Friday 30 March 2012

Kedudukan terkini Kedah | Hamidan kian berbisa



Kedududakan terkini skuad Kedah selepas mengharungi 11 perlawanan. Naik 3 anak tangga. 


Sentuhan pemusnah pemain import, Hamidan Mohammed terus menggegar apabila sekali lagi menjadi watak penting kepada kemenangan Kedah selepas menghasilkan dua gol ketika membantu Kenari menewaskan Perak 3-0 pada aksi Liga Super, malam tadi.

Peranan penting dilaksana pemain kelahiran Ghana itu pasti mengukuhkan kedudukannya dalam skuad Kedah yang kini kembali melonjak ke tangga kesembilan selepas sebelum ini bergelut di zon penyingkiran.

Aksi babak pertama di Stadium Darulaman itu agak seimbang apabila kedua-dua pasukan masing-masing melancarkan serangan untuk memburu gol awal.

Kedah yang dibimbing Wan Jamak Wan Hassan memiliki peluang terbaik untuk membolosi gawang pasukan pelawat apabila sepakan sudut Baddrol Bakhtiar terkena badan rakan sepasukan Faizal Abu Bakar namun berjaya dikeluarkan pertahanan Perak, Muhd Shahrom Abdul Kalam di atas garisan gol.

Perak bagaimanapun tidak berdiam diri apabila turut melancarkan serangan dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-36 dengan sepakan penyerang import Serbia, Lazar Popovic di depan pintu gol ditangkap kemas Mohd Helmi Eliza Elias.

Menuju ke masa rehat, penyerang Hamidan Mohammed mencetuskan kegembiraan buat penyokong Hijau Kuning apabila menyumbat masuk gol pendahuluan selepas menerima umpanan tandukan ke belakang Mohd Sabre Mat Abu hasil gerakan sepakan sudut Baddrol.

Kedah hampir menambah jaringan pada minit ke-51 namun Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang membuat larian dari sebelah kiri melepaskan rembatan kencang tapi dinafikan palang gol.


 
Pak Midan kian serasi dengan skuad hijau kuning
 
Perak semakin tertekan apabila pemain pertahanan Mohd Syazwan Mohd Roslan tersepak masuk ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hantaran Hamidan pada minit ke-78 untuk meletakkan Kedah mendahului 2-0.

Hamidan yang meledak dua gol ketika membantu Kedah menewaskan T-Team 2-1 untuk mara ke separuh akhir Piala FA pertengahan minggu ini sekali lagi mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol ketiga di minit ke-85 menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol pelawat, Khairul Amri Salehuddin.


Sumber: Hmetro

Abang Chik Ray ban

Sekilas tentang saya

Abang Chik

Mesra di kenali sebagai Abang Chik @ Abang Chik Ray ban di kalangan mereka yang pernah berurusan dengan saya. Abang Chik bermula berniga secara kecil-kecilan secara offline (kepada kawan-kawan terdekat) dan secara online secara retail sekitar 3 tahun lepas. Pada masa tersebut, Abang Chik masih lagi bergelar pelajar tahun akhir di sebuah institusi pengajian swasta dan hanya menjalankan secara sampingan sahaja.

Alhmdulillah tamat sahaja pengajian, Abang Chik terus melilih bidang perniagaan ini secara sepenuh masa walaupun memiliki segulung ijazah. Abang Chik sedar, bidang perniagaan bukan seindah yang disangkakan, tidak pasti membawa keutungan semata-mata, tetapi dengan minat yang mendalam, Abang Chik tekad menceburi bidang perniagaan menjual kaca mata sepenuh masa walaupun bisnes ini lebih dimonopoli oleh kaum bukan Melayu.

Saya merupakan budak kampung biasa, buta tentang IT malahan hanya tahu menggunakan Internet hanya ketika berada di tingkatan 4, (kampung saya amat terpencil tiada liputan internet ketika itu) dan saya sedar internet bukan sahaja tempat bersosial, malahan tempat mencari rezeki dan saya menggunakan memanfaatkan kelebihan ini sepenuhnya.

Bisnes utama

Abang Chik bermula dari bawah dalam menjual Ray ban sahaja pada mulanya, disebakan ini rakan2 serta pelanggan yang sering berurusan dengan saya lebih gemar memanggil Abang Chik Ray ban =) Pernah melalui zaman kejatuhan, kini Abang Chik dapat tersenyum melihat empayar perniagaan Abang Chik kini berkembang dengan memasukan model-model baru serta perbagai jenama lain di dalam list blogshop kami.

Kini, selain Ray ban dan Oakley, Abang Chik cuba untuk memasukan pelbagai jenama kaca mata lain seperti Gucci, Prada, Versace, Police dan banyak lagi untuk memenuhi perminataan pelanggan yang kian meningkat. Insyallah saya akan cuba sedaya upaya=)

Ketika mula-mula membuka perniagga ini, Abang Chik hanya menjalankan perniagan ini secara suka2 sahaja dan bersendirian, tetapi alhamdullilah kini Abang Chik mampu membayar gaji 3 orang pekerja yang membantu Abang Chik bagi mengambil order serta packing barang-barang customer bagi mengelakan kelewatan barang yang diorder sampai.

Dari masa ke semasa, Abang Chik akan cuba akan membaiki mutu penghantaran, layanan kepada customer dan yang paling penting kualiti barang yang di order oleh customer. Kepuasan pelanggan adalah kegembiraan saya.

Ahli berdaftar

Alhamdullilah setakat ini, Abang Chik mempunyai hampir 300 ahli berdaftar bersama2 saya menjalani perniagaan ini. Jumlah ahli berdaftar bertambah dari masa kesemasa yang saya amat gembira dengan hal ini kerana dapat bersama2 berkongsi rezeki dengan yang lain.

Rujukan anda

Wednesday 28 March 2012

Jenama kaca mata terkenal di dunia

Pada hari ini, kita dapat lihat di pasaran terdapat pelbagai jenama alternatif kaca mata hitam berjenama yang semamang popular sejak dahulu lagi iaitu Ray Ban dan Oakley. Antaranya adalah Dolce Gabbana dan, Diesel, Gucci, Hugo Ketua, Prada, Tommy Hilfiger, Versace dan banyak lagi. Artikel ini Abang Chik ingin berkongsi info dengan anda latar belakang kepada jenama pereka yang unik, merungkai kembali sejarah mereka dan bagaimana jenama ini boleh berkembang sehingga menjadi jenama terkenal tinggi di dunia, malah mempunyai ‘pengikut’ mereka tersendiri.  

Ok, kisah sedikit info tentang Ray ban. Pastinya ramai yang tahu Ray-Ban telah ditubuhkan pada tahun 1937 sebagai dikenali dunia sebagai pengeluar kaca mata hitam yang berkualiti tinggi. Model Ray ban yang pertama keluaran mereka adalah jenis, "Aviator" (dikeluarkan percuma untuk tentera juruterbang tentera udara US) dan "Wayfarer". Sememangnya Ray ban di Malaysia amat popular dan menguasai pasaran berbanding jenama-jenama lain mungkin disebabkan faktor sejarah ini. The "Blues Brothers", dibintangi Dan Akroyd dan John Belushi menunjukkan mereka memakai "Wayfarer". Juga bagi kaki Ray ban Malaysia pastinya anda menonton filem Riscky Business, lakonan Tom Cruise pada tahun filem 1983 dengan gaya memakai Ray ban sunglass
 
Dolce dan Gabanna adalah sebuah jenama mewah fesyen, yang ditubuhkan oleh pereka Itali Domenico Dolce dari Palermo, Sicily, dan Stefano Gabanna dari Milan, Itali. Walaupun mereka membawa haluan masing-masing pada tahun 2005, perniagaan itu masih unvaried dan kedua-dua Dolce dan Gabanna terus berkembang. Kebanyakan mereka yang mimilih kaca mata Dolce dan Gabanna adalah dari kalangan wanita.
Diesel mungkin agak asing bagi penggemar-penggemar kaca mata kerana kurang mendapat sambuatan di pasaran Malaysia tetapi tahukan anda ianya bermula kira-kira sejak tahun 1978 dahulu. Sememangnya tidak dapat dinafikan Diesel gah dalam pembuatan seluar jeans dan pakaian kasual, serta aksesori, tetapi tidak untuk serta cermin mata hitam. Syarikat Diesel ditubuhkan oleh Renzo Rosso pada tahun 1978. Dia dan pasukan reka bentuk beliau sentiasa ingin membawa perubahan dalam dunia fesyen. Jadi, jika anda ingin mempunyai yang kelihatan bergaya dengan jenama ini, maka cermin mata hitam Diesel adalah khusu untuk anda.


Gucci adalah salah jenama fesyen yang paling terkenal. Ia ditubuhkan oleh Guccio Gucci dalam Florence, Itali pada tahun 1921. Gucci adalah jenama yang paling penting buat Itali di mana mempunyai kira-kira 425 kedai di seluruh dunia (mungkin telah bertambah dari masa kesemasa). Mereka juga memegang rekod dunia bagi jeans paling mahal pernah dibuat AS $ 3,134, di Milan pada tahun 1998! Pada tahun 1938 Gucci berkembang, dan membuka sebuah butik di Rom. Guccio Gucci mereka sendiri produknya dan kebanyakan barang syarikatnya mendapat sambutan yang paling memberangsangkan. Guccio Gucci meninggal pada tahun 1953, dan selepas itu Aldo Gucci memainkan peranan penting dalam pembukaan kedai-kedai utama firma di London, Paris dan Manhattan. Bagi kebanyakan wanita, mungkin mereka akan tergila-gilakan kaca mata Gucci yang sememangnya hot dan menjadi pilihan selebriti dunia.

Sunday 25 March 2012

(Gambar) Resepsi Perkahwinan Danny X-Factor

Danny X-factor yang telah bernikah pada 16 September 2011, baru-baru ini telah mengadakan jamuan resepsi tertutup khas buat ahli keluarga dan rakan artis di Zebra Square, KL. Mari kita tengok gambar-gambar sekitar majlis Danny X-Factor dan Lin atau nama penuhnya Zaidatul Norfazleen Zakarian, seorang pramugari. Semoga berbahagia hingga akhir hayat...


Awal Ashaari Lamar Scha Al-Yahya Secara Terbuka

Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria tengah hari tadi.
Ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.
Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.
Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.
Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.
Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan itu sebagai tetamu jemputan.
Dikemudikan oleh Reza Mohamad dan Marsha Londoh, Propaganza merupakan program hiburan yang memaparkan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tanah air.
Propaganza bersiaran setiap Ahad di Astro Ria (saluran 104) jam 12 tengah hari bermula sejak 18 Mac lalu. (www.murai.com.my)






Thursday 22 March 2012

Rumah Agam Michael Jackson Dijual, USD 23.9 Juta!


Rumah agam dimana Michael Jackson menemui ajalnya akan dijual sekali lagi untuk harga sehingga mencecah $USD 23.9 juta.

Rumah berkenaan telah pun dibuka kepada pasaran sejak Isnin yang lepas dan kebanyakan selebriti Hollywood yang berminat akan hadir ke sesi pra tonton pada hari esok. Hartanah sebesar 17 000 kaki persegi dikatakan tidak mempunyai sebarang perabot sejak kematian MJ. Rumah ini mengandungi 13 bilik mandi, sebuah kolam renang, rumah tetamu dan elevator.

Bagaimanapun, pengurus hartanah Beverly Hils, Maurico Umansky hanya akan menunjukkan hartanah itu kepada pembeli yang serius dan berkelayakan. Ini juga bermaksud mereka harus menepati  kriteria yang tertentu sebelum dibenarkan membeli rumah agam berkenaan. Sumber;OB






Adele Nekad Mahu Kurus




Memiliki masalah berat badan bukanlah penghalang bagi, Adele, untuk terus berjaya. Ia dibuktikan dengan kemenangan besarnya di anugerah Grammy Award, baru-baru ini.

Namun, tidak bermakna Adele selesa dengan berat badannya. Setelah ditegur oleh Karl Lagerfeld, Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins, kini mula mengambil berat mengenai berat badannya dan cuba untuk kurus.

Kini, Adele mula menghadiri kelas latihan khas di rumahnya dan menempah jurulatih untuk latihan dua kali seminggu.

Menurut sumber terdekat, sebelum ini, Adele mahu mengamalkan diet tapi ditegah oleh doktor kerana terpaksa menjalani pembedahan kerongkong.

“Kali ini, dia betul-betul tekad untuk menurunkan berat badan. Selain latihan senaman itu, Adele turut mengambil pil, Pilates, selepas dicadangkan oleh rakannya. Beberapa bulan lagi, kita akan lihat hasil daripada usaha Adele,” kata smuber berkenaan.

Setelah memenangi enam anugerah di Grammy Awards, Adele bagaimanapun, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya ingin bersara buat sementara waktu dalam bidang nyanyian. Sumber; SinarHarian




Wednesday 21 March 2012

Awal Ashaari & Scha Al Yahya Umum Tarikh Nikah Selasa Depan, 27 Mac 2012



Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.


Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.
Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.

“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.




559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+


PUTRAJAYA – Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

“Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010,” katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas. – BERNAMA

Messi Penjaring Gol Terbanyak Barcelona


LIONEL MESSI berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Barcelona untuk sepanjang zaman selepas penyerang Argentina itu meledak hatrik ketika mereka mengatasi Granada 5-3 pada aksi Liga Sepanyol, awal pagi tadi.

Pada usia baru 24 tahun, Messi kini sudah menjarlngkan 234 gol buat Barcelona, mengatasi rekod lama yang dipegang Cesar Rodriguez iaitu 232 gol sepanjang tahun 1939 hingga 1955.

Jumlah 234 gol itu merangkumi 153 gol diledak Messi dalam saingan Liga Sepanyol, 49 gol Liga Juara-Juara, 19 gol Piala Raja-Raja Sepanyol, 8 gol Piala Super Sepanyol, 4 gol Piala Kelab Dunia dan 1 gol Piala Super Eropah.

Untuk musim ini saja, Messi sudah menjaringkan sebanyak 54 gol dalam semua kejohanan disertai Barcelona.

Monday 19 March 2012

(GAMBAR)Tomok Dan Isteri Bercuti Di Singapura


Diam tak diam, sudah 7 bulan rupanya usia kandungan isteri Tomok iaitu Ayu. Baru-baru ini, pasangan ini telah bercuti ke Singapura dan kelihatan gembira sekali. Terserlah seri ibu mengandung pada diri Ayu. Lagi dua bulan saja, Tomok akan bergelar bapa. Lagi 2 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sumber; BN








‘Lelaki tarik kakak’


KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Sumber; myMetro.

Thursday 15 March 2012

Najwa Kena Ikut Cakap Mama


PERTAMA kali bersua dengannya tahun lalu, dia masih belum popular seperti hari ini. Bagaikan satu fenomena YouTube, nama Imratul Najwa Abdul Latif atau Najwa Latif semakin kukuh sekalipun dia masih terlalu remaja.

Lihat saja pencapaiannya, baru-baru ini dalam Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26). Walaupun tidak meraih sebarang trofi, namun persembahannya menerusi lagu Cinta Muka Buku berjaya mencatatkan ‘rating’ paling tinggi iaitu sebanyak 6.5 juta penonton yang mengikuti siaran langsung di kaca TV.

Begitu hebat sekali pukulan gadis berusia 16 tahun ini walhal bakatnya hanya dikesan selepas videonya di YouTube mendapat reaksi hebat.

Tidak dinafikan nyanyiannya memang seiring dengan ‘trend’ masa kini yang lebih menginginkan lagu bercorak santai, malah bakatnya mencipta lagu pada usia sebegitu muda juga menambat hati komposer handalan, Datuk M Nasir.

Biarpun hanya bermodalkan dua lagu popularnya, Cinta Muka Buku (CMB) dan Carta Hati, tawaran demi tawaran mula datang menyapa. Popularitinya yang mendadak juga menjadi faktor lebih 200,000 peminat menjadi pengikutnya di laman twitter.

Video muzik CMB di YouTube kini hampir mencecah enam juta tontonan.

Sekelip mata populariti yang pantas ini sangat ‘membahayakan’ jika tempiasnya terkena segelintir artis baru. Namun itu tidak terjadi pada Najwa, malah ketika bertemu dengannya, baru-baru ini, dia masih seperti yang dulu. Nada suara, gerak tubuh serta tutur sopan Najwa tetap serupa.

Biarpun masih letih selepas menjayakan banyak sekali persembahan pentas, Najwa tetap meluangkan masa ke studio Balai Berita pada petang itu dan membawa perkhabaran gembira.

Teristimewa buat peminat, kini album penuhnya yang memuatkan beberapa lagu sudah dipasarkan.

Berbicara mengenainya, Najwa berkata, album berkenaan turut menampilkan single baru, Kosong selepas dua lagu terdahulu.

“Semua lagu dalam album ini hasil ciptaan saya dan kakak, Ika Latif dan istimewanya single Kosong agak berbeza sedikit dengan lagu sebelum ini. Lagu ini lebih berciri kedewasaan dan liriknya juga menunjukkan sudut matang saya.

“Selain itu, saya juga ada bekerjasama berduet dengan artis dari Singapura, Sleeq dan seorang penyanyi YouTube yang juga sangat popular pada masa kini, Syam Kamarul iaitu lagu Sahabat. Idea untuk berduet ini sebenarnya tercetus kerana saya sangat meminati bakat mereka.

“Akibat teringin sangat membuat kolaborasi dengan mereka, saya pun mengusulkan cadangan itu kepada syarikat rakaman NAR dan mereka bersetuju. Tidak ketinggalan, Sleeq juga turut menyumbangkan lirik untuk lagu terbabit.

“Walaupun baru bertemu dengan mereka, keserasian antara kami cepat terjalin mungkin juga kerana faktor umur yang lebih kurang sama. Pengalaman bekerja dengan mereka memang seronok dan lancar sekali,” ujarnya.

Memuatkan lagu termasuk CMB, Carta Hati, Kosong, Sahabat dan I Love You, Najwa juga baru selesai merakamkan sebuah single duet bersama Sleeq, Untuk Dia ciptaan Alif Abdullah. Berentak ‘catchy’ dengan lirik yang ringkas, ia adalah satu lagi pertaruhan Najwa sebagai mewarnakan lagi skop muziknya.

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan dihadapinya pada tahun ini, Najwa sudah ada perancangan untuk memberikan laluan kepada dirinya menumpukan fokus terhadap agenda terpenting itu.

Menjadi antara artis yang bakal beraksi di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) pada 8 April nanti, Najwa memutuskan malam itu sebagai persembahan terakhirnya.

“Selesai saja acara ABPBH2011 nanti, saya tidak akan menerima mana-mana tawaran persembahan demi memberikan tumpuan kepada SPM. Sebenarnya, mama sudah tetapkan dan menyuruh saya berhenti pada hujung Mac ini namun kerana ABPBH2011 adalah acara terbesar, mama akhirnya memberi kebenaran.

“Untuk persediaan SPM nanti, saya akan mula menghadiri kelas tuisyen selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat memandangkan saya agak ketinggalan banyak perkara. Tambahan lagi, subjek aliran sains tulen yang saya ambil sememangnya sangat mencabar dan perlu banyak buat latihan,” katanya.

Tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah pada usia seawal ini, Najwa yang dicalonkan dalam dua kategori iaitu Artis Baru Popular dan Artis Wanita Popular ABPBH2011 ini mengakui dia tidak menaruh harapan tinggi untuk menang. Baginya, tercalon dalam Top 5 sudah memadai dan satu penghormatan kepadanya.

Dibariskan dengan artis yang jauh lebih senior seperti Stacy dan Yuna, dia amat bersyukur kerana sokongan peminat tidak pernah putus.

