Sunday 27 May 2012

Kod dan script HTML

12/APRIL/2012



BERITA BAIK BUAT AHLI BERDAFTAR!!
1) Kepada semua Ahli yang berdaftar dengan kami, sila download latest Quotation V7.0 (kemaskini 07 April 2012). Sila gunakan Quotation harga Ahli baru ini bagi membuat order. Untuk download sila klik sini.
2) Untuk yang berminat untuk menjadi sebahagian dari kami, pembukaan sebagai Ahli masih lagi dibuka.









(12 APRIL 2012) BERITA BAIK BUAT AHLI BERDAFTAR!!!Anda boleh mendownload latest Quotation V7.0(kemaskini 07April 2012) disini

2) Kepada yang berminat untuk menjadi Ahli dan membeli dengan harga BORONG, sila daftar ahli dengan kami untuk mendapatkan harga ahli. Potongan harga 20-50% dan banyak lagi kelebihan.

Saturday 26 May 2012

Ray ban untuk bergaya

Antara individu yang mempopularkan Ray ban


Ray ban merupakan satu jenama yang tidak asing lagi buat peminat kaca mata hitam. Walaupun sudah lama bertapak di Malaysia, jenama ini tidak lupas dek panas tidak lekang dek hujan. Kerana populariti jenama yang bertemakan 'NEVER HIDE' ini, ramai selebriti antarabangsa sering kelihatan di majalah dan kaca televisyen dengan fashion berkaca mata Ray- ban.

Walaupun pada awalnya sejarah Ray ban dicipta bagi tujuan Askar USA untuk mengelakan daripada mata mereka terdedah kepada pancaran cahaya matahari berlebihan, tetapi sejak mula dijual kepada umum, kaca mata Ray ban ini dijual bagaikan pisang panas dan terus popular seluruh pelusuk dunia. Ditambah dengan ramai selebriti Hollywood yang sering dilihat memakai Ray ban ketika berlakon didalam filem, menjadikan kaca mata Ray ban sebagai pilihan kepada peminat-peminat mereka untuk bergaya.


Johan dan Wayfarer.

Jika dilihat dari segi kualiti Ray ban berbading dengan kaca mata yang ada dipasaran, walaupun banyak jenama kaca mata berjenama lagi lebih mahal, tetapi secara peribadi boleh dikatakan kualiti mereka tidak sama dengan Ray ban walaupun kaca mata ini lebih murah berbanding jenama mereka. Bermakna jenama bukan nilai ukur bagi kualitu sesuatu produk.


Lihat sahaja di Malaysia sendiri, terdapat Kelab Ray ban Malaysia yang mana terdiri daripada mereka yang mengumpul barangan rare Ray ban. Ada kelab jenama kaca mata lain selain Ray ban? Saya tidak pula pernah mendengar kelab Oakley Malaysia, kelab Police Malaysia dan lain-lain lagi.

Ustaz Don dan Ray ban Aviator



Artis Malaysia juga tidak ketinggalan untuk bergaya dengan Ray ban. Tidak salah berfesyen jika selagi tidak bertentangan dengan hukum Islam sendiri.

Friday 25 May 2012

Kampen Ray ban semperna ulangtahun ke-75th

by: Abang Chik
date : 26/05/2012

Dengan temanya 'salutes those who flout conventions in plain site' kaca mata ikonic iaitu Ray-ban dengan tagline pemasaranya iaitu 'Never Hide'  kini telah metraikan ulangtahun ke-75 tahunnya. Sekarang dengan sebahagian daripada kempen Ray ban ke 75th, dengan mengeluarkan dan memperkenalkan iklan baru, iklan yang dahulu dan iklan yang yang memperkenalkan Ray ban sehingga menjadi jenama kaca mata terhebat didunia.

 Kempen ini dikatakan memberikan penghormatan kepada 'orang-orang yang telah melanggar konvensyen disis yang nyata'  Kempen ini juga termasuk kempem pasangan seperti gay berpegangan tangan di jalan pada tahun 1950's, World War II military volunteers, progressive style icons dan 1940's jitterbuggers.

Untuk Kaki Ray ban Malaysia, jom layan antara poster kempen Ray ban ke-75th tahun.









Sila ambil perhatian, artikel yang Abang Chik tulis mengenai Ray ban atau Oakley adalah hanya bagi tujuan pembelajaran saya sendiri dan rujukan saya masa akan datang. Saya tidak bertangungjawab jika artikel yang ditulis tidak tepat tepat dengan fakta sebenar.

Thursday 24 May 2012

Iklan Ray ban BL

by : Abang Chik
tarikh : 25/05/2012 @ 0414hrs






Iklan dulu-dulu Ray ban BL, iaitu Ray ban keluaran Bausch Lomb. Iklan ini dipetik dari satu muka surat katalog Ray ban BL dengan tajuk " Mata kamu terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan, jadi kamu perlukan kaca mata hitam."

Di bahagian bawah Abang Chik lihat terdapat model-model rare Ray ban BL antaranya Ray ban Cats, Ray ban Shooter kalichhrome, Ray ban Aviator dan Ray ban Outrdoorsman. Buat kaki Ray ban Malaysia, tentunya tiada masalah mengenali model jenis Ray ban rare ini, tetapi buat yang baru mengenali dunia Ray ban ini, disebelah kanan poster Abang Chik sediakan gambar dan model Ray ban yang popolar.

1) Ray ban Aviator- Paling popular di kalangan peminat ray ban malaysia.
2) Ray ban Outdoorsman - Ray ban ini berbentuk seperti Aviator , tetapi ada tanduk atau sweat arm.
3) Ray ban Shooter - Jenis ni sama seperti outdoorman, tetapi ada lubang dibawah bridge, juga dipanggil 'bullet hole'.





Sila ambil perhatian, artikel yang Abang Chik tulis mengenai Ray ban atau Oakley adalah hanya bagi tujuan pembelajaran saya sendiri dan rujukan saya masa akan datang. Saya tidak bertangungjawab jika artikel yang ditulis tidak tepat tepat dengan fakta sebenar.

Tuesday 22 May 2012

Knockaround Malaysia


Knockaround kini popular di Malaysia

Satu lagi jemana kaca mata yang kian popular dikalangan penggemar kaca mata hitam seluruh dunia mahupun di Malaysia juga iaitu Knockaround. Pernah anda mendengar kaca mata jenama ini? Walaupun di Malaysia sunglasses knockaround tidak sepopular Oakley dan Ray ban, tetapi kaca mata knockaround ini sangat unik anda boleh custom mengikut kehendak anda tersendiri. Disamping harga original knockaround mampu milik, jenama kaca mata dari california, US ini kian mencuri perhatian disebabkan ramai selebriti kini gemar memakai knockaround menyebabkan perubahan trend dalam memilih kaca mata selain Oakley dan Ray ban.

Sejarah Knockaround

Sedikit sejarah ringkas tentang Knockaroud, bertapak di San Diego, California, USA pada tahun 2005. Pengasas kepada Knockaround sunglasses adalah Adam Mayor, yang merupakan penuntut di Universiti California, San Diego. Pada mulanya, beliau hanya beroperasi di bilik kecil art radio, sebelum berpindah ke warehouse yang lebih besar terletak di selatan San Diego setelah menamatkan pembelajaran di universiti tersebut. Kaca mata knockaround boleh didapati di website Knockaround , selain dari kaca mata knockaround ada mengeluarkan barangan lain seperti tali pinggang, bag dan t-shirt.


Knockaround kian mendapat tempat di Malaysia

Kaki Knockaround Malaysia

Buat kaki Knockaround Malaysia, anda boleh terus membeli kaca mata knockaround sunglasses melalui website rasminya. Jika ada kawan anda ke US, bolehlah memesan kepada mereka untuk membeli knockaround untuk anda. Buat masa sekarang masih tidak ramai menjual knockaround melalui pemerhatian saya di mudah.my dan ebay Malaysia.

Mengumpul knockaround menjadi satu hobi buat kaki knockaround Malaysia. Gambar ikhsan google.


Model Knockaround

Untuk model sunglasses Knockaround, terdapat banyak model yang boleh dipilih. Abang Chik senaraikan semua series yang dikeluarkan oleh Knockaround untuk perkonsgian peminat knockaround Malaysia. Antaranya premium, custome, seasonal, bio based, limited edition, throwback, fort knock, mile highs dan original.

