Terkejut juga kami apabila dapat tahu yang pasangan suami isteri ini telah selesai urusan penceraian mereka secara aman beberapa hari yang lalu. Hmm.
Laporan KOSMO! keluaran hari ini menyebut yang penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya & suami, Muhammad Ashraf Aasimudin sah bercerai talak satu.
Sharifah Aleya & Ashraf khabarnya menjalani proses bercerai secara baik & atas persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Sharifah Aleya yang di’hubungi mengesahkan berita ini tetapi enggan mengulas panjang melainkan meminta peminat & rakan semua mendoakan yang terbaik buat mereka berdua selepas ini.
Pasangan ini berkahwin sekitar Disember 2007 yang lalu & memiliki memiliki sepasang anak kembar Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah. Sumber: rotikaya.
No comments:
Post a Comment