Dalam pada itu, Najwa bersama kakaknya sedang dalam proses mencipta karya baru untuk album kedua pula. Masih lagi berkonsepkan lagu ‘santai’, dia mengharapkan lagu terbarunya itu bakal mengulangi kejayaan CMB dan Carta Hati serta menjanjikan yang terbaik buat peminatnya. Sumber: myMetro







(13 GAMBAR)Scha Al Yahya Memperagakan Busana Pengantin Syaiful Brides

Gorgeous. Manusia yang bernama Scha Al Yahya sememangnya sudah cantik. Namun apabila mengenakan busana pengantin daripada Syaiful Brides, memang makin terserlah kecantikannya. Adakah Scha akan mengenakan salah satu daripada rekaan Syaiful Baharim ini di hari perkahwinannya nanti?





Wednesday 14 March 2012

Taktik Terkini Perompak Menggunakan GPS

Kami ada terbaca satu kisah tentang kes rompakan yang berlaku dengan menggunakan taktik yang mungkin tidak terfikir oleh kita semua, hanya dengan menggunakan GPS yang ada dalam kereta kita.. memang agak kreatif la perompak-perompak sekarang ni kan.. nak tahu lebih lanjut baca kisah ni

Satu petang saya mahu untuk meletakkan laptop saya di kerusi depan (sebelah pemandu) kereta saya. Semasa saya hendak membuka pintu kereta, saya mendapati ada lubang kecil di bawah handle pintu.


Ada orang yang telah menembak kereta aku!!

Kerana panik, saya menelefon seorang kawan yang punya bengkel kereta dan bertanya adakah dia pernah menemui kereta yang berlubang seperti di bawah handle pintunya.

“Ya, sudah beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Itu bukan lubang bekas peluru, tetapi pencuri yang merosakkan dengan maksud untuk masuk ke dalam kereta awak. Tidak ada alarm, dan tidak ada pecahan kaca”.

Apa yang menghairankan,tiada barang saya yang hilang. Malah mereka mengunci semula pintu kereta saya.

Empat hari kemudian, rumah saya kena rompak. Banyak barang berharga telah hilang.

Dan sekarang baru saya menyedari, semasa perompak itu memecah masuk kereta saya, mereka tidak mengambil apapun semasa itu, mereka cuma membuka GPS saya, dan mencari “HOME”…..

kan? bagaimana perompak dengan mudahnya mengenal pasti kediaman kita hanya dengan GPS yang terdapat dalam kereta kita.. sila kongsikan kepada teman-teman kita untuk keselamatan bersama.. Sumber; isuhangat.net

Tuesday 13 March 2012

Izara Aishah Bercakap Tentang Tangguh Belajar & Karier


Bagaimana pendapat anda tentang episod akhir Vanila Coklat? Kami dengar ada yang berpuas hati & tidak kurang juga menjangkakan pengakhiran yang berbeza.

Apa pun, nama Izara Aishah kini semakin kuat dalam industri seni hiburan Malaysia sehingga beliau terpaksa menangguhkan sessi pembelajaran beliau di Sunway Universiti College selama setahun.

Dalam edisi terbaru majalah Rapi yang kini sudah pun berada di’pasaran, Izara Aishah turut menyentuh tentang hala tuju karier beliau yang kini semakin hari semakin mendapat perhatian pihak produser. 

Izara Aishah menegaskan yang beliau hanya mampu menumpukan fokus beliau dalam bidang lakonan seperti Dato’ Siti Nurhaliza yang hanya fokus kepada bidang nyanyian.

Jika lari fokus sekali pun satu hari nanti, Izara Aishah berkata beliau hanya akan bergelar ahli perniagaan, salah satu kerjaya yang menjadi impian beliau. Sumber; Rotikaya





Sunday 11 March 2012

Pereka Kaca Mata Hitam

Tentang kaca mata

Kaca mata hitam hari ini bukan sahaja melindungi mata dari silau sinar matahari yang teruk tetapi mereka juga dianggap sebagai kenyataan fesyen. Memakai jenis kaca mata hitam berjenama adalah sama penting seperti memakai aksesori hak atau memakai pakaian yang sesuai.

