Wednesday 27 February 2013

Ray ban Aviator Rayban sepanjang zaman

RAY BAN AVIATOR RAY BAN SEPANJANG ZAMAN


Date : 28/02/2013 
Oleh : Abang Chik


Pengenalan Ray ban Avaitor

Salam, Apa Khabar buat peminat Ray ban =)
Ok artikel kali ini Abang Chik nak bercerita tentang sejarah dan perkembangan Ray ban yang paling popular di Malaysia dan dunia iaiti Ray ban Aviator. Sebelum ini Abang Chik dah banyak tulis artikel berkenaan Ray ban Aviator ini tetapi saya bahagikan kepada part2 yang berlainan. Kali ini saya menulis secara lengkap dalam satu entry tentang Ray-ban Aviator ini.

Ramai yang memakai Ray-ban jenis Aviator ini tetapi ada segelintir dari kita tidak tahu model Ray ban tersebut. Ok, bagi yang tahu abaikan ye=) Ray ban jenis Aviator ini berbentuk bujur ke bawah. Bak kata orang kampung "Ray ban Telur" ... Frame kaca mata Aviator ini mempunyai 2 layer besi diatas dan sedikit dibawah. Besi frame yang di bahagian atas dipanggil Bridge.

Sejarah



Model kaca mata Aviator yang pertama dicipta oleh Ray-Ban. Ianya dicipta untuk tentera Amerika dalam menghadapi perang ke II. Aviator dicipta khas untuk Pilot tentera Amerika bagi mengahalang sinara cahaya matahari dan bias cahaya yang menghalang penglihatan ketika misi penerbangan. Oleh itu kadar dan jarak penglihatan bertambah baik dan lebih jelas.



Ray ban Aviator ini juga dilihat dipakai oleh General Douglas MacArthur ketika perang dunia ke-2 ketika tentera USA mendarat di Philippines sekitar tahun 1944.


Kepopularitian Aviator tersebar!



Pada tahun 1986, didalam filem Top Gun lakonan Tom Cruise dan Val Kilme, mereka dilihat menggayakan Ray ban jenis Aviator ini. Disebabkan kepopuritian Tom Cruise, secara tidak langsung Ray ban model Aviator ini terus dikenali diseluruh dunia. Pada waktu ini, Aviator merupakan kaca mata yang paling laris dipasaran dan menjadi trend ketika ini, malahan memakai Aviator merupakan satu gaya Evergreen sehingga kini masih digayakan=)


 

Ramai dikalangan artis antarabangsa memakai Ray ban jenis Aviator, selain Tom Cruise, Megan Fox juga antara artis yang menggilai Ray ban Aviator. Bagi artis Malaysia pula, kita dapat melihat Farid Kamil mengayakan Aviator Ray ban ketika membintangi filem Lagenda Budak Setan.


Saiz Ray ban Aviator

Ramai masih keliru tentang saiz Ray -ban. Bagaimana ianya diukur. Saya selalu mendapat pertanyaan kepada mereka yang berminat untuk membeli Ray ban dengan saya tetapi tidak tahu apa saiz yang dipakai oleh mereka. Jawapan saya kepada pembeli selalu " Awak ke kedai kaca mata, kemudia try satu2 spek, dan jika anda rasa selasa itulah saiz yang sesuai untuk awak" dan jawapan kedua saya jika mereka malas untuk survey saiz, "Awak berikan berat, tinggi, saiz pinggang dan kasut awak, nanti Abang Chik suggestkan"

Ok sila lihat gambar dibawah. Selalunya untuk Ray ban Aviator Made in Italy ada 3 saiz iaitu :


Ray ban RB3025 Large Metal Aviator (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 58mm)


Ray ban RB3026 Large Metal II (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 62mm)

             


Ray ban RB3044  Metal Aviator (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 52mm)


Perubahan Model Aviator

Seiring dengan peredaran zaman, Ray ban Aviator juga mengalami transfomasinya juga. Antara model Ray ban yang lahir dari ilham Ray ban Aviator adalah :-

  • Ray ban Aviator Shooter
  • Model : RB3138
  • Ciri-Ciri : Mempunyai 'O' pada bahagian bawah Brigde dan mempunyai Sweet Bar atau palang tahan peluh diatas Bridge.


