Thursday 18 October 2012

Jam Tangan Bausch Lomb

JAM TANGAN BAUSCH LOMB (BL)


Date : 19/10/2012
By Abang Chik



Salam Jumaat semua,
Pada artikel kali ini Abang Chik nak update blog dengan berceritakan tentang jam tangan pula. Eh kenapa jam tangan pula? Abang Chik ada jual jam tangan ke? Jenama apa? Tapi dalam blog Abang Chik saya tengok Abang Jual Ray ban dan Oakley sahaja? Hehehe

Tidak. Saya bukanlah seorang peminat jam tangan. Saya hanya meminati Ray ban sahaja=) Tetapi jam tangan kali ini ada kaitan dengan Ray ban. Arr pelik bukan....maksud Abang Chik jam tangan ini dikeluarkan oleh Bausch & Lomb. Wahhh pernah tengok x? Buat pengetahuan anda, BL bukan sahaja mengeluarkan spek hitam, contact lens, binocular malah mereka juga pernah mengeluarkan jam tangan suatu ketika dahulu. Ya jam tangan BL.

Tetapi buat masa ini saya tidak pasti samaada jam tangan BL ini masih lagi ada atau tidak di pasaran. Jam tangan ini merupakan jam tangan yang tersangat rare(memang susah nak dapat di pasaran skrang). Ada orang tanya Abang Chik "nak beli kat mana jam tangan Bausch Lomb ni kat kedai spek mata atau kedai jam?" Maaf saya sendiri pun tidak pasti..hehehe

Yang pastinya jam tangan BL ini sangat sesuai kepada mereka yang meminati mengumpul barangan rare.    Gambar dibawah hanyalah buat cuci2 mata sahaja kerana saya tidak menjualnya. Ianya gambar yang dikirimkan oleh sahabat yang juga penggemar kaki Ray ban dan jam tangan yang suruh Abang Chik reviewkan tentang jam tangan BL ini. Thanks to bro Jamil!

Jam tangan BL 1992 Olympic game

Pandangan belakang jam tangan Olympic BL USA

Koleksi jam tangan BL Olympic

Jam tangan diatas merupakan edisi khas yang dikeluarkan oleh Bausch Lomb ketika sukan Olympic 1992 dahulu. Jam tangan ini datangnya dengan tali merah dan hijau, clip berwarna biru serta dikelilingi warna kuning pada cerminya merupakan tema rasmi sukan olympic merujukan kepada cantuman bulatan tersebut.


No comments:

Post a Comment