Date : 10/06/2012 @ 0353am
Ketika artikel ini ditulis, perlawan Euro 2012 antara German VS Portugal sedang berlangsung, pada masa yang sama perlawanan persahabatan antarabangsa antara Brazil VS Argentina juga sedang berlangsung. Sambil layan bola Abang Chik terpikir nak tulis artikel santai, iaitu Otai Ray ban di Malaysia.
Otai Ray ban. Istilah ini untuk siapa? Adakah mereka yang memiliki koleksi Ray ban yang banyak? Adakah mereka yang terer dalam melihat model dah keaslian Ray ban? Adakah mereka yang masih tua dan tetap meminati Ray ban walaupun pakai Ray ban pasar malam? dan Adakah Otai Ray ban ini patut diberikan kepada penjual Ray ban popular di Malaysia seperti Abang Chik? Hehehe gurau je ehhhhh.
Istilah Otai Ray ban ini adalah subjektif. Ada yang mempunyai Ray ban yang banyak dalam koleksi mereka, tetapi tiada ilmu tentang Ray ban, ada yang banyak pengetahuan tentang Ray ban (geng2 banyak membaca ni) tetapi tiada satu pun koleksi Ray ban. Tetapi kita lebih gemar memberi gelaran otai Ray ban kepada mereka yang tua dan masih kaki Ray ban sejati (walaupun Pak Cik ni just sembang pandai pasal Ray ban).
Adakah golongan tua yang 'setia' dengan Ray ban dianggap sebagai Otai Ray-ban? |
Pada pendapat Abang Chik, di Malaysia ramai sebenarnya Otai Ray ban (biarlah saya xmention nama dia disini). Mereka bukan saya banyak pengetahuan tentang Ray ban, yang paling Abang Chim respect, diorang banyak koleksi pelik-pelik aksesori Ray ban. Ada yang certain tu saya sendiri xpernah tengok, memang rare habis. Berminat juga Abang Chik nak beli barangan pelik Ray ban dari mereka, tapi harga yang ditawarkan terlampau mahal. Tidak boleh salahkan mereka juga, sebab mungkin barang tu yang ada pada Otai-otai Ray ban ini hanya ada satu sahaja dalam Malaysia ni!!!!
Kini Abang Chik dalam buruan mendapatkan barangan pelik berkenaan kaca mata xkira barangan Ray ban atau Oakley. Janji benda tu rare. Kena himpun duit dari sekarang. Jika anda adalah salah seorang Otai Ray ban Malaysia yang ada barangan pelik tentang Ray ban, boleh roger saya dan tawarkan harga. Jika harga menarik mesti grab =)
P.s : Sambung layan Euro 2012 balik...German tengah leading 1-0 against Portugal sekarang jaringan Gomez. Cayalah!!!!!
No comments:
Post a Comment