  • Ray ban Outdoorsman Aviator Spring Arm (cable Temple)
  • Model : RB3030
  • Ciri-Ciri : Mempunyai sweat bar pada bahagian atas bridge dan pada bahaigan armnya adalah jenis spring.

Sebenarnya terdapat banyak lagi perubahan model Aviator sehingga dari ini. Tetapi ciri utamanya iaitu shape lens bentuk aviator dikekalkan. Antara perubahan model Aviator adalah seperti model Aviator Outdoorsman, Aviator Tech, Aviator Ladies, Aviator Gradient, Aviator Diamond Hard, Aviator Temple with rubber dan banyak lagi=)

Ok sampai disini sahaja yang dapat Abang Chik kongsikan. Jika anda ada sebarang pendapat bolehlah utarakan pendapat antara dibahagian komen dibawah. 

Monday 25 February 2013

Harga Rayban Made In USA sekitar tahun 90'an

HARGA RAY BAN BL USA SEKITAR 90'an

Peminat kaca mata semestinya tahu kepuasan memiliki Ray ban USA bukan kerana rekabentuknya sahaja malahan lebih dari itu =) Ini kerana Rayban made in USA ini sudah tidak dijual dikedai-kedai kaca mata, kalau ya pun ada, koleksi Rayban itu adalah NOS (New Old Stok). Ini kerana Bausch Lomb iaitu syarikat yang mengeluarkan kaca mata Ray-ban Made in USA ini telah menghentikan pengeluaranya dan diambil alik sepenuhnya oleh syarikat sunglasses dari Italy.

Tahukah anda nilai Rayban made in USA ini nilainya makin meningkat tahun demi tahun? Bukan sahaja nilai emas ye meningkat malah nilai Ray-ban Made In USA ini juga meningkat saban tahun. Ya, jika anda layari Internet, kaca mata Rayban Made In USA sekarang yang paling rendah Abang Chik jumpa RM500. Kalau NOS punya lagi la mahal hehehe. Ray ban USA yang paling mahal pernah Abang Chik jumpa jenis Aviator dimana frame dia disaluti emas tulen dan harganya RM15K!!! 

Ok berbalik kepada harga Ray ban BL USA sekitar tahun 90'an, memang murah kan..hehehe..kalau tahu harganya meningkat dengan banyak, dari dahulu Abang Chik beli banyak2 Ray-ban USA ini buat koleksi dan jual=) Tapi kita pun expect Bausch Lomb ini dibeli oleh syarikat kaca mata terkenal Italy...aduhhh sayangnya..hehehe

Rujukan dibawah antara harga Ray ban BL USA yang berada dipasaran Malaysia sekitar tahun 90'an. Antaranya Outdoorman BL, Outdoorsman II BL dan Ray ban Shooter. Kepada yang ingikan Ray ban USA original contact saya nanti saya beritahu seller yang masih ada banyak lagi stok Rayban BL USA ini=)







Tags : Harga Ray ban USA, Harga Ray ban BL Malaysia, Harga kaca mata BL USA, Ray ban USA harga di Malaysia

Sunday 24 February 2013

Ray ban 2140 Wayfarer Maya Karin Style

Ray ban Maya Karin Style


Jika anda mengimpikan memiliki sepasang kaca mata Ray-ban seperti mana ala artis style, tentunya Rayban jenis Wayfarer RB2140 antara pilihan yang terbaik. Gambar terbaru Maya Karin ketika bercuti memakai sepasang kaca mata jenis Wayfarer RB2140. Sangat cantik =)

Ray ban Wayfarer sememangnya terkenal dengan gaya retro modern kotemporary. Biarpun antara Ray ban yang telah lama wujud dipasaran, Ray ban Wayfarer masih lagi menjadi kegilaan dan dicari oleh penggemar Ray ban, bahkan populariti bentuk Wayfarer shape ini ditiru oleh pegeluar jenama kaca mata yang lain dengan design yang hampir serupa dengan Wayfarer Rb2140 ini.

