Friday, 30 March 2012

Kedudukan terkini Kedah | Hamidan kian berbisa



Kedududakan terkini skuad Kedah selepas mengharungi 11 perlawanan. Naik 3 anak tangga. 


Sentuhan pemusnah pemain import, Hamidan Mohammed terus menggegar apabila sekali lagi menjadi watak penting kepada kemenangan Kedah selepas menghasilkan dua gol ketika membantu Kenari menewaskan Perak 3-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.

Peranan penting dilaksana pemain kelahiran Ghana itu pasti mengukuhkan kedudukannya dalam skuad Kedah yang kini kembali melonjak ke tangga kesembilan selepas sebelum ini bergelut di zon penyingkiran.

Aksi babak pertama di Stadium Darulaman itu agak seimbang apabila kedua-dua pasukan masing-masing melancarkan serangan untuk memburu gol awal.

Kedah yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan memiliki peluang terbaik untuk membolosi gawang pasukan pelawat apabila sepakan sudut Baddrol Bakhtiar terkena badan rakan sepasukan Faizal Abu Bakar namun berjaya dikeluarkan pertahanan Perak, Muhd Shahrom Abdul Kalam di atas garisan gol.

Perak bagaimanapun tidak berdiam diri apabila turut melancarkan serangan dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-36 dengan sepakan penyerang import Serbia, Lazar Popovic di depan pintu gol ditangkap kemas Mohd Helmi Eliza Elias.

Menuju ke masa rehat, penyerang Hamidan Mohammed mencetuskan kegembiraan buat penyokong Hijau Kuning apabila menyumbat masuk gol pendahuluan selepas menerima umpanan tandukan ke belakang Mohd Sabre Mat Abu hasil gerakan sepakan sudut Baddrol.

Kedah hampir menambah jaringan pada minit ke-51 namun Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang membuat larian dari sebelah kiri melepaskan rembatan kencang tapi dinafikan palang gol.


 
Pak Midan kian serasi dengan skuad hijau kuning
 
Perak semakin tertekan apabila pemain pertahanan Mohd Syazwan Mohd Roslan tersepak masuk ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hantaran Hamidan pada minit ke-78 untuk meletakkan Kedah mendahului 2-0.

Hamidan yang meledak dua gol ketika membantu Kedah menewaskan T-Team 2-1 untuk mara ke separuh akhir Piala FA pertengahan minggu ini sekali lagi mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol ketiga di minit ke-85 menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol pelawat, Khairul Amri Salehuddin.


Sumber: Hmetro

No comments:

Post a Comment