Jika sesiapa yang mempunyai minat untuk memakai kaca mata hitam berjenama pasti perlu membeli-belah di pelbagai kedai untuk mendapatkan pilihan yang banyak untuk memilih dan mencuba untuk melihat kesesuaian dengan personaliti atau muka orang itu. Setiap jenama mempunyai ciri-ciri tersendiri dan harga bergantung kepada populariti. Kenneth Cole, Tommy Hilfiger, Valentino, Gucci, Armani adalah antara nama yang popular dalam perniagaan kaca mata hitam. 

Hari ini banyak selebriti juga telah melonjak dalam perniagaan pelancaran kaca mata hitam mereka sendiri. Linda Evans, George Burns, Britney Spears, dan Shari Belafonte adalah beberapa contoh mereka yang menghasilkan kaca mata hitam.

Apabila kita berfikir untuk membeli kaca mata hitam berjenama soalan yang timbul dalam minda adalah apakah jenama utama kaca mata hitam dalam industri yang mempunyai pelbagai reka bentuk dan ciri-ciri? Sebahagian daripada jenama utama kaca mata hitam ialah:

Stella McCartney:

Kaca mata hitam jenama ini adalah sedikit retro dengan sentuhan akhir-akhir 50 atau 60-an. Terdapat pelbagai gaya yang berbeza untuk memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka tetapi idea kaca mata hitam Stella McCartney sangat sesuai untuk mereka yang bermuka bujur.

 

Marc Jacobs:

Orang yang memakai kaca mata hitam syarikat ini dianggap sebagai mementingkan gaya. Kaca mata hitam jenama ini boleh didapati untuk semua peringkat umur dan sesuai bagi lelaki dan wanita kedua-duanya. Salah satu kelebihan terbesar kaca mata hitam berjenama Marc Jacobs terdapat pelbagai saiz dan warna untuk dipilih dan pelbagai kanta dalam kaca mata hitam .


Ray Ban:

Ray Ban juga satu jenama dalam bidang kaca mata hitam yang mempunyai pelbagai kaca mata hitam klasik yang tidak pernah ketinggalan dari segi gaya. Mereka yang suka kaca mata hitam yang bereka bentuk klasik, Ray Ban adalah pelaburan yang bijak. Kaca mata Ray Ban direka khas untuk Juruterbang Pertempuran sehingga mengatasi masalah mereka yang biasanya memberikan pandangan yang sukar. Sememangnya buat kaki Ray ban Malaysia, mereka pasti mendapatkan model2 Ray ban rare kerana sememangnya ia memiliki nilai sentimentalnya tersendiri.


Versace:

Orang yang memakai kaca mata hitam Versace biasanya kelihatan sangat canggih. Kaca mata hitam dari jenama ini juga datang dalam pelbagai jenis untuk dipilih mengikut personaliti.


Prada:

Jika bercakap tentang kaca mata hitam Prada, ia adalah salah satu daripada nama-nama jenama besar yang disedari akan kehadirannya. Di pasaran terdapat kaca mata hitam Prada yang mempunyai pelbagai jenis gaya dan warna untuk dipilih. Daripada bingkai yang besar sehingga bingkai nipis atau tanpa bingkai, kaca mata Prada nyata mempunyai banyak gaya yang boleh mengelirukan pembeli dalam membuat sebarang keputusan semasa membeli kaca mata hitam Prada.




Tag : Ray ban, Ray ban Malaysia, Sunglass Ray ban, Kaca mata Versace, Kaca mata Prada, Kaca mata Marc Jacobs

Saturday 10 March 2012

Harith Iskander Namakan Anak Sulongnya, Zander Xayne Iskander


Harith Iskander hari ini mengumumkan di Twitter miliknya yang isteri tersayang beliau, Jezamine Lim telah pun selamat melahirkan anak pertama mereka pada 8 Mac lalu.


Isterinya, Jezamine Lim telah selamat melahirkan seorang bayi seberat 3.89kg dan diberi nama Zander Xayne Iskander.
Tahniah buat Harith Iskander dan Jezamine Lim atas kelahiran Zander Xayne Iskander. Pasti anak mereka secomel pasangan ini.