Friday 4 January 2013

Resit untuk cermin mata

RESIT CLAIM BELI CERMIN MATA TAPI BELI KACA MATA, BOLEH KE?


Date : 05/01/2013




Salam semua,
Ini merupakan soalan lazim yang selalu Abang Chik terima dari pelanggan. Contoh seperti soalan diatas secara ringkasnya "boleh x buat resit optical tapi beli sunglasses."

Apa yang cuba pelanggan saya nakkan adalah dia mahu beli kaca mata hitam dengan saya, tetapi dia mahukan resit dari kedai saya claim membeli cermin mata power.

Maaf saya tidak boleh buat seperti ini. Saya tidak membuat resit pembelian sebagai pembelian cermin mata. Mungkin bagi anda yang bekerja, anda boleh claim kepada syarikat atau company anda. Memang bagi sesetengah seller kaca mata, mereka akan membuat resit pembelian optical kepada pelanggan mereka, tetapi jika anda membeli kaca mata hitam disini, saya tidak akan menulis resit sebagai cermin mata. Maaf ye=)

Tetapi jangan risau, di sini saya juga menjual cermin mata optical. Jika anda membeli cermin mata optical dengan saya, maka saya akan tulis sebagai "cermin mata optical' diresit anda=) Jadi anda boleh claim balik nanti dengan company anda...

Ok jumpa lagi lain kali selamat bershopping disini=)



1 comment: