Saturday 26 May 2012

Ray ban untuk bergaya

Antara individu yang mempopularkan Ray ban


Ray ban merupakan satu jenama yang tidak asing lagi buat peminat kaca mata hitam. Walaupun sudah lama bertapak di Malaysia, jenama ini tidak lupas dek panas tidak lekang dek hujan. Kerana populariti jenama yang bertemakan 'NEVER HIDE' ini, ramai selebriti antarabangsa sering kelihatan di majalah dan kaca televisyen dengan fashion berkaca mata Ray- ban.

Walaupun pada awalnya sejarah Ray ban dicipta bagi tujuan Askar USA untuk mengelakan daripada mata mereka terdedah kepada pancaran cahaya matahari berlebihan, tetapi sejak mula dijual kepada umum, kaca mata Ray ban ini dijual bagaikan pisang panas dan terus popular seluruh pelusuk dunia. Ditambah dengan ramai selebriti Hollywood yang sering dilihat memakai Ray ban ketika berlakon didalam filem, menjadikan kaca mata Ray ban sebagai pilihan kepada peminat-peminat mereka untuk bergaya.


Johan dan Wayfarer.

Jika dilihat dari segi kualiti Ray ban berbading dengan kaca mata yang ada dipasaran, walaupun banyak jenama kaca mata berjenama lagi lebih mahal, tetapi secara peribadi boleh dikatakan kualiti mereka tidak sama dengan Ray ban walaupun kaca mata ini lebih murah berbanding jenama mereka. Bermakna jenama bukan nilai ukur bagi kualitu sesuatu produk.


Lihat sahaja di Malaysia sendiri, terdapat Kelab Ray ban Malaysia yang mana terdiri daripada mereka yang mengumpul barangan rare Ray ban. Ada kelab jenama kaca mata lain selain Ray ban? Saya tidak pula pernah mendengar kelab Oakley Malaysia, kelab Police Malaysia dan lain-lain lagi.

Ustaz Don dan Ray ban Aviator



Artis Malaysia juga tidak ketinggalan untuk bergaya dengan Ray ban. Tidak salah berfesyen jika selagi tidak bertentangan dengan hukum Islam sendiri.

No comments:

Post a Comment