Ramai yang bertanyakan Abang Chik adakah Rayban 2140 ini sesuai digayakan oleh perempuan, jawapanya ya=) Sepertimana Maya Karin yang menggayakan Ray-ban ini (digambar bawah) lihat memang sesuai kan...Sejak tahun 80'an lagi Ray ban jenis ini digayakan oleh artis Hollywood perempuan jadi pastinya tiada persoalan adakah Ray ban ini sesuai atau tidak digayakan oleh kaum wanita =)

 



Kepada yang berminat untuk order Rayban Wayfarer RB2140 bolehla SMS/Call saya Abang Chik 016-7701302. Happy n Safe Shooping =)

Monday 18 February 2013

Oakley Frogskins VR 46

Oakley Frogskins VR 46 Valentino Rossi Edition

Kepada peminat-peminat MotoGP yang pastinya nama Valentino Rossi antara satu icon terbesar dalam bidang perlumbaan moto berkuasa tinggi ini. Ketika Abang Chik menulis artikel ini, Valentino Rossi masih lagi bersama team Yamaha. Sebelum bercerita lanjut tentang kolabrasi Oakley bersama VR, jom kita singkap sedikit latar belakang pelumba yang menjadi idola remaja yang berminat menceburi bidang permotoran.

Valentino Rossi dilahirkan pada 16 February 1979 di Urbino, Italy. Puncak kejayaan VR ini adalah ketika memenangi juara 7 kali kelas 500cc dan MotoGP.  Rossi memegang rekod yang terbanyak memenangi perlumbaan 500cc dan MotoGP dengan kemenangan sebanyak 79 kemenangan. Beliau kini boleh dianggap sebagai lagenda dalam bidang perlumbaan MotoGP.

Ok, sekarang berbalik kepada gabungan 2 nama besar iaitu dalam bidang permotoran iaitu Valentino Rossi dan juga nama besar dalam bidang kaca mata iaitu Oakley. Kerjasama anatara VR dan Oakley menghasilkan satu produk kaca mata yang berkualiti dan digilai ramai sehingga kini iaitu Oakley Frogskins VR46. Sebenarnya banyak lagi model kerjasama antara Rossi dan Oakley diterjemahkan dalam bentuk kaca mata seperti Holbrook VR46, Jupitered Squared VR46. Tetapi kini kaca mata yang dicari oleh peminat Rossi adalah jenis Frogskins. 

Oakley Frogskins VR46 Edisi Valentino Rossi.


Kepada peminat Oakley Malaysia yang masih mencari Oakley Frogskins edisi VR46 pada harga termurah dan berkualiti, pastinya disinilah tempatnya. Kami menawarkan harga Oakley Frogskins VR46 pada harga RM140 sahaja dengan kos pengahataran percuma di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat untuk order sila SMS/Call/Whatapps saya Abang Chik 0167701302.

Sunday 17 February 2013

Showroom kami berpindah dari Cheras ke Sentul

Showroom kami berpindah dari Cheras ke Sentul


Assalamualaikum,
Sedikit makluman penting, showroom kaca mata hitam telah berpindah. Jika dahulunya kami beroperasi di Cheras, kini kami beroperasi di Sentul, Kuala lumpur. 

Jika anda sekitar Lembah Klang dan tidak mahu postage, anda di galakan terus datang ke showroom kami di Sentul untuk terus pick-up dan mencubanya di sini. Terdapat banyak pilihan Ray-ban dan Oakley yang ada disini dan 30% daripadanya kami tidak iklankan lagi di blog jualan Kedai Ray ban Malaysia Oakley Malaysia ini. 

Untuk datang ke sini anda boleh rujuk kepada di lokasi showroom kami disini. Kami telah sediakan google map bagi memudahkan anda access ke showroom kami=)
 Peta bagaimana ke showroom kaca mata hitam

Sila call/SMS saya dahulu untuk datang membeli Ray-ban, Oakley atau kaca mata hitam disini kerana saya risau saya tiada disini ketika anda datang. 


