Wednesday, 15 August 2012

Kaca Mata MP3 pertama di Malaysia

Date : 17 August 2012
Author : Abang Chik 


KACA MATA MP3 PERTAMA DI MALAYSIA!!



Satu lagi product berasaskan kaca mata hitam atau sunglass yang Abang Chik bawa masuk di pasaran Malaysia. Product yang merupakan pertama di pasaran Malaysia saya bawa masuk ini adalah Kaca mata music MP3. Combination antara peminat music dan kaca mata hitam. Pastinya anda mahu menjadi yang terawal memiliki spek MP3 ini bukan tapi sebelum itu Abang Chik terangkan secara mendalam tentang product ini.

Sebelum ini mungkin ada tahu ada kaca mata hitam yang boleh kita dengar MP3 hanya dari keluaran Oakley, iaitu Oakley Thump atau Oakley Thump Pro. Tetapi saya percaya hanya dari golongan yang kaya sahaja yang mampu memiliki Oakley Thump Mp3 ini kerana harganya sangat mahal (saya beli Oakley thump Display tray pun hampir RM500 tanpa kaca matanya=) , tambahan Oakley Thump sudah tiada masuk didalam pasaran Malaysia lagi.

Klik untuk besarkan imej


Ok Abang Chik akan terangkan secara mendalam tentang kaca mata MP3 yang pertama di pasaran Malaysia ini dan bagaimana ianya berfungsi serta panduan penggunaanya. Kenapa saya katakanya ianya pertama di Malaysia? Anda sendiri boleh cari di Mudah.my, Facebook atau di google masih tiada yang menjualnya, dan kami merupakan penjual kaca mata MP3 ini pertama di Malaysia.


CIRI-CIRI PADA KACA MATA MP3 INI

- Digital formats supported:MP3/WAV/WMA
- PC interface supported:USB2.0
- Mfr estimated battery life:5 hours
- Battery tape/capacity : Bullt-in Lithium lon Polymer/3.7V.150mAH
- Maximum input power rating:5VDC
- Earphone output power:5mw
- Voice output frequency:20Hz-20Khz
- THD:0.05%
- Recharging time:2 hours
- Normally works current:30-35mA.
- Signal-to-noise ratio:87.2db
- Earphone impedance :16
- Weight:52g
- Dimensions:172*160*40mm
- Extended Length of Earphonefixed lever:14mm
- Rotary degree of earphone fixed lever:270°
- Rotary degree of earphone:90°

BAGAIMANA IANYA BERFUGSI?

Sama sahaja macam spek hitam lain, cuma yang membezakanya ianya dilengkapi dengan music MP3 (maksunya kita boleh dengar lagu, menarik bukan). Sangat mudah digunakan cuma ON buttton dan dan tekan buton PLAY. Kita juga boleh adjust Volume pada Sunglasses MP3 ini (sama sahaja seperti pemain music MP3 yang lain).

Anda akan dibekalkan kabel USB 2.0 untuk transfer lagu yang anda gemari kedalam micro SD (memory card). Kaca mata MP3 ini dapat menampung Micro SD dari 1GB, 2GB, 4GB, 8GB dan 16GB. Jika anda mahu transfer bilangan lagu yang banyak, Abang Chik cadangkan beli Micro SD yang berkapasiti 16GB.

Ray ban Malaysia dan Abang Chik


Tarikh : 16/08/2012
By : Abang Chik


Ray ban Malaysia dan Abang Chik Sunglasses Supplier

Sedar x sedar hanya 4 hari sahaja lagi umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri 2012. Pada masa ini, ramai orang berkemas untuk pulang menyambut lebaran bersama keluarga tersayang.

Artikel kali ini hanya artikel ringan Abang Chik nak tulis berkenaan Ray ban Malaysia dan Abang Chik. Kenapa mesti Ray ban Malaysia dan Abang Chik? Kenapa tidak Oakley Malaysia dan Abang Chik? Itu saya pun tidak dapat menjawabnya, kerana semua pelanggan yang call untuk membeli kaca mata dengan saya akan bertanya "ni Abang Chik Ray ban Malaysia ke?" 

Tidak kurang ada yang bertanya kepada saya kenapa orang panggil Abang Chik Ray ban? Mula2 memang saya jual Ray-ban sahaja dan saya juga merupakan penjual Ray-ban Online yang pertama di Malaysia. Pada ketika itu jika anda search perkataan Ray ban di enjin carian, hanya satu sahaja penjual Ray ban ketika itu dan itu adalah Abang Chik. Mungkin dari itulah pelanggan-pelanggan sehingga kini memangil saya Abang Chik Rayban =)

Petang tadi saja-saja Abang Chik nak tengok berapa ramai penjual Ray ban di Malaysia ni, rupanya masih ada carian popular iaitu Ray ban Malaysia Abang Chik dan Ray ban Malaysia Abg Chik =) Dan apa yang dapat saya simpulkan mereka yang mencari dengan kata kunci tersebut adalah pelanggan-pelanggan lama saya yang pernah membeli Ray ban dengan saya ketika saya mula2 menjual secara online dahulu, kerana pada ketika itu kacamatahitam.com ini belum wujud lagi=)





Begitu juga dengan perkataan Abang Chik, kata kunci cadangan yang keluar adalah Abang Chik Ray ban tetapi tidak Abang Chik Oakley kerana jenama model-model spek Oakley masih lagi baru Abang Chik jual di pasaran Malaysia ini=)

Tuesday, 31 July 2012

Koleksi Oakley Over the Top

by : Abang Chik
date : 01/08/2012




OAKLEY OVER THE TOP | SKU# 04-060

Lama Abang Chik xupdate blog ni, agak bz untuk setelkan order-order spek hitam sempena promosi hari raya kali ni. Alhamdulillah, pagi ni ada masa terluang sket, jadi Abang Chik nak update perkembangan Abang Chik, Supplier, Retailer, Wholesale, Dropship Kaca Mata Hitam.

Kali ni nak bercerita tentang Oakley Over The Top. Oakley model ini design dia mungkin agak lucu dan kelakar, ada yang menganggapkan model ni macam makluk asing pakai..hehehe, TETAPI tahukan anda model ini tersangat2 rare, dan sukar untuk dicari. Tahukah anda di Malaysia, Oakley Over The Top ini hanya Abang Chik seorang sahaja memiliki model ini =) itu pun saya dapat secara tidak sengaja (kerana seller ni nak jual kerana terlalu terdesak untuk pakai duit). Hampir 2 tahun juga saya cari model ini sebagai koleksi peribadi.

 
Koleksi Over The Top FM+ Fire Iridium Abang Chik 

Model Over the Top ini sudah tidak lagi dikeluarkan oleh Oakley sejak 2004 lagi (hampir 8 tahun model ini sudah stop production). Semasa pengeluaranya terdapat 3 warna pilihan, iaitu Over the Top black with Ruby Iridium, Over The Top FMJ+ Fire Iridium dan FMJ 5.56 Ice Iridium. Antara ketiga2 ini yang menjadi buruan peminat dan kaki Oakley sebagai koleksi adalah OTT FMJ+ Fire Iridium (yang mana Abang Chik miliki). Dari perbandingan harga pula semasa mula2 pengeluaran Over The Top, harga pasaran (boleh rujuk di website Oakley) FMJ+ paling mahal bernilai USD195, tetapi kini nilainya mencecah hampir RM2000!!


 
Gaya pemain Golf memakai Over The Top FMJ+
Walaupun model Over The Top masih dijual di eBay tetapi kebanyakan seller tidak shipping ke Malaysia, dan semestinya harga shipping sangat mahal. Semestinya model ini tidak pernah dipakai orang2 di Malaysia, hanya disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja, kerana nilainya kian meningkat dari hari kehari =)



Tags: Oakley, Oakley Over The Top, Over The Top Malaysia, OTT FMJ+ Fire Iridium, Oakley Rare, Sunglasses Rare.

Wednesday, 11 July 2012

Promosi Ray-ban dan Oakley sempena hari Raya 2012

Date : 12/07/2012
By : Abang Chik | Kedai Ray-ban dan Oakley murah



Promosi Gila Raya 2012 datang lagi!!!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Terlebih dahulu saya kenalkan diri saya Abang Chik. (boleh juga add saya di FB https://www.facebook.com/achik.trading). Saya menjual pelbagai jenis kaca mata hitam pelbagai jenama antara yang popular adalah Ray ban dan Oakley. Disamping itu lain-lain kaca mata berjenama Gucci, Prada, D&G, Hermes, LV dan banyak lagi..

Sempena bakal datangnya Ramadhan yang mulia, kami di kacamatahitam.com membuat promosi Gila Raya dengan memberikan potongan harga gila bagi setiap model terpilih, pastinya menarik untuk anda bukan yang sedang mencari sepasang kaca mata hitam bagi bergaya menjelang hari raya yang bakal tiba nanti.

