Wednesday, 22 August 2012

Katalog Panduan Lens Oakley

Date: 23/08/2012
By : Abang Chik


KATALOG PANDUAN LENS KACAMATA OAKLEY


Ini merupakan satu barangan yang sangat sukar didapati dan merupakan collectible item buat kaki Oakley, dan yang pastinya ianya tidak dijual dipasaran carilah dimana-mana kedai kaca mata mana sekalipun.

Katalog panduan lens ini hanya dikeluarkan untuk delaers Oakley sah sahaja, sebab itulah ianya tidak dijual. Tetapi saya juga ada survey2 di kedai kaca mata dan butik-butik Oakley di Malaysia, khasnya di Kuala Lumpur, mereka semua sudah tidak menggunakan katalog ini lagi. Ianya hanya digunakan sebagai rujukan untuk menerangkan kepada pelanggan jenis dan fungsi setiap warna lens pada kaca mata Oakley suatu ketika dahulu. Mungkin disebabkan sekarang zaman teknologi, maka Oakley hanya membekalkan katalog bergambar sahaja, maka maklumat tentang lens dan kegunaanya boleh dicari di Internet.

Buku panduan Oakley Guide Lens ini memaparankan 10 kanta yang berbeza. Masing-masing dilengkapi dengan fungsi yang berbeza. Antaranya yang diterangkan ialah Base Color, Lens transmission, Polarization level.

 






 
 Datang dengan 10 Kanta yang terdapat dalam katalog lens Oakley tersebut adalah seperti berikut:
 
  1. Black Iridium
  2. Gold Iridium
  3. Grey
  4. Fire Iridium
  5. VR28
  6. Ice Iridium
  7. VR28 Black Iridium
  8. Bronze
  9. G30
  10.Persimmon

Untuk keterangan setiap fungsi lens Abang Chik akan terangkan pada edisi akan datang. Bagi peminat kaca mata hitam, untuk mendapatkan info tentang kaca mata terutamanya Ray-ban dan Oakley, sentiasa update blog Abang Chik ya =)

No comments:

Post a Comment