 biji (boleh campur)
  • Harga dropship - 1-5 biji 

*Untuk pembelian secara borong 6unit keatas, anda tidak perlulah mendaftar sebagai ahli.

** Kos penghantaran dikenakan mengikut jumlah kaca mata yang diorder. Bagi pembelian melebihi RM1000 ketas parcel anda akan diinsurankan sebagai langkah keselamatan.
 

  

<<Klik sini untuk besarkan imej>>



<<Klik sini untuk besarkan imej>>



<<Klik sini untuk besarkan imej>>




Thursday, 8 November 2012

Gaji dan Elaun Agong, Sultan, Perdana Menteri dan Menteri

 Gaji & Elaun Untuk Agong, Sultan, PM Dan Menteri

Sekadar gambar hiasan


Mari kita lihat berapa gaji dan elaun yang diberi pada orang orang ni semua. Orang-orang penting negara kita ni. Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong. Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong.

Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

 Jadi, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

 Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

 Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

 1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

 Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup? Pencen khas untuk balu Agong Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu meninggal semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni.

Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mangkat masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah) Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja.

Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480 So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah
1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

 Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600. Elaun lain lain untuk kerabat ialah :-

  • Raja Muda - RM13,000 
  • Raja Puan Muda - RM5,200 
  • Tunku Bendahara - RM4,000 
  • Bini Tunku Bendahara - RM1,250 
  • Tunku Temenggung - RM3,500 
  • Isteri Tunku Temenggung - RM900 
  • Tunku Laksamana - RM3,000 
  • Isteri Tunku Laksamana - RM600 


Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar. Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005. Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut :-

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79 

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP. Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat. Gratuity: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan).

Sekian untuk info perkongsiaan bersama.

Wednesday, 7 November 2012

Insiden cekik pengadil oleh pemain Kolej Komuniti Kedah (KKK)


Muhammad Bahyuddin Razali mencekik leher ref sebagai tanda tidak puas hati .

Di sebalik pelbagai isu perpindahan pemain menghangatkan tempoh rehat saingan Liga Malaysia ketika ini, arena sukan tempatan dikejutkan insiden kurang bijak pemain Kolej Komuniti Kedah (KKK), Muhammad Bahyuddin Razali mencekik leher pengadil perlawanan, Zulkifli Ahmad. Daripada kejadian itu, kini timbul persoalan semangat kesukanan dan tahap profesional pemain muda di negara ini.

Rentetan insiden itu, Muhammad Bahyuddin dijangka berdepan tiga hukuman berat daripada tiga pihak berbeza – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), KKK dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Insiden kekasaran terhadap pengadil ini dirakam media dan ia tidak sewajarnya berlaku tetapi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpendapat ia tidak menggambarkan sikap keseluruhan pasukan terbabit. “Kami juga berpendapat institusi terbabit mampu menangani insiden ini. Jika bersalah, penganjur (KPT) akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.

 “Secara prinsipnya, penganjur tidak ada halangan sekiranya FAM mengenakan sebarang tindakan mengikut peraturan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SUKIPT, Dr Saharudin Ismail. Kelmarin, Bahyuddin bertindak ganas apabila tidak berpuas hati dengan keputusan Zulkifli melayangkan kad merah kepadanya selepas mengasari pemain lawan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Baharom Putra.

Final Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dimenangi UKM dengan keputusan 2-1. Ketika dibuang padang, kedudukan terikat 1-1 dan KKK terpaksa bermain 10 orang sebelum tewas di masa tambahan.

 Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir kelmarin menyifatkan ia menjadi satu kebiasaan dalam perlawanan bola sepak tetapi ada beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan. “Pegawai perlawanan adalah dari FAM. Ini proses biasa dalam mana-mana pertandingan. Saya juga lihat ada beberapa perkara yang perlu dibaiki bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” kata Hamidin.