Anda boleh melihat disebelah kanan web jualan ini, untuk melihat harga promosi bagi model yang anda inginkan. Lebih menarik, setiap pembelian Ray-ban akan diberikan FREE Paper Bag Never Hide dan bagi pembelian Oakley anda akan diberikan Head Strap Oakley secara percuma! Setiap pembelian penghantar adalah PERCUMA di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak).

Promosi kaca mata ini julung2 kali diadakan iaitu sekali dalam setahun. Stok adalah terhad. Kaca mata jualan kami adalah hanya yang berkualiti tinggi sahaja dengan harga mampu milik, (kami tidak menjual grade pasar malam & uptown) Sebarang pertanyaan/Order boleh terus hubungi saya Abang Chik 016-7701302. Happy Shopping dan selamat menyambut Ramdhan dan Hari Raya AidilFitri =)



Buy with confident, 
Abang Chik,
016-7701302

Saturday, 9 June 2012

Otai Ray ban Malaysia

By : Abang Chik
Date : 10/06/2012 @ 0353am



Ketika artikel ini ditulis, perlawan Euro 2012 antara German VS Portugal sedang berlangsung, pada masa yang sama perlawanan persahabatan antarabangsa antara Brazil VS Argentina juga sedang berlangsung. Sambil layan bola Abang Chik terpikir nak tulis artikel santai, iaitu Otai Ray ban di Malaysia.

Otai Ray ban. Istilah ini untuk siapa? Adakah mereka yang memiliki koleksi Ray ban yang banyak? Adakah mereka yang terer dalam melihat model dah keaslian Ray ban? Adakah mereka yang masih tua dan tetap meminati Ray ban walaupun pakai Ray ban pasar malam? dan Adakah Otai Ray ban ini patut diberikan kepada penjual Ray ban popular di Malaysia seperti Abang Chik? Hehehe gurau je ehhhhh.

Istilah Otai Ray ban ini adalah subjektif. Ada yang mempunyai Ray ban yang banyak dalam koleksi mereka, tetapi tiada ilmu tentang Ray ban, ada yang banyak pengetahuan tentang Ray ban (geng2 banyak membaca ni) tetapi tiada satu pun koleksi Ray ban. Tetapi kita lebih gemar memberi gelaran otai Ray ban kepada mereka yang tua dan masih kaki Ray ban sejati (walaupun  Pak Cik ni just sembang pandai pasal Ray ban).
Adakah golongan tua yang 'setia' dengan Ray ban dianggap sebagai Otai Ray-ban?

Pada pendapat Abang Chik, di Malaysia ramai sebenarnya Otai Ray ban (biarlah saya xmention nama dia disini). Mereka bukan saya banyak pengetahuan tentang Ray ban, yang paling Abang Chim respect, diorang banyak koleksi pelik-pelik aksesori Ray ban. Ada yang certain tu saya sendiri xpernah tengok, memang rare habis. Berminat juga Abang Chik nak beli barangan pelik Ray ban dari mereka, tapi harga yang ditawarkan terlampau mahal. Tidak boleh salahkan mereka juga, sebab mungkin barang tu yang ada pada Otai-otai Ray ban ini hanya ada satu sahaja dalam Malaysia ni!!!!

Kini Abang Chik dalam buruan mendapatkan barangan pelik berkenaan kaca mata xkira barangan Ray ban atau Oakley. Janji benda tu rare. Kena himpun duit dari sekarang. Jika anda adalah salah seorang Otai Ray ban Malaysia yang ada barangan pelik tentang Ray ban, boleh roger saya dan tawarkan harga. Jika harga menarik mesti grab =)






P.s : Sambung layan Euro 2012 balik...German tengah leading 1-0 against Portugal sekarang jaringan Gomez. Cayalah!!!!!

Sunday, 3 June 2012

Kedai Ray ban online Malaysia

By : Abang Chik
Date : 03/06/2012



Ray ban merupakan salah satu jenama kaca mata yang mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penggemar kaca mata hitam di Malaysia. Disebabkan kepopularan jenama kaca mata hitam ini, maka banyak penjual-penjual yang menjual Ray ban secara online di forum, blog, facebook dan lain-lain medium.


