Showing posts with label Kedah Soccer. Show all posts
Showing posts with label Kedah Soccer. Show all posts

Friday, 25 January 2013

Akmal Rizal teruja dapat jaringkan gol untuk Kedah



“Saya terpaksa menunggu sehingga lima tahun untuk kembali menyarung jersi hijau kuning semula, bukan saya tidak mahu kembali sebelum ini, setiap tahun saya cuba untuk kembali beraksi bersama Pasukan Hijau Kuning tetapi hasrat ini tidak tercapai, hanya tahun ini kehadiran Mario Tot membuka peluang saya kembali,” kata Akhmal Rizal Ahmad Rakhli. 

Katanya, dia amat teruja pada perlawanan semalam bukan sahaja kejayaannya beraksi semula di Stadium Darulaman malah berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol ketiga Kedah. Dia juga terharu dengan sambutan yang diterimanya daripada ribuan peminat setia yang berada dalam stadium ketika nama dia kedengaran melalui pembesar suara stadium. “Saya memang terhutang budi dengan peminat yang terus memberi sokongan kepada saya walaupun sudah tidak bersama pasukan Kedah sejak lima tahun lalu, sokongan mereka sudah pasti berjaya menambah keyakinan diri saya beraksi dengan baik demi kejayaan pasukan. 

“Saya tidak kisah sama ada berada dalam kesebelasan utama ataupun sebaliknya apa yang penting ialah kejayaan pasukan, ketika wisel penamat di bunyikan oleh pengadil dan jaringan pada perlawanan semalam turut melegakan saya kerana saya dapat membalas kepercayaan Tot yang memberi peluang kepada saya,” kata Akmal. Katanya, dia memang terasa tertekan kembali bersama pasukan Kedah kerana takut tekanan daripada ribuan peminat setia pasukan dan juga pihak pengurusan pasukan tetapi sokongan yang di terima daripada mereka membuatnya terharu dan mahu memastikan Kedah hanya mendapat terbaik daripadanya. 

“Sokongan daripada Tot serta pembantu-pembantunya dan juga kesemua pemain Pasukan Hijau Kuning membuat saya terharu dan harmoni yang terdapat dalam pasukan Kedah adalah seperti satu keluarga bukan hanya sebagai satu pasukan. “Saya cuma berdoa agar akan dapat banyak lagi peluang untuk beraksi supaya akan dapat terus memberikan khidmat terbaik saya demi kejayaan pasukan di akhir musim ini. Kerja sama daripada kesemua pihak yang terbabit dengan pasukan meringankan beban saya dan mengurangkan tekanan ketika bermain,”. 

“Saya memang teruja dapat beraksi bersama pemain seperti Nelson Sam Martin, Chayene Santos, Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar dan Shazuan yang beraksi bersama ketika saya bersama pasukan Perak musim lalu,” kata Akhmal.


Kredit/Sumber :
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (46) Sabtu, 26.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN 
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

Saturday, 12 January 2013

Friday, 23 November 2012

CR7 sumbang kasut emas bantu Gaza


#Respect!! Pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah menderma RM4.6 juta untuk kanak-kanak Palestin di Gaza. Bintang itu telah memberi kasut emas yang diperolehinya pada 2011 kepada Yayasan Real Madrid. Kelab gergasi Sepanyol ini menunggu giliran mereka untuk membuat jualan amal dan akan mendermakan dana itu kepada sekolah-sekolah di Gaza.

Ronaldo atau Yayasan Real Madrid bagaimanapun masih belum mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. Menurut beberapa laporan, Yayasan Real Madrid telah membantu dalam membina 167 buah sekolah di 66 negara sebelum ini.

Namun begitu, ia bukanlah kali pertama Ronaldo memberi sumbangan kepada badan amal. Tahun lepas dia telah menjual kasutnya khusus untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah di Gaza. Ronaldo menjadi pemain bola sepak yang termahal dalam sejarah selepas berpindah dari Manchester United ke Real Madrid dengan kontrak yang bernilai RM288 juta.

