Thursday 2 February 2012

Leuniey Natasha - Kekasih baru Khairul Fahmi??


Penjaga gol kebangsaan yang juga selebriti terhangat Khairul Fahmi Che Mat, digosipkan putus cinta buat sesekian kalinya. Jika sebelum ini beliau putus tunang dengan Elia Jejari Runcing, kini beliau dikatakan memutuskan hubungan pula dengan Dahlia Teck… wanita yang memberikan kejutan hari jadi untuknya baru-baru ini.
Gosip hangat ini bertambah kencang apabila penulis akaun Twitter @MahsiH2 turut mendakwa yang Khairul Fahmi Che Mat mempunyai kekasih baru senegeri (Kelantan) bernama ‘Leuniey Natasha’.
Lebih memanaskan keadaan, Leuniey Natasha didakwa baru sahaja bertunang beberapa minggu lalu tetapi minta putus tunang disebabkan ‘tergilakan’ Khairul.

 Dakwaan putus cinta antara Dahlia Teck dan Khairul turut diperkuatkan dengan ketiadaan mereka bertwitt sejak pertengahan Januari 2012. Benarkah begitu atau ia hanya gosip yang sengaja diperhangatkan menjelangnya perlawanan yang melibatkan Malaysia? Seperti biasa, ini hanya gosip. Anda tidak perlu percaya 100%.



No comments:

Post a Comment