Wednesday 9 May 2012

Ukuran saiz Ray ban Aviator 3025

Ukuran bagi Ray ban aviator 3025


Aviator lazimnya mempunyai 3 jenis saiz iaitu 55mm, 58mm dan 62mm. Artikel kali ini, Abang Chik terangkan panduan saiz Ray ban 58mm atau lebih popular dikalangan kaki Ray ban Malaysia dengan panggilan Ray ban Aviator 3025  atau Ray ban 3025.

Secara amnya Ray ban 3025 saiz 58mm ni dipakai oleh orang yang bersaiz normal. Maksud Abang Chik, si pemakai tidak terlalu kecik atau lebar ukuran mukanya. Ok, Abang Chik terangkan ukuran saiz Ray ban Aviator 3025 supaya lepas ni anda lebih paham=)

58mm merujuk kepada lebar lens, iaitu pada mana2 lens kiri ataupun kanan.Ukuran dibuat secara melintang (horizontal measurement). Height of lens, iaitu panjang menegak dalam mm untuk lens adalah 48mm, manakala ukuran bridge adalah 13mm dan ukuran nose pad ke nose pad adalah 26mm bagi Ray ban Aviator 3025  ini. Ukuran bahagian yang Abang Chik terangkan ini merupakan ukuran yang boleh dianggap penting sebelum anda mengetahui saiz Ray ban bagi kategori Aviator yang anda pakai. Tetapi bagi pendapat dan pengalaman Abang Chik, Ray ban 3025 mostly people concern regarding eyesize iaitu ukuran panjang sebelah lens tersebut, iaitu ukuran 58mm.

Bagi ukuran lain seperti panjang arm iaitu130mm dan bukaan arm untuk Ray ban Aviator 3025 sepanjang 138mm adalah ukuran secara kasar dan biasanya ukuran ini sedikit berbeza antara satu sama lain.

Nasihat Abang Chik sebelum membeli Ray ban, pastikan anda tahu saiz mana yang sesuai dengan bentuk muka anda. Bagi sesetengah orang, tiada masalah menggayakan Ray ban Aviator yang bersaiz 58mm dan 62mm, tetapi sesetengah orang pula hanya sesuai untuk Ray ban 58mm dan 62 mm sahaja. Keselesaan merupakan aspect penting selain kualiti Ray ban berkenaan. Anda boleh ke butik Ray ban atau kedai kaca mata mencuba Ray ban Aviator bagi mengetahui saiz Ray ban Aviator yang sesuai dengan muka anda.





Tags: Rayban, Ray ban Malaysia, Aviator 3025, Ray ban Aviator, Ray ban Aviator 3025, Ray ban Saiz, Saiz Ray ban Aviator, Saiz Ray ban yang sesuai, Ray ban Aviator Malaysia.

No comments:

Post a Comment