Sunday, 11 September 2011

Mata sihat dan bergaya




Gaya pemakaian kaca mata hitam bukan sesuatu yang asing bagi peminat fesyen. Selain melindungi mata daripada pancaran sinar matahari, ia juga ibarat aksesori yang mesti ada sebagai pelengkap fesyen.

Pembeliannya bukan sekadar suka-suka tetapi perlu serasi dengan raut wajah anda.

Tidak ketinggalan, lambakan cermin mata tiruan di pasar malam mengundang keresahan peniaga cermin mata tulen.

Tahukah anda, walaupun koleksi tersebut dijual dengan harga murah tetapi ia tidak berfungsi dengan baik untuk melindungi mata.

Kaca mata hitam yang berkualiti dapat memelihara mata daripada sinaran ultraviolet (UV) dan infra merah (IR).

Penggunaan aksesori ini bukan sahaja terhad pada waktu siang, malah anda boleh meningkatkan penglihatan pada waktu malam.

Selain nampak bergaya, ia dapat meningkatkan kualiti penglihatan mata . Percaya atau tidak, dengan penggunaan cermin mata hitam pada siang hari dapat meningkatkan kadar penglihatan pada waktu malam. Namun, jangan pula memilih cermin mata hitam yang tidak secocok dengan penampilan dan tidak berkualiti yang mungkin menjejaskan penglihatan. Pilihlah cermin mata mengikut panduan yang betul.

Jika diperhatikan, trend cermin mata hitam kini berbentuk lebih besar dan tidak terikat dengan bentuk bulat. Fesyen ala tahun sekitar 1950-an hingga 1980-an antara gaya yang kembali semula.

M Missoni, misalnya, hadir dengan koleksi yang tampak lebih glamor, menghasilkan pantulan yang bersinar dan rekaan asli pereka mengikut bentuk dan bermutu tingi.

Kanta putih M Missoni juga tampil dengan rekaan cermin mata yang lebih kontemporari dengan rekaan yang inovatif di samping gabungan material yang berkualiti.

Seperti jenama lain, ia juga menampilkan gaya cermin mata hitam yang kontemporari, glamor dan memiliki tarikan retro.

Tidak ketinggalan, koleksi Levi’s menghasilkan rekaan imej rock n roll yang lebih elegan dan seksi. Manakala koleksi cermin mata hitam untuk lelaki diilham daripada gaya tahun 1950-an.

Bagi tahun ini , Levi’s tampil dengan rekaan sofistikated dan luar biasa tanpa mengabaikan kualiti.

Rangkaian jenama-jenama ini mungkin memberi inspirasi kepada anda untuk merayakan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi seperti Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Kebangsaan. Selain terikat dengan pakaian tradisonal, baju kurung, jubah dan baju Melayu yang kini lahir dengan idea lebih kontemporari, cermin mata hitam boleh dijadikan aksesori tambahan yang lebih sofistikated dan elegan serasi dengan peredaran fesyen yang lebih global.

p/s : semperna Hari Raya AdilFitri, Abang Chik ingin menawarkan promosi hebat buat Kaki Ray ban Malaysia dan Kaki Oakley Malaysia dengan tawaran harga yang menarik apabila anda membeli di blog jualan kacamatahitam.com. Khas untuk peminat kaca mata hitam.


Sumber: Utusan

No comments:

Post a Comment