Di samping itu, pelanjutan kontraknya bersama Real Madrid, yang bernilai RM37 juta setiap tahun, menjadikannya salah seorang pemain bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di dunia.

Friday, 16 November 2012

Admin Kelatan FA cetus kemarahan umat Islam

 Admin Kelatan FA cetus kemarahan umat Islam

Pagi ni kecoh di Facebook admin Kelatan FA mengutuk tindakan solat dipadang stadium. Status di Fanpage Kelatan FA "habih punoh pade bola nyo dipijak ore!" itu bukan sahaja mengudang kemarahan penyokong kelantan malah umat islam secara amnya.

Status tersebut telah dipadam serta-merta setelah mendapat kecaman hebat dari fans page tersebut. Walaubagaimanapun admin yang bertanggungjawab iaitu Abe Nik yangmengupdate status kontroversi itu dihentikan tugas mengupdate status di page berkenaan mengikut status susulan pohon maaf dari admin yang lain.  




 

 

P/s : Padang bola pun sebahagian dari bumi Allah bukan =)


Wednesday, 7 November 2012

Insiden cekik pengadil oleh pemain Kolej Komuniti Kedah (KKK)


Muhammad Bahyuddin Razali mencekik leher ref sebagai tanda tidak puas hati .

Di sebalik pelbagai isu perpindahan pemain menghangatkan tempoh rehat saingan Liga Malaysia ketika ini, arena sukan tempatan dikejutkan insiden kurang bijak pemain Kolej Komuniti Kedah (KKK), Muhammad Bahyuddin Razali mencekik leher pengadil perlawanan, Zulkifli Ahmad. Daripada kejadian itu, kini timbul persoalan semangat kesukanan dan tahap profesional pemain muda di negara ini.

Rentetan insiden itu, Muhammad Bahyuddin dijangka berdepan tiga hukuman berat daripada tiga pihak berbeza – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), KKK dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Insiden kekasaran terhadap pengadil ini dirakam media dan ia tidak sewajarnya berlaku tetapi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpendapat ia tidak menggambarkan sikap keseluruhan pasukan terbabit. “Kami juga berpendapat institusi terbabit mampu menangani insiden ini. Jika bersalah, penganjur (KPT) akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan ditetapkan.

 “Secara prinsipnya, penganjur tidak ada halangan sekiranya FAM mengenakan sebarang tindakan mengikut peraturan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SUKIPT, Dr Saharudin Ismail. Kelmarin, Bahyuddin bertindak ganas apabila tidak berpuas hati dengan keputusan Zulkifli melayangkan kad merah kepadanya selepas mengasari pemain lawan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Baharom Putra.

Final Piala Menteri Pengajian Tinggi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dimenangi UKM dengan keputusan 2-1. Ketika dibuang padang, kedudukan terikat 1-1 dan KKK terpaksa bermain 10 orang sebelum tewas di masa tambahan.

 Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir kelmarin menyifatkan ia menjadi satu kebiasaan dalam perlawanan bola sepak tetapi ada beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan. “Pegawai perlawanan adalah dari FAM. Ini proses biasa dalam mana-mana pertandingan. Saya juga lihat ada beberapa perkara yang perlu dibaiki bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” kata Hamidin.

Wednesday, 4 April 2012

KFA masih berikan peluang kepada Hamidan


Persatuan bolasepak Kedah (KFA) masih memberi peluang kepada penyerang import Hamidan Mohammed untuk membuktikan kemampuannya dan tidak akan tergesa-gesa untuk menggantikannya dengan pemain lain.

Timbalan Presiden KFA Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata buat masa ini, penyerang dari Ghana itu yang sebelum ini dikatakan akan digugurkan kerana gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan, masih bermain untuk Kedah.

Katanya, tiada apa-apa perubahan berlaku dalam pasukan itu memandangkan prestasi Hamidan semakin meningkat.