Friday, 2 November 2012

Cermin Mata Hitler untuk dilelong

Adolf Hitler memakai cermin mata ketika membaca


BERLIN 5 Okt. - Cermin mata milik ketua Nazi, Adolf Hitler adalah antara barangan milik pemimpin diktator itu yang bakal dilelong dalam satu upacara lelongan besar-besaran hujung bulan ini. Walaupun Hitler jarang dilihat memakainya kerana menganggap ia sebagai satu kelemahan dan boleh menjatuhkan martabatnya, cermin mata dengan bekas kulit hitam dan tertera nama pakar optik Berlin, Ruhnke itu dijangka akan dilelong pada harga permulaan 5,000 pound (RM24,660).

Antara barangan lain Hitler yang turut akan dilelong termasuklah bekas rokok perak yang akan ditawarkan dengan harga permulaan 9,500 pound (RM46,847). Hitler bukanlah seorang perokok tetapi rokok disediakan untuk orang kenamaan yang datang ke Reich Chancellery di Berlin. Koleksi paling menarik yang bakal dilelong pula adalah jam emas yang dihadiahkan kepada Hitler pada tahun 1929 dan ditemui pada mayatnya.

 Lelongan ini dikendalikan oleh Hermann Historica Munich, antara firma lelongan paling berpengaruh di Jerman.

Sunday, 21 October 2012

Ray ban Meteor RB4168

RAY BAN METEOR RB 4168

AKAN DATANG!!!!!

Gangnam style sunglasses




Salam ahad semua,

Hari ni Abang Chik nak review spek mata yang dipakai oleh PSY gangnam style  dalam video klip yang tengah meletup di Youtube dengan 517M view di Youtube (sehingga artikel ini ditulis).

Kerana ada fan-fan tegar psy ini tanya Abang Chik macam mana nak dapatkan spek ini. Antara SMS Abang Chik tanya 'bro ada x spek mata hitam macam PSY gangnam syle tu pakai?"  Mungkin sebab populariti lagu Gangnam Style semua nak ikut imej pSY kot hehehe.
Spek mata dipakai spy gangnam style jenama Thierry Lasry warna Tortoiseshell.

Ok sebenarnya sunglasses psy gangnam style pakai tu spek jenama Thierry Lasry. Kebanyakan model sunglasses Gangnam Style dipakai PSY ni adalah dari model yang berbeza jenama yang sama. Tetapi yang paling popular adalah warna seakan-akan Tortoiseshell, Harga spek mata Tierry Lasry ini dijual dengan harga USD371. Satu lagi spek yang dipakai oleh PSY adalah dari jenama Thierry Lasry juga tetapi bewarna black frames with gold earpieces. Spek ini berharga USD425.

Sunglasses Gangnam Style

Dua design spek ini merupakan spek yang paling popular kerana PSY memakai dalam official clip videonya. Buat peminat PSY, untuk mendapatkan spek Thierry Lasry ini agak sukar di Malaysia kerana tidak semua kedai optikal ada menjual sunglasses Thierry Lasry sama dipakai PSY ini.

Buat pengetahuan anda Ray ban juga ada mengeluarkan spek mata Gangnam Style ini. Model yang Abang Chik maksudkan adalah model RB4168 juga dipanggil Ray ban Meteor. Design Ray ban Meteor ini seakan2 model Thierry Lasry yang dipakai PSY. Jadi kepada yang berminat untuk memakai sunglasses gangnam style bolehla dapati spek Thierry Lasry ini. Alternativenya ray ban meteor RB4168 adalah sama seperti model sunglass yang dipakai psy Gangnam Style.

Ray ban Meteor RB4168 design sama seperti spek dipakai gangnam sytle.


Berminat nak dapatkan spek mata ala Oppa Gangnam Style??




Tags: Spek mata gangnam style, Spek mata psy, Sunglasses gangnam style, ray ban gangnam style, ray ban psy, ray ban meteor gangnam style, kaca mata thierry lasry, spek mata macam gangnam style.