Buat peminat knockaroud, tidak lama lagi Abang Chik akan menjual model Knockaround. Walaupun permintaan untuk kaca mata knockaround tidak sepopular Ray ban dan Oakley, tetapi tidak mustahil jenama knockaround ini dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan jenama kaca mata popular lain.

p/s : bagi kaki Knockaround Malaysia boleh LIKE fanpage disini 

Tags; Knockaround Malaysia, Knockaround sunglasses, Knockaroud Malaysia online, Knockaround untuk dijual

Tuesday 15 May 2012

Promosi Ray ban dan Oakley semperna hari guru 2012

Promosi dari Abang Chik kembali lagi


Alhamdulillah, ini adalah promosi kali kedua dari Abang Chik untuk kaki Ray ban Malaysia dan Oakley Malaysia. Sebelum ini, promosi pertama dari Abang Chik iaitu semperna hari Ibu begitu mendapat sambutan hangat. Alhmadullilah semua order telah Abang Chik settlekan dan semua pelanggan yang telah membeli selamat menerima barang mereka. Yang paling Abang Chik, semua mereka begitu berpuas hati dengan kualiti kaca mata hitam yang dibeli. (bukti pelanggan yang membeli dengan Abang Chik berpuas hati, klik sini) dan ternyata reaksi mereka amat gembira sekali.

Ok, berbalik kepada promosi kali ini, iaitu semperna Hari Guru, promosi ini Abang Chik adakan semperna meraikan dan menghargai guru yang sememangnya berjasa kepada kita. Kepada anak-anak murid dan pelajar diluar sana, menghadiahkan kaca mata hitam terutamanya Ray ban dan Oakley kepada Guru anda merupakan salah satu alternatif selain hadiah-hadiah common sebelum ini seperti bunga, coklat, kerongsang, tali leher dan lain-lain. Jom kita lihat promosi hebat untuk kali ini :-

Berapa lama tempoh promosi semperna hari guru ni Abang Chik?

Promosi kaca mata hitam Ray ban dan Oakley semperna hari guru ini valid dari 16/05/2012 hingga 21/05/2012. Selepas tamat promosi harga kembali seperti sediakala.

Bagaimana untuk membeli mendapat harga promosi ni Abang Chik?

Mudah sahaja, sila SMS Abang Chik-0167701302 dengan KOD KUPON. Setelah itu, anda hanya perlu pilih mana-mana model kaca mata Oakley mahupun Ray ban di web jualan Abang Chik disini (www.kacamatahitam.com)

Bagaimana untuk mendapatkan kod kupon Abang Chik?

Bagi mendapatkan KOD KUPON, anda boleh mendaptkan di Facebook Fan Page Abang Chik disini (Sila LIKE untuk mendapatkan promosi hebat dari masa kesemasa)  ->


Bagaimana melakukan pembayaran dan tempoh barang sampai?

Boleh rujuk kepada link ini. Untuk lebih mudah Call/SMS saya, Abang Chik 016-7701302.

Abang Chik, kualiti ok x? 

Jaminan saya anda pastinya berpuas hati dengan Ray ban dan Oakley dijual disini. Buktinya sila lihat feedback dari pembeli yang telah membeli dengan Abang Chik.








p/s : Akhir kata dari Abang Chik, selamat membeli dan bergaya dengan kaca mata hitam baru, dan tidak dilupakan selamat menyambut hari guru khususnya buat guru di seluruh Malaysia=)










016-7701302 (24 Jam)

Ray ban Wayfarer dan Aviator di Malaysia

By : Abang Chik Ray ban
Date : 15/05/2012



Ray ban merupakan jenama kaca mata yang paling terkenal kerana memperkenalkan kaca mata hitam  jenis Aviator dan Ray ban model Wayfarers. Ray ban digambarkan sebagai kaca mata hitam terbaik bertaraf tinggi serta moden dan kotemporari, dan sememangnya jenama ini adalah pilihan utama bagi pengumpul dan penggemar cermin mata hitam, samaada yang mengumpul jenis moden mahupun jenis rare dan vintage.

Ray ban sememangnya mementingkan kualiti dalam setiap pengeluaranya bagi memastikan fungsi perlindungan yang optimum mata kita daripada sinaran UVA dan UVB ketika berada dipancara matahari yang terik. Jenama Ray ban seperti yang kita ketahuai telah lama bertapak dalam industri kaca mata hitam dan pengalamanya dalam industri pembuatan kaca mata sememangnya diakui sejak 1937. Malah jenama Ray-ban ini sendiri mendapat kepercayaan dikalangan penggemar kaca mata hitam. Buktinya baru-baru ini, kelab Ray ban Malaysia telah mengadakan perjumpaan di Taman Tasik Titiwangsa bagi bertukar-tukar pandangan tentang Ray ban terutamanya Ray ban Made in USA, keluaran Bausch Lomb.

