Thursday, 24 May 2012

Iklan Ray ban BL

by : Abang Chik
tarikh : 25/05/2012 @ 0414hrs






Iklan dulu-dulu Ray ban BL, iaitu Ray ban keluaran Bausch Lomb. Iklan ini dipetik dari satu muka surat katalog Ray ban BL dengan tajuk " Mata kamu terdedah kepada cahaya matahari yang berlebihan, jadi kamu perlukan kaca mata hitam."

Di bahagian bawah Abang Chik lihat terdapat model-model rare Ray ban BL antaranya Ray ban Cats, Ray ban Shooter kalichhrome, Ray ban Aviator dan Ray ban Outrdoorsman. Buat kaki Ray ban Malaysia, tentunya tiada masalah mengenali model jenis Ray ban rare ini, tetapi buat yang baru mengenali dunia Ray ban ini, disebelah kanan poster Abang Chik sediakan gambar dan model Ray ban yang popolar.

1) Ray ban Aviator- Paling popular di kalangan peminat ray ban malaysia.
2) Ray ban Outdoorsman - Ray ban ini berbentuk seperti Aviator , tetapi ada tanduk atau sweat arm.
3) Ray ban Shooter - Jenis ni sama seperti outdoorman, tetapi ada lubang dibawah bridge, juga dipanggil 'bullet hole'.





Sila ambil perhatian, artikel yang Abang Chik tulis mengenai Ray ban atau Oakley adalah hanya bagi tujuan pembelajaran saya sendiri dan rujukan saya masa akan datang. Saya tidak bertangungjawab jika artikel yang ditulis tidak tepat tepat dengan fakta sebenar.

No comments:

Post a Comment