Kami di kacamatahitam.com antara yang menjual Ray ban secara online. Tapi apa yang membezakan kami dengan mereka yang menjual Ray ban secara online yang lain? Ok disini Abang Chik senaraikan kenapa perlu membeli Ray ban di Kacamatahitam.com- Kedai kaca mata hitam online terbesar di Malaysia.

Anatara sebab mengapa anda patut anda beli Ray ban disini adalah :-
  • Harga Ray ban jualan kami adalah yang paling murah di Malaysia.
  • Kualiti Ray ban jualan kami adalah yang terbaik dan berkualiti tinggi.
  • Service kami adalah yang terbaik. Kami akan reply sms anda secepat mungkin. 
  • Penghantaran yang cepat. Order Ray ban anda akan sampai kurang dari 3 hari waktu bekerja. Kebiasaanya hanya 1-2 hari sahaja.
  • Dipercayai. Boleh tengok feedback dari pelanggan yang pernah membeli dengan kami sebelum ini.
  • Barang yang dihantar dijamin sampai dengan selamat.
  • 100% puas hati.

Walaupun banyak kedai Ray ban online banyak di Malaysia pada hari ini, tetapi anda perlu pastikan bahawa anda tidak tertipu dengan mereka yang menjual low grade tetapi declare sebagai original, high grade, 5A dan lain-lain lagi. Buat kaki Ray ban Malaysia, jika anda berminat untuk membeli Ray ban termurah di Malaysia, anda boleh membeli di shopping disini. Mudah, dipercayi,berkualiti dan sememangnya puas hati. Kami menjual hampir 100 model kaca mata hitam bukan sekadar Ray ban dan Oakley, tetapi banyak lagi kaca mata hitam berjenama lain seperti Gucci, LV, Burberry, Police, Porche Design dan lain-lain lagi.

Saturday, 2 June 2012

Pendaftaran ahli untuk dropship Ray ban dan Oakley ditutup

By : Abang Chik
Date : 03/06/2012 0158am

 
Alhamdulillah, setelah sekian lama Abang Chik membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk join Dropship Ray ban dan Oakley secara khususnya atau secara amnya kami menyediakan khidmat dropship kaca mata hitam kepada peniaga kecil online dan offline, dengan rasminya, saya telah menutup pendafataran ahli ini. Sehinggan hari ini lebih dari 300 orang ahli berdaftar dengan saya, terima kasih atas penerimaan anda dan kerjasama dengan Abang Chik selama ini.


Kenapa Abang Chik tutup? 

Setiap hari tidak kurang dari 3-5 SMS/E-mail dan call saya terima kepada mereka yang berminat untuk mendafatar dengan saya bagi menjalankan business Ray ban dan Oakley. Kebanyakan mereka menjual ray ban secara online di pasaran Malaysia. Saya tidak berniat menutup 'pintu rezeki' sesiapa..tetapi buat masa ini saya tidak cukup masa untuk handle business dropship bagi Ray ban dan Oakley. Sebab itu saya tutup penyertaan ahli. Buat masa ini saya hanya tumpukan sepenuh perhatian kepada jualan Ray ban dan Oakley serta kaca mata secara retailer dan kepada ahli yang sedia berdaftar denga Abang Chik.

Bila Abang Chik akan buka semula?

Insyallah seltelah saya siapakan katalog bergambar untuk Ray ban dan Oakley, saya akan buka semula pendafatran ahli kepada sesiapa yang berminat untuk menjual Ray ban dan Oakley atau banyak lagi jenama kaca mata melalui store kacamatahitam.com. Tempoh masa saya tidak berani saya janjikan kerana setelah siap katalog Ray ban dan Oakley, saya akan buka semula pendafatran dan lebih memberikan tumpuan kepada peniaga offline.



Bolehkah saya mendaftaran setelah Abang Chik buka pendaftaran dropship kaca mata nanti?

Ya. Boleh. Saya akan umumkan disini dan di Facebook Fan Page saya iaitu di :-


(Untuk mengikuti perkembangan pendaftaran Ahli dengan kami, anda boleh Like Fan Page Abang Chik diatas)


Berapakah yuran pendaftaran ahli nanti?


Saya tidak tahu lagi. Yuran keahlian bergantung kepada katalog bergamabr yang kami akan printkan nanti.



Kepada kaki Ray ban Malaysia dan kaki Oakley Malaysia yang beminat untuk menjalan perniagaan menjual kaca mata hitam, bolehlah nnantikan pembukaan semual agen dropship dengan kami. Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh SMS/CALL saya Abang Chik, 016-7701302.

Terima Kasih.