Tahukah anda bagaimana jenama Ray ban yang menjadi kegilaan berjuta-juta orang ini bermula? Company  Bausch and Lomb diarahkan mencipta kaca mata hitam untuk ahli-ahli United States Army Air Corps selepas mereka menyatakan mengalami masalah penglihatan dan kerosakan mata semasa mengadakan latihan penerbangan. Syarikat Bausch dan Lomb telah mencipta cermin mata hitam yang mampu melindungi mata di samping bergaya. Selepas tentera berpuas hati dengan rekabentuk kaca mata yang direka oleh syarikat BL, maka bermulalah revolusi jenama Ray-ban dihantar kepada tentera-tentera USA untuk dipakai semasa misi penerbangan. Maka terciptalah ketika ini Ray ban BL atau lebih dikenali Ray ban Made in USA.

Douglas MacArthur

Daripada sumber yang boleh dipercayai, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada jenama Ray ban adalah apabila Douglas MacArthur memakai kaca mata Ray ban dikhalayak ramai semasa Perang Dunia II. Douglas MacArthur gemar memakai Ray ban semasa berada di pantai ketika di Philippines. Sejak itulah , jenama ini lebih popular dan mendapat tempat dihati penggemar-penggmear kaca mata hitam dan lebih menarik apabila banyak actor-actor Hollywood memakai kaca mata Ray ban semasa melakonkan filem. Pengaruh daripada selebriti yang memakai Ray ban ketika melakonkan filem sememangnya tiak dapat dinafikan menjadi ikuti peminat mereka. Hal yang sama ketika ini dapat dilihat fenomena gaya pemakaian Oakley Frogskins, apabila artis Malaysia yang popular ketika ini iaitu Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak yang gemar memakai Oakley Frogskins apabila tampil di khayalak ramai mahupun dikaca televisyen.

Walaupun jenama Ray ban pada asalnya dicipta untuk memenuhi keperluan juruterbang tentera USA, tetapi kini sesiapa sahaja boleh memiliki dan memakai Ray-Ban kerana telah dibuka untuk jualan awam. Ray ban Aviator sememangnya popular dan dikenali kerana reka bentuknya yang menarik untuk digayakan mahupun ketika melakukan kerja dan aktiviti diluar, pastinya menjadi pilihan kepada lelaki dan wanita untuk kaca mata jenis Aviator ini.
Artis Raihana dengan gaya Wayfarer

Selain daripada model Ray ban Aviator, yang mana bentuknya lebih mudah dipanggil 'telur' oleh kaki Ray ban Malaysia, satu lagi model yang menajdi pilihan kaki Ray ban Malaysia adalah model yang berbentuk petak atau empat segi, iaitu model Ray ban Wayfarer. Biarpun model Aviator atau Wayfarer, ciri yang paling penting perlu ada pada kaca mata adalah yang paling penting mampu untuk menyekat sinaran ultraungu dan menghapuskan silauan.

Ciri UV protection yang ada pada Ray ban membolehkan si pemakai merasakan yakin, mata mereka dapat dilindungi dengan bantuan aksesori yang simbolik ini. Ray ban Wayfarer dan aviator akan mampu membuat anda kelihatan lebih menonjol ketika di majlis kerana pastinya tumpuan akn lebih kearah anda dengan gaya pemakaian 'cara artis' gaya Wayfarer atau Aviator. Kini, Ray ban telah mengeluarkan lebih banyak model-model menarik dari masa kesemasa dan jelas jenama kaca mata Ray ban ini dicemburi oleh jenama kaca mata lain.

Bagi kaki Ray ban, pilihan 'shopping' di web jualan Abang Chik di kacamatahitam.com bukan sahaja memberi pilihan mereka untuk mendapatkan kaca mata hitam berjanama Ray ban termurah di Malaysia, malah kualiti Ray ban yang dijual oleh Abang Chik dijamin tinggi dan pastinya akan memberi kepuasan kepada pembeli. Stock akan diupdate dari masa ke semasa semamangnya web jualan ini menjadi tumpuan buat penggemar Ray ban mahupun Oakley di Malaysia disamping service terbaik dari Abang Chik sendiri Insyallah=)

Saturday 12 May 2012

Lubuk dropship Ray ban dan Oakley Malaysia

Bagaimana sistem dropship dijalankan oleh kami di Kacamatahitam.com

Dropship merupakan satu sistem dimana anda tidak perlu mengeluarkan kos modal untuk membeli stock/barang, menyimpan stock dan proses untuk menghatar. Semua akan dibuat oleh dropshipper. Tidak semua peniagaan menyediakan khidmat dropship kerana agak berisiko (sekiranya barang yang dihantar hilang atau rosak), berlaku kes penipuan oleh pembeli, malah keuntungan yang kurang oleh dropshipper kerana beberapa faktor lain perlu diambil kira seperti kos shipping, minyak motor/kereta (untuk hantar barang ke pos office) serta kos untuk kotak dan kertas membalut.

