LOS ANGELES – Anak perempuan Whitney Houston, Bobbi Kristina dikejarkan ke hospital awal hari ini, sehari selepas kematian emaknya kerana dilaporkan tertekan.
“Dia dibawa ke hospital dan dirawat kerana tekanan perasaan,” kata seorang rakan rapatnya kepada AFP.
Kristina yang berusia 18 tahun dibawa ke Hospital Cedars Sinai di Beverly Hills.
Houston, penyanyi pop yang terkenal pada era 1980-an dan 1990-an teruama menerusi lagu “I Will Always Love You,” ditemui meninggal dunia di bilik hotelnya di Beverly Hilton menjelang malam Anugerah Grammy, semalam.
No comments:
Post a Comment