Friday, 22 July 2011

Oakley Frogskins

Oakley Frogskins Root BeerOakley Frogskins Root Beer Iridium Fire


Kaca mata Oakley diatas masih belum dapat dikategorikan sebagai 'Vintage', tetapi layak untuk dikategorikan sebagai kaca mata 'Retro'. Ini kerana kaca mata ini adalah versi terbaru yang di keluarkan ini adalah dari ilham klasic Oakley dimana di design dari tahun 80-an lagi dengan menggunakan peratalan original dan berkualiti tinggi.

Jika ada yang mengatakan atau menyamakan Oakley Frogskins dengan Ray ban Wayfarer, anda silap. Perhatikan betul-betul, Oakley Frogskins ini mempunyai bentuk seperti lubang kunci di bawah bridge-nya, juga disebut sebagai 'Keyhole'.

Oakley Frogskins terbaru datang dengan pelbagai warna lens dan frame yang menarik, juga gabungan warna pada frame-nya. Terdapat juga Oakley limited collector series yang mampu bercahaya di dalam gelap atau dipanggil, Frogskins 'Glow in The Darks', tetapi bagi series ini amat limited sekali kerana Oakley hanya mengeluarkan 3000 unit sahaja.

Oakley Frogskins yang ditunjukan diatas merupakan fire iridium mirror lens yang mana amat digilai oleh peminat-peminat serta pengumpul Oakley di Malaysia mahupun seluruh dunia.






Tags: Oakley, Oakley Frogskins, Oakley Frogskins glow in the darks, Oakley Collector, Oakley Malaysia, Frogskins Malaysia, Oakley Frogskins in Malaysia

No comments:

Post a Comment