Walaubagaimanapun, Abang Chik menyediakan khidmat dropshipping untuk Ray ban dan Oakley di Malaysia sahaja. Kerana kos penghantaran ke oversea agak mahal, jadi Abang Chik hanya membuat dropship Ray ban dan Oakley di Malaysia sahaja termasuk sabah dan sarawak.

Namun Abang Chik hanya sediakan dropship Ray ban dan Oakley serta jenama-jenama kaca mata lain untuk mereaka yang mendaftar keahlian dengan Abang Chik sahaja. Kerana selepas mendaftar, adalah mudah bagi Abang Chik untuk mengenal pasti anda yang ingin membuat dropship disamping Ahli yang mendaftar dengan Abang Chik akan mendapat potongan harga yang amat istimewa antar 20-50% daripada harga retail.

Dengan mendafatar dengan Abang Chik sebagai ahli, anda boleh menjalankan dropshipping Ray ban, Oakley serta semua jenama kaca mata lain yang dijual di blog jualan Abang Chik di www.kacamatahitam.com.


  • Bagaimana untuk mendaftar dengan Abang Chik sebagai dropshipper Ray ban dan Oakley? Klik sini.
  • Lagi info tentang dropship Ray ban dan Oakley dengan Abang Chik -> Klik sini.

Lubuk pemborong Oakley dan Ray ban di Malaysia



Pembelian secara borang adalah kaedah shopping yang menjimatkan sebenarnya. Walaupun anda perlu mengeluarkan wang lebih, tetapi kuantiti barangan yang anda dapat adalah lebih berbanding belian secara runcit yang mana harganya jauh lebih mahal.

Disebabkan ramai yang menyatakan keinginan untuk membeli Ray ban dan Oakley dari Abang Chik, maka Abang Chik telah membuka belian secara borong kepada sesiapa yang ingin membeli Ray ban dan Oakley serta jenama kaca mata lain sejak beberapa tahun lepas. Abang Chik membuka peluang ini  terutamaya kepada mana-mana individu yang berminat terutamanya peniaga kaca mata secara offline untuk membuat pembelian secara borong Ray ban dan Oakley dengan Abang Chik.


Tahukah anda dimanakah tempat membeli kaca mata hitam berjenama seperti Ray ban, Oakley dan lain-lain jenama dengan harga yang sangat murah di Malaysia secara online? Ya, disini anda boleh membeli pelbagai jenis model dan jenama kaca mata hitam secara borong dengan harga yang amat murah. Minimum kuatiti Ray ban dan Oakley hanyalah 5 biji sahaja dan boleh campur dengan jenama yang lain.

Untuk mendapatkan harga borong Ray ban dan Oakley, anda perlulah mendaftar dahulu dengan Abang Chik bagi mendapatkan harga Ahli iaitu potongan harga antara 20%-50% mengikut model. Selain daripada borong Ray ban dan Oakley, Abang Chik juga menyediakan khidmat dropshipping bagi Ray ban dan Oakley kepada ahli yang berdaftar sahaja. Menarik bukan?

Kini anda telah tahu dimanakah lubuk termurah Ray ban dan Oakley di Malaysia. Peluang perniagaan sudah didepan mata, jika berminat untuk menjadi Ahli dengan Abang Chik Ray ban, anda boleh mendaftar dimana bayaran pendaftaran adalah sekali seumur hidup!!

Lubuk borong dan dropship Ray ban dan Oakley termurah di Malaysia kini anda telah temui. Anda boleh menjana pendapatan sehingga 4 angka sebulan dengan menjual kaca mata hitam. Abang Chik sudah sediakan platform, yang lain terserah kepada anda untuk menjana wang dnegan menjual kaca mata hitam atau tidak. Sekiranya anda berminat untuk membeli Ray ban atau oakley seunit sahaja, Abang Chik juga menjual kaca mata dengan harga retail=)


-> Jika berminat menjadi Rakan business Abang Chik Ray ban boleh rujuk disini.


Tags: Ray ban dan Oakley borong, dropship Ray ban dan Oakley, Oakley dan Ray ban borong Malaysia, Abang Chik Ray ban borong, borong ray ban murah

Friday 11 May 2012

Pertemuan ahli kelab Ray ban Malaysia




Perjumpaan ahli Kelab Ray ban Malaysia 

Hari ini dalam sejarah , Kosmo 1hb May 2012 , perjumpaan  ahli Kelab Ray ban Malaysia bagi Ray Ban BL USA. Perjumpaan ahli Kelab Ray ban Malaysia ini adalah yang pertama diadakan pada 22hb April 2012 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri untuk bersama2 berkongsi maklumat dan menyajikan mata dengan koleksi peribadi Ray ban  yang anda miliki. Lagi gambar kaki Ray ban Malaysia yang hadir.







Event yang julung-julung kali diadakan semamangnya adalah satu usaha yang bagus bagi mengeratkan silaturahim sesama ahli kelab Ray ban Malaysia yang selama ini mugkin hanya berkenalan di laman maya, disamping menambahkan ilmu tentang kaca mata Ray ban, terutamanya Ray ban old skool atau rare keluaran Bausch Lomb.

Bagi kaki Ray ban, anda boleh bersama memeriahkahkan Kelab Ahli Ray ban Malaysia dengan bersama-sam menyertai kelab ini. Diharapkan usaha murni mengumpulkan peminat-peminat Ray ban diseluruh Malaysia dapat di buat lagi di lain hari.


Tag: Ahli Kelab Ray ban Malaysia, Ray ban Malaysia, Kelab Ray ban, Kaki Ray ban, Kelab Ray ban Bausch Lomb.

Wednesday 9 May 2012

Ukuran saiz Ray ban Aviator 3025

Ukuran bagi Ray ban aviator 3025


Aviator lazimnya mempunyai 3 jenis saiz iaitu 55mm, 58mm dan 62mm. Artikel kali ini, Abang Chik terangkan panduan saiz Ray ban 58mm atau lebih popular dikalangan kaki Ray ban Malaysia dengan panggilan Ray ban Aviator 3025  atau Ray ban 3025.

Secara amnya Ray ban 3025 saiz 58mm ni dipakai oleh orang yang bersaiz normal. Maksud Abang Chik, si pemakai tidak terlalu kecik atau lebar ukuran mukanya. Ok, Abang Chik terangkan ukuran saiz Ray ban Aviator 3025 supaya lepas ni anda lebih paham=)

58mm merujuk kepada lebar lens, iaitu pada mana2 lens kiri ataupun kanan.Ukuran dibuat secara melintang (horizontal measurement). Height of lens, iaitu panjang menegak dalam mm untuk lens adalah 48mm, manakala ukuran bridge adalah 13mm dan ukuran nose pad ke nose pad adalah 26mm bagi Ray ban Aviator 3025  ini. Ukuran bahagian yang Abang Chik terangkan ini merupakan ukuran yang boleh dianggap penting sebelum anda mengetahui saiz Ray ban bagi kategori Aviator yang anda pakai. Tetapi bagi pendapat dan pengalaman Abang Chik, Ray ban 3025 mostly people concern regarding eyesize iaitu ukuran panjang sebelah lens tersebut, iaitu ukuran 58mm.

Bagi ukuran lain seperti panjang arm iaitu130mm dan bukaan arm untuk Ray ban Aviator 3025 sepanjang 138mm adalah ukuran secara kasar dan biasanya ukuran ini sedikit berbeza antara satu sama lain.

Nasihat Abang Chik sebelum membeli Ray ban, pastikan anda tahu saiz mana yang sesuai dengan bentuk muka anda. Bagi sesetengah orang, tiada masalah menggayakan Ray ban Aviator yang bersaiz 58mm dan 62mm, tetapi sesetengah orang pula hanya sesuai untuk Ray ban 58mm dan 62 mm sahaja. Keselesaan merupakan aspect penting selain kualiti Ray ban berkenaan. Anda boleh ke butik Ray ban atau kedai kaca mata mencuba Ray ban Aviator bagi mengetahui saiz Ray ban Aviator yang sesuai dengan muka anda.





Tags: Rayban, Ray ban Malaysia, Aviator 3025, Ray ban Aviator, Ray ban Aviator 3025, Ray ban Saiz, Saiz Ray ban Aviator, Saiz Ray ban yang sesuai, Ray ban Aviator Malaysia.