Best Regard,
Abang Chik.
016-7701302

Friday 8 February 2013

Restok Pure Seduction Victoria Secret Body Refreshing Mist

Re-stok VS Pure Seduction Body Mist 300 botol sahaja


Salam semua kepada peniaga/pemborong/dealer Victoria Secret yang ada di Malaysia. Berita baik, stok Victoria Secret body Mist flavor Pure Seduction sudah sampai. Untuk shipment kali ini, hanya sampai 300 botol sahaja (Abang Chik order 600 botol dari US tapi stok tidak mencukupi). Buat masa ini tinggal 140 botol sahaja lagi 160 botol Pure Seduction VS ini sudah digrab oleh dealer VS di KL dan Kedah.

Bagi anda yang berminat ingin memborong atau menceburi bidang jualan Victoria Secret Body mist ini, semestinya Pure Seduction menjadi pilihan utama kerana amat mudah dijual dan mempuanyai ramai peminat tersendiri untuk flavor ini.


Sebahagian dari stok VS yang baru sahaja sampai

Jaminan 100% harga borong jualan VS kami adalah yang termurah di Malaysia.


Seperti perbualan saya dengan Bur Izzarina di FB page saya, beliau berminat membeli Victoria Secret Pure Seduction dari kami dia sudah survey terlebih dahulu sebelumnya dan katanya "Yang lain semua mahal mahal belaka, kat Abang jea yang murah" . Kerana apa harga VS kami yang termurah? Kerana kami merupakan pemborong Victoria Secret utama di Malaysia dengan bukan kami ambil stok dari pihak kedua atau ketiga, Victoria Secret kami adalah terus dari kilang oleh itu harga borong yang saya tawarkan paling termurah (anda boleh survey-survey dahulu)

Jika anda berada sekitar lembah Klang anda boleh terus datang ke showroom saya di Sentul, sila rujuk lokasi showroom kami disini , dan jika anda diluar KL, boleh saya poskan. Berikan flovor yang anda inginkan. Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut berkenaan dengan borong Victoria Secret dengan kami, anda boleh SMS/Call saya Abang Chik 016-7701302.


Friday 1 February 2013

Keputusan penuh pilihanraya umum PRU 13

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA UMUM KE-13

Keputusan terkini pilihan raya umum (PRU 13). Update terkini kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding adalah seperti dibawah. Keputusan ini pilihanraya umum ke-13 ini adalah berdasarkan keputusan dan maklumat semasa yang diperolehi dari sumber yang tepat.


WHITELIGHT PEMUTIH GIGI

WHITELIGHT PEMUTIH GIGI




Memperkenalkan Whitelight-Pemutih gigi ajaib berkesan hanya dalam tempoh 10minit!!! Satu lagi produk terbaru dibawah Syarikat saya Abang Chik Trading, kami supplier Whitelight Whitening terbesar di Malaysia. Produk terbaru ini merupakan antara produk yang sangat mendapat sambutan hangat diseluruh dunia. Kerana kesanya yang mujarab, pantas dan yang pastinya amat murah. Bayangkan jika anda buat pembersihan gigi diluar, sekurang-kurang anda perlu menhabiskan RM500-1000. Kini dengan Whitelight- magic whitening system anda boleh berjimat besar!!


Apa itu whitelight-Magic Whitening System?
Pemutih gigi whitelight atau White Light Tooth Whitener System merupakan revolusi terbaru rawatan pemutihan gigi profesional yang unik dan dicipta khusus untuk dibuat sendiri di rumah dengan selesa dan mudah! Hanya dalam 10 minit mampu menghilangkan noda/kesan kuning/gelap pada gigi yang selalunya berpunca dari pemakanan seperti kopi, teh dan jus atau akibat merokok dan penuaan. Teknologi yang hampir sama seperti digunakan doktor gigi, tahan lama dan murah. Formulasi dua jenis gel istimewa yang bergabung dengan teknologi pencahayaan LED laser ini memastikan ia diserap jauh ke dalam tanpa merosakkan lapisan gigi bagi menghapuskan kotoran dan memberikan kesan gigi putih berseri seperti yang anda ingini.

Memperkenal Whitelight revolusi terbaru pemutihan gigi dari USA.

