Friday 25 January 2013

Akmal Rizal teruja dapat jaringkan gol untuk Kedah



“Saya terpaksa menunggu sehingga lima tahun untuk kembali menyarung jersi hijau kuning semula, bukan saya tidak mahu kembali sebelum ini, setiap tahun saya cuba untuk kembali beraksi bersama Pasukan Hijau Kuning tetapi hasrat ini tidak tercapai, hanya tahun ini kehadiran Mario Tot membuka peluang saya kembali,” kata Akhmal Rizal Ahmad Rakhli. 

Katanya, dia amat teruja pada perlawanan semalam bukan sahaja kejayaannya beraksi semula di Stadium Darulaman malah berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol ketiga Kedah. Dia juga terharu dengan sambutan yang diterimanya daripada ribuan peminat setia yang berada dalam stadium ketika nama dia kedengaran melalui pembesar suara stadium. “Saya memang terhutang budi dengan peminat yang terus memberi sokongan kepada saya walaupun sudah tidak bersama pasukan Kedah sejak lima tahun lalu, sokongan mereka sudah pasti berjaya menambah keyakinan diri saya beraksi dengan baik demi kejayaan pasukan. 

“Saya tidak kisah sama ada berada dalam kesebelasan utama ataupun sebaliknya apa yang penting ialah kejayaan pasukan, ketika wisel penamat di bunyikan oleh pengadil dan jaringan pada perlawanan semalam turut melegakan saya kerana saya dapat membalas kepercayaan Tot yang memberi peluang kepada saya,” kata Akmal. Katanya, dia memang terasa tertekan kembali bersama pasukan Kedah kerana takut tekanan daripada ribuan peminat setia pasukan dan juga pihak pengurusan pasukan tetapi sokongan yang di terima daripada mereka membuatnya terharu dan mahu memastikan Kedah hanya mendapat terbaik daripadanya. 

“Sokongan daripada Tot serta pembantu-pembantunya dan juga kesemua pemain Pasukan Hijau Kuning membuat saya terharu dan harmoni yang terdapat dalam pasukan Kedah adalah seperti satu keluarga bukan hanya sebagai satu pasukan. “Saya cuma berdoa agar akan dapat banyak lagi peluang untuk beraksi supaya akan dapat terus memberikan khidmat terbaik saya demi kejayaan pasukan di akhir musim ini. Kerja sama daripada kesemua pihak yang terbabit dengan pasukan meringankan beban saya dan mengurangkan tekanan ketika bermain,”. 

“Saya memang teruja dapat beraksi bersama pemain seperti Nelson Sam Martin, Chayene Santos, Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar dan Shazuan yang beraksi bersama ketika saya bersama pasukan Perak musim lalu,” kata Akhmal.


Kredit/Sumber :
BERITA: HIJAUKUNING 3SIXTY (46) Sabtu, 26.1.2013
Oleh : BASHAH ZAINOL ABIDIN 
Foto/Editor: TAJUL ARIFIN KAMAL BAHARIN

No comments:

Post a Comment