Friday 24 August 2012

Apple menang saman keatas Samsung

Tarikh : 25/08/2012


 

Selepas 'pertempuran' yang panjang melibatkan pihak mahkamah yang menyebabkan banyak dokumen syarikat dalaman yang terdedah kepada orang awam, kes sensasi yang melibatkan pertikaian Apple terhadap Samsung akhirnya ditutup.

Keputusan mahkamah yang berpihak kepada Apple, di mana Apple telah menyatakan bahawa design yang dikeluarkan oleh Samsung  hampir sama dengan design peranti iPhone dan iPad keluar mereka. Dengan keputusan ini, nyata sekali ianya memberi tampran hebat buat Samsung yang kini sedang giat berkembang dalam pasaran mudah alih.
 Model popular keluaran Apple dan Samsung


Juri persekutuan di San Jose, California, memutuskan hari ini bahawa gergasi syarikat telefon pintar Korea Selatan, Samsung Electronic melanggar sekurang-kurangnya enam paten yang dipegang oleh pesainganya dan rakan perniagaan mereka sendiri, Apple Inc. Juri memutuskan bahawa Samsung perlu membayar sebanyak  $1.05 billion gantirugi.

 iPad dan Samsung Tab

Juri sembilan anggota memutuskan bahawa Samsung telah melanggar paten produk Apple untuk produk iPhone dan iPad pada fungsi 'rubber-banding', fungsi 'tap-to-zoom', 'graphic user interface' dan reka bentuk beberapa produk Apple. Pencabulan ini telah dilakukan pada beberapa produk Samsung yang telah memasuki pasaran.

Keputusan ini dijangkakan boleh membawa kepada pengharaman langsung pada jualan beberapa produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan dominasi produk Apple di pasaran peranti mudah alih. Pihak Samsung menggelar keputusan tersebut "satu kerugian bagi pengguna Amerika."

No comments:

Post a Comment