Apa yang saya akan dapat?
Pakej termasuk yang anda akan dapat apabila membeli Whitelight Magic Whitening in 10 minute adalah:
-White Light Transmitter
-White Light Gel And Applicator
-White Light 2 Lithium CR2025 Batteries

Anda akan mendapat complete set lengkap.


Bagaimana cara pemakaian?
- Gosok gigi seperti biasa menggunakan berus dan ubat gigi yang biasa anda gunakan sebelum diteruskan dengan rawatan pemutihan white light.
- Campurkan kedua gel untuk hasil  yang maksimum.
- Sapukan pada muka LED Light bahagian atas dan bawah.
- Tekapkan di depan gigi (Tidak perlu gigot, biarkan begitu sahaja)
- On-kan dan tunggu 10-20 minit
- Anda boleh buat apa-apa aktiviti ketika menggunakanya, tapi elakan cecair masuk kedalam kerongkong.
- Setelah selesai, basuh dental tray tersebut dengan bersih untuk digunakanuntuk kali berikutnya.


* Bersihkan gigi sekali lagi selepas rawatan. Cepat2 berkumur jika tertelan gel. 
** Sepanjang tempoh rawatan (1 minggu) elakkan minuman berkafein seperti teh/kopi, minuman panas atau berais. 

Mudah untuk memakai Whitelight ini. Semudah 1-2-3


Bila kesan dapat dilihat?
Kesan penguunaan pemutih gigi whitelight ini dapat dilihat seawal 10minit pertama jika gigi anda tidak kritikal kuning/karat, tetapi kesan maksimum akan kelihatan untuk pemakaian kali ke 8-10

*Hasil pemutihan bergantung pada tahap kekusaman gigi individu dan warna asal gigi mereka. Dalam satu rawatan, anda boleh mengulanginya sebanyak 3 kali berturut2 untuk hasil lebih cepat (10 minit dalam satu masa, maka anda perlukan 30 minit - santai2 sahaja samaada ketika sewaktu menonton tv atau berada di hadapan komputer..) Ulangi langkah ini pada hari2 seterusnya untuk mendapat keputusan yang diidamkan dan gunakan White Light sebagai rawatan mingguan untuk terus mengekalkan warna gigi yang putih berseri. Produk whitelight pemutig gigi ini juga sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki gigi sensitif.

Selepas dan sebelum penggunaan pemutih gigi whitelight.


Adakah bahaya jika gel terkena gusi?
Tidak. Jika gel pemutih gigi whitelight ini terkena gusi tiada kesan sampingan atau berbahaya. 100% dijamin selamat.
  
Siapa yang perlu memakai Whitelight Magic Whitening ini?  
-Perokok tegar
-Mempunyai masalah kuning atau gigi berkarat
-Peminum kopi tegar
Adakah Pemutih gigi Whitelight ini halal?  
Soal halal dan harap amat dititik berat dalam Islam. Ya produk ini adalah dijamin 100% halal.

Kalau produk ini berkesan, mesti ada dutanya kan? 
Semestinya. Produk pemutih gigi whitelight ini amat popular di USA dan di UK kerana teknologi revolusi yang terkini. Duta produk ini adalah Shandi Finnessey (Miss Usa 2004)

Duta Produk Whitelight Miss USA 2004 Shandi.


Siapa pakar pergigian yang mensyorkan Whitelight ini?
 Dr. Harvey Silverman merupakan individu yang yang mensyorkan pengguna produk ini pemutih gigi whitelight ini. Anda boleh refer biographi beliau di wikipedia.

Dr Harvey Silverman


Saya mempunyai masalah gigi sensitif, adakah boleh saya memakainya?
 Ya boleh, anda boleh memakai whitelight pemutih gigi ini seperti biasa tiada masalah, kesan sampingan nyilu hanya kurang dari 30 minit.



HARGA PASARAN : RM50-100
 HARGA ABANG CHIK :

-RM40/unit [FREE POSTAGE]
-Borong RM25/unit Minnimum 5pcs
 (*postage add RM15)   

Call/SMS/Whatapps saya :-
Abang Chik 016-7701302 Untuk terus order.




Tags : Whitelight, Pemutih gigi whitelight, pemborong whitelight, whitelight original USA, Whitelight Malaysia, Produk pemutuh gigi whitelight