Thursday, 9 February 2012

Kemewahan Datuk Shahrizat Jalil

 Nampaknya SPRM perlu lebih berkerja keras untuk mempercepatkan proses siasatan skandal NFC ini. Tampak perlahan.

Belum selesai siasatan membabitkan pendedahan sebelum-sebelum ini, terbaru terdapat satu lagi pembongkaran skandal penyelewengan dikatakan membabitkan keluarga Shahrizat Abdul Jalil beli 2 unit kondo mewah bernilai RM34.56 Juta di Marina Bay Suites, Singapura.

Yang menariknya, kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan juga oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Nilai Harta Keluarga Shahrizat Jalil Yang Diketahui Setakat Ini Sahaja  :
  1. 2 unit kondominium One Menerong (RM13,800,000) - Dakwaan pada asalnya dikatakan hanya sekitar RM9.8 juta tetapi pihak NFC Malaysia mengakui membeli 2 unit mencecah RM13.8 juta
  2. Mercedes Benz CLS 350 CGI (RM534,622)
  3. 2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya (RM3,363,507)
  4. 1 unit kondominium Orchard Scotts (RM9,900,000)
  5. 2 unit kondominium Marina Bay Suites (RM34,562,784)
  6. Semuanya berjumlah : RM62,160,913
Ini harta keluarga menteri yang diketahui umum. Yang tidak diketahui umum? Bagaimana seorang menteri dan keluarga menteri mampu memiliki harta sebanyak ini? Ini baru pendedahan satu membabitkan satu keluarga menteri, bagaimana agaknya koleksi harta keluarga menteri yang lain? Jadi sememangnya patut Datuk Seri Najib Razak menyegerakan langkah mewajibkan semua menteri kabinet istiharkan harta dan aset masing-masing atas saranan penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh  sebelum ini.

Kalau benar keluarga Sahahrizat Abdul Jalil ini sememangnya mampu mengumpul harta sebanyak RM62.16 Juta dalam dalam tempoh hanya 2-3 tahun sahaja, sila bukti dan perincikan pendapatan keseluruhan keluarga ini. Dengan pembelian 2 unit kondo bernilai RM34.56 juta ini sahaja, keluarga Shahrizat Abdul Jalil perlu membayar sekitar RM150,000++ sebulan kepada pihak bank.
 
 Dan diharap pihak NFC Malaysia juga boleh tampil memberikan kenyataan rasmi samada pinjaman pembelian 2 unit kondominium Marina Bay Suites, Singapura ini samada ada membabitkan  dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC atau tidak?



No comments:

Post a Comment