RAY BAN AVIATOR RAY BAN SEPANJANG ZAMAN
Date : 28/02/2013
Oleh : Abang Chik
Pengenalan Ray ban Avaitor
Salam, Apa Khabar buat peminat Ray ban =)
Ok artikel kali ini Abang Chik nak bercerita tentang sejarah dan perkembangan Ray ban yang paling popular di Malaysia dan dunia iaiti Ray ban Aviator. Sebelum ini Abang Chik dah banyak tulis artikel berkenaan Ray ban Aviator ini tetapi saya bahagikan kepada part2 yang berlainan. Kali ini saya menulis secara lengkap dalam satu entry tentang Ray-ban Aviator ini.
Ramai yang memakai Ray-ban jenis Aviator ini tetapi ada segelintir dari kita tidak tahu model Ray ban tersebut. Ok, bagi yang tahu abaikan ye=) Ray ban jenis Aviator ini berbentuk bujur ke bawah. Bak kata orang kampung "Ray ban Telur" ... Frame kaca mata Aviator ini mempunyai 2 layer besi diatas dan sedikit dibawah. Besi frame yang di bahagian atas dipanggil Bridge.
Sejarah
Model kaca mata Aviator yang pertama dicipta oleh Ray-Ban. Ianya dicipta untuk tentera Amerika dalam menghadapi perang ke II. Aviator dicipta khas untuk Pilot tentera Amerika bagi mengahalang sinara cahaya matahari dan bias cahaya yang menghalang penglihatan ketika misi penerbangan. Oleh itu kadar dan jarak penglihatan bertambah baik dan lebih jelas.
Ray ban Aviator ini juga dilihat dipakai oleh General Douglas MacArthur ketika perang dunia ke-2 ketika tentera USA mendarat di Philippines sekitar tahun 1944.
Kepopularitian Aviator tersebar!
Pada tahun 1986, didalam filem Top Gun lakonan Tom Cruise dan Val Kilme, mereka dilihat menggayakan Ray ban jenis Aviator ini. Disebabkan kepopuritian Tom Cruise, secara tidak langsung Ray ban model Aviator ini terus dikenali diseluruh dunia. Pada waktu ini, Aviator merupakan kaca mata yang paling laris dipasaran dan menjadi trend ketika ini, malahan memakai Aviator merupakan satu gaya Evergreen sehingga kini masih digayakan=)
Ramai dikalangan artis antarabangsa memakai Ray ban jenis Aviator, selain Tom Cruise, Megan Fox juga antara artis yang menggilai Ray ban Aviator. Bagi artis Malaysia pula, kita dapat melihat Farid Kamil mengayakan Aviator Ray ban ketika membintangi filem Lagenda Budak Setan.
Saiz Ray ban Aviator
Ramai masih keliru tentang saiz Ray -ban. Bagaimana ianya diukur. Saya selalu mendapat pertanyaan kepada mereka yang berminat untuk membeli Ray ban dengan saya tetapi tidak tahu apa saiz yang dipakai oleh mereka. Jawapan saya kepada pembeli selalu " Awak ke kedai kaca mata, kemudia try satu2 spek, dan jika anda rasa selasa itulah saiz yang sesuai untuk awak" dan jawapan kedua saya jika mereka malas untuk survey saiz, "Awak berikan berat, tinggi, saiz pinggang dan kasut awak, nanti Abang Chik suggestkan"
Ok sila lihat gambar dibawah. Selalunya untuk Ray ban Aviator Made in Italy ada 3 saiz iaitu :
Ray ban RB3025 Large Metal Aviator (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 58mm) |
Ray ban RB3026 Large Metal II (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 62mm) |
Ray ban RB3044 Metal Aviator (Ukuran Eye size Ray ban ini adalah 52mm) |
Perubahan Model Aviator
Seiring dengan peredaran zaman, Ray ban Aviator juga mengalami transfomasinya juga. Antara model Ray ban yang lahir dari ilham Ray ban Aviator adalah :-
- Ray ban Aviator Shooter
- Model : RB3138
- Ciri-Ciri : Mempunyai 'O' pada bahagian bawah Brigde dan mempunyai Sweet Bar atau palang tahan peluh diatas Bridge.
- Ray ban Outdoorsman Aviator Spring Arm (cable Temple)
- Model : RB3030
- Ciri-Ciri : Mempunyai sweat bar pada bahagian atas bridge dan pada bahaigan armnya adalah jenis spring.
Sebenarnya terdapat banyak lagi perubahan model Aviator sehingga dari ini. Tetapi ciri utamanya iaitu shape lens bentuk aviator dikekalkan. Antara perubahan model Aviator adalah seperti model Aviator Outdoorsman, Aviator Tech, Aviator Ladies, Aviator Gradient, Aviator Diamond Hard, Aviator Temple with rubber dan banyak lagi=)
Ok sampai disini sahaja yang dapat Abang Chik kongsikan. Jika anda ada sebarang pendapat bolehlah utarakan pendapat antara dibahagian komen dibawah.
No comments:
Post a Comment