Thursday, 16 February 2012

Aril AF Beli Cincin Harga RM4000, Rancang Mahu Memujuk Kekasih Lama dan Bertunang?


Di akaun Twitter rasmi Aril AF atau pemilik nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus terdapat gambar yang menunjukkan Aril sedang memilih cincin di sebuah kedai.

Gambar yang telah di-Instagram-kan itu diletakkan caption, “C I N . D I A . C I N” dan ini menimbulkan tanda tanya pada kami mengenai hubungan Aril dengan teman wanitanya.




Aril sebenarnya dikatakan sedang membeli cincin untuk memujuk kekasih lamanya. Dipercayai jika pujukannya berjaya, Aril merancang untuk bertunang dengan kekasihnya itu. Apa yang lebih menarik, menurut sumber, harga cincin tersebut dianggarkan melebihi RM4000. Bayangkan untuk memujuk sahaja sudah makan kos RM4000, belum lagi majlis pernikahan dan resepsi.

Apa pun, jika benar khabar angin bahawa Aril sudah mahu bertunang, maka tahniah lah ya. Semoga berkekalan hendaknya.



No comments:

Post a Comment