Thursday 23 August 2012

Oakley Shadow Bob display head


Date : 23/08/2012
By : Abang Chik

 OAKLEY SHADOW BOB DISPLAY HEAD




Pernah tengok patung Oakley diatas? Ianya dipanggil Oakley Shadow Bob display. Patung tanpa badan ini terdapat dalam 2 warna iaitu black matte dan shinning. Apa tujuan Bob Shadow Display ini? Ianya digunakan hanya untuk display kaca mata Oakley. Selalunya patung ini hanya dibekalkan untuk Authorized Oakley dealer, tetapi di Malaysia, belum lagi Abang Chik jumpa patung ini untung display kaca mata Oakley kebanyakkan hanya menggunakan Oakley Stand sahaja.

Gambar ini Abang Chik dapat dari e-bay. Belum mampu memilikinya. Harga jualan patung ini di e-bay puratanya antara USD399-800. Mahal bukan? Itu pun masih belum termasuk kos penghataran ke Malaysia. Bagi pengumpul barangan Oakley, jika sudah memiliki patung ini, maka lengkaplah koleksi peribadi untuk barangan Oakley. Bak kata kaki Oakley, patung ini merupakan 'ibu' bagi koleksi barangan Oakley.

Patung ini lebih smart jika digayakan dengan Oakley Medusa. Memang rare!! Jika anda merupakan peminat Oakley, patung Bob Head Shadow ini perlulah dimasukan kedalam list anda. Pastinya anda antara orang yang terawal memiliki patung Bob Shadow Head ini di Malaysia kerana dikalangan kawan-kawan Abang Chik yang die hard fans Oakley Collectible, masih belum ada seorang pun yang memiliki kepala patung ini.


No comments:

Post a Comment