Monday 5 September 2011

Kegilaan Ray ban Wayfarer di Malaysia

Wayfarer
Wayfarer
Wayfarer
Wayfarer


Ray ban Wayfarer merupakan antara model Ray ban yang amat di gemari oleh kaki Ray ban Malaysia. Sejak dikeluarkan oleh Bausch & Lomb sekitar tahun 1940'an, Wayfarer terus di minati oleh penggemar-penggemar Ray ban di seluruh dunia. Kepopularitian Wayfarer ini ditambah lagi dengan bintang-bintang Hollywood yang membintangi filem-filem box office dilihat memakai Ray ban Wayfarer, dan di ikuti oleh peminat-peminat mereka.

Sejak dikeluarkan, Ray ban telah mengeluarkan pelbagai jenis reka bentuk model Wayfarer, tetapi masih mengekalkan shape asal. Contonya kita dapat lihat model Wayfarer RB2140 dan Wayfarer Square, walaupun sekali pandang kita dapat lihat kedua-dua model ini sama, tetapi jika dilihat lebih dekat, sebenarnya Wayfarer Square framenya sedikit petak berbanding Wayfarer RB2140 yang lebih dilihat lebih curve pada bahagian framenya.

Selain itu, terdapat evolusi dari segi lens-nya dimana penggunaan lens G-15, B-20 dan pelbagai warna-warna lain yang digunakan pada lens-nya.(refer gambar). Tidak dikecualikan juga, setiap acara-acara sukan seperti sukan Olympic di Barcelona, Ray ban akan mengeluarkan series Wayfarer, seperti wayfarer limited edition Olympic Barcelona. Kita dapat lihat pada sticker yang dilekatkan pada lens di mana terdapat logo sukan Olympic.

Wayfarer Malaysia, (wayfarer yang terdapat di Malaysia) adalah kebanyakanya keluaran Luxxotica. Susah untuk mendapatkan Wayfarer BL sekarang kecuali membeli dari pemilik-pemilik yang mahu menjual Wayfarer BL mereka. Nilai wayfarer BL lebih mahal berbanding wayfarer RB kerana sekrang tiada lagi model wayfarer BL dikeluarkan.

Terdapat juga Ray ban Wayfarer yang boleh kita corakkan sendiri mengikut citarasa kita dimana menggunakan maker khas pelbagai warna(package sekali dengan Wayfarer). Yang terbaru Ray ban mengeluarkan Wayfarer yang mempunyai pelbagai corak menarik seperti Subways, Kaleidoscope, Cartoon dan pelbagai corak menarik lagi. Ianya dipanggil Ray ban Wayfarer Rare Prints.





Tag; Ray ban Wayfarer, Ray ban wayfarer rb2140, Wayfarer square, Wayfarer Malaysia, Ray ban Wayfarer in Malaysia, Wayfarer Rare prints, Kaki Ray ban Malaysia, Wayfarer Ray ban, Wayfarer saiz, Wayfarer folding, Wayfarer Polarized, Wayfarer BL.

No comments:

Post a Comment