Tuesday 22 May 2012

Knockaround Malaysia


Knockaround kini popular di Malaysia

Satu lagi jemana kaca mata yang kian popular dikalangan penggemar kaca mata hitam seluruh dunia mahupun di Malaysia juga iaitu Knockaround. Pernah anda mendengar kaca mata jenama ini? Walaupun di Malaysia sunglasses knockaround tidak sepopular Oakley dan Ray ban, tetapi kaca mata knockaround ini sangat unik anda boleh custom mengikut kehendak anda tersendiri. Disamping harga original knockaround mampu milik, jenama kaca mata dari california, US ini kian mencuri perhatian disebabkan ramai selebriti kini gemar memakai knockaround menyebabkan perubahan trend dalam memilih kaca mata selain Oakley dan Ray ban.

Sejarah Knockaround

Sedikit sejarah ringkas tentang Knockaroud, bertapak di San Diego, California, USA pada tahun 2005. Pengasas kepada Knockaround sunglasses adalah Adam Mayor, yang merupakan penuntut di Universiti California, San Diego. Pada mulanya, beliau hanya beroperasi di bilik kecil art radio, sebelum berpindah ke warehouse yang lebih besar terletak di selatan San Diego setelah menamatkan pembelajaran di universiti tersebut. Kaca mata knockaround boleh didapati di website Knockaround , selain dari kaca mata knockaround ada mengeluarkan barangan lain seperti tali pinggang, bag dan t-shirt.


Knockaround kian mendapat tempat di Malaysia

Kaki Knockaround Malaysia

Buat kaki Knockaround Malaysia, anda boleh terus membeli kaca mata knockaround sunglasses melalui website rasminya. Jika ada kawan anda ke US, bolehlah memesan kepada mereka untuk membeli knockaround untuk anda. Buat masa sekarang masih tidak ramai menjual knockaround melalui pemerhatian saya di mudah.my dan ebay Malaysia.

Mengumpul knockaround menjadi satu hobi buat kaki knockaround Malaysia. Gambar ikhsan google.


Model Knockaround

Untuk model sunglasses Knockaround, terdapat banyak model yang boleh dipilih. Abang Chik senaraikan semua series yang dikeluarkan oleh Knockaround untuk perkonsgian peminat knockaround Malaysia. Antaranya premium, custome, seasonal, bio based, limited edition, throwback, fort knock, mile highs dan original.

Buat peminat knockaroud, tidak lama lagi Abang Chik akan menjual model Knockaround. Walaupun permintaan untuk kaca mata knockaround tidak sepopular Ray ban dan Oakley, tetapi tidak mustahil jenama knockaround ini dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan jenama kaca mata popular lain.

p/s : bagi kaki Knockaround Malaysia boleh LIKE fanpage disini 

Tags; Knockaround Malaysia, Knockaround sunglasses, Knockaroud Malaysia online, Knockaround untuk dijual

No comments:

Post a Comment