"Kita belum buat keputusan yang muktamad lagi. Prestasi dia (Hamidan) pun makin meningkat, jadi kita ada masa lagi untuk menilai prestasi permainan dia. Kita tunggu dan lihat la macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Eksekutif KFA di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Selain Hamidan, Kedah mempunyai seorang lagi pemain import iaitu pemain midfield Abd Elfatah Safi.

Beliau berkata, kedudukan Hamidan untuk terus bersama Kedah atau sebaliknya bergantung kepada analisis jurulatih pasukan.

"Kita telah memberi mandat untuk jurulatih pasukan menilai semua pemain, bukannya Hamidan sahaja. Jika kita lihat prestasi Hamidan diawal kemunculannya sehingga sekarang, dia telah menunjukkan peningkatan prestasi yang baik dan dia juga akan diturunkan untuk menentang Felda United Sabtu ini," katanya.

Syed Unan Mashri berkata beliau berharap pemain dari Ghana itu akan terus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan membantu pasukan Kedah menduduki tangga teratas liga.

Hamidan sebelum ini dikritik pelbagai pihak kerana gagal melaksanakan tugasnya sebagai penyerang sejak awal musim Liga Malaysia tetapi keadaan berubah dalam dua perlawanan terakhir apabila berjaya menghasilkan empat gol.

Pada perlawanan kedua saingan suku akhir Piala FA antara Kedah dan T-Team pada 27 Mac lepas, Hamidan membantu kemenangan kepada Kedah selepas menyumbang dua gol untuk mengalahkan T-Team 2-1 dan dua gol lagi ketika menumpaskan Perak 3-0 dalam saingan Liga Super. - Bernama


Sumber- Sinarharian

Friday, 30 March 2012

Kedudukan terkini Kedah | Hamidan kian berbisa



Kedududakan terkini skuad Kedah selepas mengharungi 11 perlawanan. Naik 3 anak tangga. 


Sentuhan pemusnah pemain import, Hamidan Mohammed terus menggegar apabila sekali lagi menjadi watak penting kepada kemenangan Kedah selepas menghasilkan dua gol ketika membantu Kenari menewaskan Perak 3-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.

Peranan penting dilaksana pemain kelahiran Ghana itu pasti mengukuhkan kedudukannya dalam skuad Kedah yang kini kembali melonjak ke tangga kesembilan selepas sebelum ini bergelut di zon penyingkiran.

Aksi babak pertama di Stadium Darulaman itu agak seimbang apabila kedua-dua pasukan masing-masing melancarkan serangan untuk memburu gol awal.

Kedah yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan memiliki peluang terbaik untuk membolosi gawang pasukan pelawat apabila sepakan sudut Baddrol Bakhtiar terkena badan rakan sepasukan Faizal Abu Bakar namun berjaya dikeluarkan pertahanan Perak, Muhd Shahrom Abdul Kalam di atas garisan gol.

Perak bagaimanapun tidak berdiam diri apabila turut melancarkan serangan dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-36 dengan sepakan penyerang import Serbia, Lazar Popovic di depan pintu gol ditangkap kemas Mohd Helmi Eliza Elias.

Menuju ke masa rehat, penyerang Hamidan Mohammed mencetuskan kegembiraan buat penyokong Hijau Kuning apabila menyumbat masuk gol pendahuluan selepas menerima umpanan tandukan ke belakang Mohd Sabre Mat Abu hasil gerakan sepakan sudut Baddrol.

Kedah hampir menambah jaringan pada minit ke-51 namun Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang membuat larian dari sebelah kiri melepaskan rembatan kencang tapi dinafikan palang gol.


 
Pak Midan kian serasi dengan skuad hijau kuning
 
Perak semakin tertekan apabila pemain pertahanan Mohd Syazwan Mohd Roslan tersepak masuk ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hantaran Hamidan pada minit ke-78 untuk meletakkan Kedah mendahului 2-0.

Hamidan yang meledak dua gol ketika membantu Kedah menewaskan T-Team 2-1 untuk mara ke separuh akhir Piala FA pertengahan minggu ini sekali lagi mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol ketiga di minit ke-85 menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol pelawat, Khairul Amri Salehuddin.


