Wednesday 22 February 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Aaron Aziz


Diam tak diam, rupa-rupanya pelakon pujaan ramai, Aaron Aziz menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada hari ini. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, maintain kacak dan maintain macho.

 Tawaran lakonan untuk abang kacak ini nampaknya maintain lebat tahun ini, dan perkembangan terbaru, Aaron sedang menjalani penggambaran drama yang diadaptasi dari novel tulisan Aisya Sofea, iaitu Adam dan Hawa. Dia akan melakonkan watak Adam Mukhriz, bergandingan dengan pelakon Nadiya Nisa’ yang membawakan watak Ain Hawani. Kredit gambar Twitter Aaron Aziz.

No comments:

Post a Comment