Saturday 3 September 2011

Sunglasses Ray ban Aviator





Kewujudan kaca mata Ray ban Aviator telah wujud sejak 1930 lagi, di mana penghasilan model Aviator ini adalah untuk kegunaan khusus tentera-tentera pejuang pesawat USA, tetapi impak paling besar boleh di kredit kepada Tom Cruise kerana beliau merupakan individu yang membuatkan peminat-peminat kaca mata menjadi gila terhadap model Aviator ini apabila filem lakonan beliau dilihat memakai Ray ban Aviator ini dalam filem lakonanya iaitu Top Gun sekitar 1980'an. Fesyen berkaca mata hitam menjadi ikutan sehingga kini dikalangan lelaki mahupun perempuan.



Perbezaan jenis kaca mata Aviator

Terdapat beberapa jenama kaca mata hitam jenis Aviator dipasaran yang mana anda rasakan ianya sesuai dengan anda. Dari segi pengalaman kami, terdapat 3 jenis Aviator di pasaran iaitu;-

  1. Aviator Gaya Klasik
  2. Aviator Polarized
  3. Aviator Mirror
Ray ban merupakan pelopor kepada model Aviator klasik, dan kemudianya dikeluarkan oleh beberapa lagi jenama lain. Aviator jenis ini merupakan jenis Aviator asal di mana direka seperti mana yang dipakai oleh juruterbang-juruterbang US ketika tahun 1930'an.



Kesinambungan model Aviator diteruskan dengan ciri-ciri tambahan lain, tetapi masih mengekalkan bentuk asal Aviator tersebut. Model Aviator dengan ciri-ciri tambahan dilengkapi dengan fungsi lens polarized. Teknologi polarized merupakan satu kelebihan yang di implikasikan kepada kaca mata Avaitor ini. Dengan lens polarized ini, ia hanya membenarkan cahaya tegak menembusi lens tersebut dan menghalang cahaya lintang menembusinya.



Bagi yang ingin nampak kacak bergaya, Ray ban Aviator jenis mirror menjadi pilihan. Lens yang di lapisi oleh mirror ini menghalang daripada orang lain nampak mata individu yang memakainya. Cahaya akan dipantul semula. Kebanyakan artis-artis gemar memilih jenis Aviator Mirror ini kerana dilihat lebih cool.



Disini kami senaraikan jenis kaca mata Aviator yang popular:-

 

Kaca Mata Aviator Tradisional/old skool


Ray ban Aviator jenis ini merupakan antara famili Aviator yang popular di kalangan kaki-kaki Ray ban di Malaysia. Ianya datang dengan silver atau gun-metal frame , dan lensnya bewarna grey atau brown.



Designer untuk Aviator


Jika anda sanggup membelanjakan sekitar RM2000 untuk mendapatkan kaca mata Aviator idaman hati, anda boleh mengupah sunglasses desinger bagi mereka kaca mata Aviator idaman anda seperti yang dibuat oleh Tom Hawkings. Aviator-nya mempunyai ciri-ciri yang tidak ditemui oleh model kaca mata Aviator biasa seperti ringan, tahan daya impact, frame yang kukuh. Jika anda mahu merasakan Aviator anda merupakan kaca mata yang paling seksi, anda perlu mencubanya.

Kaca mata Aviator murah


Jika anda tidak mampu mengupah sunglasses designer, tetapi masih ingin begaya dengan kaca mata jenis Aviator ini, atau ingin melindungi mata anda dari sinaran UV berbahaya, anda boleh membelinya di Ray ban Malaysia. Harga Ray ban Aviator yang ditawarkan di sini merupaka harga Aviator mampu milik. Semua orang mampu membeli Ray ban Aviator dengan harga serendah RM90 termasuk kos penghantaran.






Tags; Ray ban, Ray ban Malaysia, Ray ban Aviator, Ray ban Aviator Cheap, Ray ban Sunglasses in Malaysia, Ray ban Malaysia sell Aviator.

No comments:

Post a Comment