Sumber: Hmetro

Wednesday, 21 March 2012

Messi Penjaring Gol Terbanyak Barcelona


LIONEL MESSI berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Barcelona untuk sepanjang zaman selepas penyerang Argentina itu meledak hatrik ketika mereka mengatasi Granada 5-3 pada aksi Liga Sepanyol, awal pagi tadi.

Pada usia baru 24 tahun, Messi kini sudah menjarlngkan 234 gol buat Barcelona, mengatasi rekod lama yang dipegang Cesar Rodriguez iaitu 232 gol sepanjang tahun 1939 hingga 1955.

Jumlah 234 gol itu merangkumi 153 gol diledak Messi dalam saingan Liga Sepanyol, 49 gol Liga Juara-Juara, 19 gol Piala Raja-Raja Sepanyol, 8 gol Piala Super Sepanyol, 4 gol Piala Kelab Dunia dan 1 gol Piala Super Eropah.

Untuk musim ini saja, Messi sudah menjaringkan sebanyak 54 gol dalam semua kejohanan disertai Barcelona.

Sunday, 12 February 2012

Man United Rampas Takhta Liga, Benam Liverpool 2-1


JUARA bertahan, Manchester United berjaya merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeri s selepas menundukkan Liverpool 2-1 pada aksi panas di Old Trafford, malam tadi yang menyaksikan penyerang Liverpool, Luis Suarez enggan bersalam dengan kapten United, Patrice Evra sebelum perlawanan.
Wayne Rooney meledak dua gol buat United pada minit ke-47 dan 50 manakala gol saguhati Liverpool dijaringkan Suarez pada minit ke-80.

Namun pengurus United, Alex Ferguson menganggap Suarez tidak layak lagi untuk menyarung jersi Liverpool selepas ini berikutan tindakan terbarunya terhadap Evra itu.

“Saya tidak dapat mempercayainya. Saya sudah berbicara dengan Evra pagi tadi (semalam) dan dia bersedia untuk bersalaman dengan Suarez tetapi malangnya Suarez pula enggan. Dia memalukan Liverpool dan tak patut dibenarkan beraksi lagi untuk Liverpool,” kata Ferguson.

United kini mengumpul 58 mata, hanya satu mata mengatasi City yang mampu memintas semula kedudukan teratas itu jika berjaya seri atau menang ke atas Aston Villa pada aksi di tempat lawan, malam ini (sepak mula jam 12 tengah malam).

Tottenham pula terus kukuh di tangga ketiga dengan 53 mata selepas mudah membelasah Newcastle di laman sendiri hasil jaringan Benoit Assou-Ekotto (4), Louis Saha (6 & 20), Niko Kranjcar (34) dan Emmanuel Adebayor (64).
Arsenal naik ke tangga keempat dengan 43 mata selepas menewaskan Sunderland 2-1 di tempat lawan. Biarpun ketinggalan menerusi jaringan James McClean (70), Arsenal bangkit dengan dua gol hasil jaringan Aaron Ramsey (75) dan Thierry Henry (90).

Chelsea turun ke tangga kelima selepas mereka tewas 0-2 kepada Everton di tempat lawan menerusi jaringan Steven Pienaar (5) dan Denis Stracqualursi (71).

Empat baki perlawanan lain menyaksikan Blackburn menewaskan QPR 3-2, Bolton tewas 1-2 kepada Wigan, Fulham menewaskan Stoke 2-1 dan Swansea tewas 2-3 kepada Norwich.



Wednesday, 1 February 2012

Jutawan Bola Sepak Pertama Malaysia - Safee Sali

Safee Sali mendapat gelaran jutawan bolasepak pertama negara Malaysia apabila nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi. Kontrak bernilai RM2 juta itu ditandatangani di Jakarta, Indonesia. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.

Menerusi kontrak terbarunya, Zakaria berkata, Safee akan menerima pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun.