Tuesday 15 May 2012

Ray ban Wayfarer dan Aviator di Malaysia

By : Abang Chik Ray ban
Date : 15/05/2012



Ray ban merupakan jenama kaca mata yang paling terkenal kerana memperkenalkan kaca mata hitam  jenis Aviator dan Ray ban model Wayfarers. Ray ban digambarkan sebagai kaca mata hitam terbaik bertaraf tinggi serta moden dan kotemporari, dan sememangnya jenama ini adalah pilihan utama bagi pengumpul dan penggemar cermin mata hitam, samaada yang mengumpul jenis moden mahupun jenis rare dan vintage.

Ray ban sememangnya mementingkan kualiti dalam setiap pengeluaranya bagi memastikan fungsi perlindungan yang optimum mata kita daripada sinaran UVA dan UVB ketika berada dipancara matahari yang terik. Jenama Ray ban seperti yang kita ketahuai telah lama bertapak dalam industri kaca mata hitam dan pengalamanya dalam industri pembuatan kaca mata sememangnya diakui sejak 1937. Malah jenama Ray-ban ini sendiri mendapat kepercayaan dikalangan penggemar kaca mata hitam. Buktinya baru-baru ini, kelab Ray ban Malaysia telah mengadakan perjumpaan di Taman Tasik Titiwangsa bagi bertukar-tukar pandangan tentang Ray ban terutamanya Ray ban Made in USA, keluaran Bausch Lomb.

Tahukah anda bagaimana jenama Ray ban yang menjadi kegilaan berjuta-juta orang ini bermula? Company  Bausch and Lomb diarahkan mencipta kaca mata hitam untuk ahli-ahli United States Army Air Corps selepas mereka menyatakan mengalami masalah penglihatan dan kerosakan mata semasa mengadakan latihan penerbangan. Syarikat Bausch dan Lomb telah mencipta cermin mata hitam yang mampu melindungi mata di samping bergaya. Selepas tentera berpuas hati dengan rekabentuk kaca mata yang direka oleh syarikat BL, maka bermulalah revolusi jenama Ray-ban dihantar kepada tentera-tentera USA untuk dipakai semasa misi penerbangan. Maka terciptalah ketika ini Ray ban BL atau lebih dikenali Ray ban Made in USA.

Douglas MacArthur

Daripada sumber yang boleh dipercayai, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada jenama Ray ban adalah apabila Douglas MacArthur memakai kaca mata Ray ban dikhalayak ramai semasa Perang Dunia II. Douglas MacArthur gemar memakai Ray ban semasa berada di pantai ketika di Philippines. Sejak itulah , jenama ini lebih popular dan mendapat tempat dihati penggemar-penggmear kaca mata hitam dan lebih menarik apabila banyak actor-actor Hollywood memakai kaca mata Ray ban semasa melakonkan filem. Pengaruh daripada selebriti yang memakai Ray ban ketika melakonkan filem sememangnya tiak dapat dinafikan menjadi ikuti peminat mereka. Hal yang sama ketika ini dapat dilihat fenomena gaya pemakaian Oakley Frogskins, apabila artis Malaysia yang popular ketika ini iaitu Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak yang gemar memakai Oakley Frogskins apabila tampil di khayalak ramai mahupun dikaca televisyen.

Walaupun jenama Ray ban pada asalnya dicipta untuk memenuhi keperluan juruterbang tentera USA, tetapi kini sesiapa sahaja boleh memiliki dan memakai Ray-Ban kerana telah dibuka untuk jualan awam. Ray ban Aviator sememangnya popular dan dikenali kerana reka bentuknya yang menarik untuk digayakan mahupun ketika melakukan kerja dan aktiviti diluar, pastinya menjadi pilihan kepada lelaki dan wanita untuk kaca mata jenis Aviator ini.
Artis Raihana dengan gaya Wayfarer

Selain daripada model Ray ban Aviator, yang mana bentuknya lebih mudah dipanggil 'telur' oleh kaki Ray ban Malaysia, satu lagi model yang menajdi pilihan kaki Ray ban Malaysia adalah model yang berbentuk petak atau empat segi, iaitu model Ray ban Wayfarer. Biarpun model Aviator atau Wayfarer, ciri yang paling penting perlu ada pada kaca mata adalah yang paling penting mampu untuk menyekat sinaran ultraungu dan menghapuskan silauan.

Ciri UV protection yang ada pada Ray ban membolehkan si pemakai merasakan yakin, mata mereka dapat dilindungi dengan bantuan aksesori yang simbolik ini. Ray ban Wayfarer dan aviator akan mampu membuat anda kelihatan lebih menonjol ketika di majlis kerana pastinya tumpuan akn lebih kearah anda dengan gaya pemakaian 'cara artis' gaya Wayfarer atau Aviator. Kini, Ray ban telah mengeluarkan lebih banyak model-model menarik dari masa kesemasa dan jelas jenama kaca mata Ray ban ini dicemburi oleh jenama kaca mata lain.

Bagi kaki Ray ban, pilihan 'shopping' di web jualan Abang Chik di kacamatahitam.com bukan sahaja memberi pilihan mereka untuk mendapatkan kaca mata hitam berjanama Ray ban termurah di Malaysia, malah kualiti Ray ban yang dijual oleh Abang Chik dijamin tinggi dan pastinya akan memberi kepuasan kepada pembeli. Stock akan diupdate dari masa ke semasa semamangnya web jualan ini menjadi tumpuan buat penggemar Ray ban mahupun Oakley di Malaysia disamping service terbaik dari Abang Chik sendiri Insyallah=)

No comments:

Post a Comment