Saturday 18 August 2012

Selamat Hari Raya dari Team Abang Chik

Date : 18/08/2012
By : Abang Chik

Selamat Hari Raya dari Team Abang Chik | Kedai Ray-ban dan Oakley Malaysia

Assalamualaikum,
Sedar xsedar esok hari ini merupakan hari terakhir kita di bulan Ramadhan. Esok 19/08/2012 merupakan hari yang dinantikan oleh semua umat Islam iaitu Hari Raya. Masa ini mungkin diantara kita sudah berada di rumah masing-masing bersama dengan keluarga tersayang.

Abang Chik dan team Ray-ban dan Oakley Malaysia juga alhamdulillah sudah selamat berada dikampung masing-masing=) Dikesempatan ini, kami mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya bersama keluarga yang tercinta. Semoga dilebaran ini, kita sama2 ceria dan bahagia bersama orang yang tersayang.

Disamping itu, Abang Chik dan team juga memohon maaf sekiranya terdapat terkasar bahasa mahupun biadap kata sepanjang kami menjalankan urusniaga dengan anda. Kami harap 0-0, tiada yang disimpan didalam hati =)

Kepada yang membeli spek hitam Ray ban atau Oakley dengan Abang Chik, kami ucapkan selamat bergaya dengan spek mata Ray-ban dan Oakley baru dibeli dengan Abang Chik.

Salam Syawal.

No comments:

Post a Comment