Thursday 4 October 2012

Aviator Folding kini di pasaran Malaysia


Date : 04/10/2012
By : Abang Chik
 


Ray ban Aviator Folding

Ray ban kini mengeluarkan model terbaru mereka iaitu Aviator Folding RB3479. Ya Aviator yang boleh dilipat!! Jika sebelum ini kita biasa melihat model Wayfarer Folding, kini bagi kaki Ray ban anda bolehla siap sedia duit gaji anda untuk membeli Ray ban terbaru ini, Aviator Folding =)

Aviator Folding ini adalah kesinambungan daripada generasinya Aviator sebelum ini. Sebelum ini saya mendapat tahu dari supplier Ray ban saya dari Italy bahawa Ray ban akan mengeluarkan Ray ban Aviator Folding dan agak terkejut kerana memikirkan bagaimana Aviator boleh dilipat kerana Armnya dan Brigdgenya adalah kecik jika dibadingkan dengan model Wayfarer.

Tetapi seminggu sebelum Ray ban melancarkan model Aviator Folding ini, saya telah menerima E-mail dari supplier Ray ban saya gambar Aviator Folding ini. Memang cantik, fine dan smooth finishing. Masih lagi mengekalkan ciri-ciri Aviator, tetapi yang membezakanya adalah fungsi fordable dan brigde sedikit di upgrade. Jika sebelum ini Ray ban Aviator 3025 menggunakan casing jenis Chromax, bagi 'adiknya' ini menggunakan casingnya sendiri seperti Wayfarer Folding tetapi casingya bewarna coklat.

Buat masa ini, model Aviator Folding mempunyai 5 pilihan warna kesemuanya. Terdapat 2 warna dengan lens Polarized bagi model Aviator Folding ini tetapi hanya pada warna Gold-Green dan Gun Metal-Brown. Harga Ray ban Aviator di pasaran Malaysia dalam lingkunagn harga RM1092. Jom cuci mata melihat model Aviator Folding terbaru dari Ray-ban.



- Aviator Folding Gold / Green



- Aviator Folding Gold / Brown


- Aviator Folding Gun Metal / Grey



- Gold / Green (Lens Polarized)



- GunMetal / Brown (Lens Polarized)




Seperti juga sebelum ini, mungkin Aviator Folding, RB3479 boleh didapati dengan pilihan lebih banyak warna frame dan lens seperti model Aviator 3025. Untuk tahun 2012 ini, 5 pilihan warna boleh didapati di pasaran. Tetapi untuk pasaran Malaysia, Abang Chik nampak hanya ada 3 warna sahaja berapa di Kedai Ray ban atau kedai Cermin Mata. Mungkin akan slow-slow dibawa masuk oleh authorized dealer Ray ban di Malaysia =)







Tags : Aviator Folding, Fordable Aviator, Aviator folding Polarized, Original Aviator Folding, Harga Aviator Folding, RB 3479, Fordable Aviator, authorize Ray ban dealer.


No comments:

Post a Comment